surayaroslan@hmetro.com.my
2010/05/24
KUALA LUMPUR: Seorang gadis yang merelakan perlakuan seksnya dengan teman lelaki dirakam sebagai tanda kasih membawa padah apabila kekasihnya itu kini menggugut untuk menyebarkan bahan itu jika mangsa terus menuntut hutang RM54,000 daripadanya.
BINCANG...Anggy berbincang dengan Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong.
Lebih malang, dia yang hanya mahu dikenali sebagai Anggy, 28, terpaksa menanggung beban hutang kad kredit, bil telefon dan pinjaman persendirian bank yang dibuat lelaki terbabit semata-mata membantu bekas teman lelakinya memulakan perniagaan.
“Saya mula mengenali lelaki itu pada 2005 ketika mencari penyewa apartmen di Cheras dan apabila dia mendapatkannya, terdetik perasaan cinta.
“Selepas beberapa bulan berkawan, dia mula memaksa saya memohon beberapa kad kredit untuk kegunaannya,” katanya ketika di temui di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA, semalam.
Menurutnya, selepas hampir tiga tahun menjalin hubungan, rahsia status lelaki itu yang dikenali sebagai KS terbongkar.
“Satu hari saya terjumpa seorang rakan di pasar malam dan diberitahu teman lelaki saya itu sudah berkahwin hampir 10 tahun,” katanya.
Selepas mengetahui status lelaki itu, mangsa nekad meninggalkan kekasihnya itu dan menuntut semula apa yang diberi selama mereka berpacaran.
Namun, permintaan mangsa untuk memutuskan hubungan itu tidak dipersetujui KS.
“Dia merayu saya supaya jangan tinggalkan dia. Dia juga kata sanggup bercerai dengan isterinya untuk hidup dengan saya,” katanya.
Dalam pada itu, hubungan sulitnya dengan KS diketahui isteri KS selepas terlihat beberapa video seks mangsa bersama suaminya.
“Sejak itu, saya meminta dia memulangkan semula wang yang dipinjam,” katanya.
“Saya bimbang dia akan sebarkan rakaman video itu,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Lupushutangataudapataib/Article
No comments:
Post a Comment