AMPANG JAYA - Tiga pelajar sebuah sekolah menengah di sini yang ditahan kerana mencuri motosikal layak digelar taiko muda apabila dalam umur yang baru setahun jagung mereka telah mencuri sebanyak 18 buah motosikal sejak dua tahun lalu.
Dengan menggunakan modus operandi yang mudah iaitu menendang kawalan pemegang motosikal jenis kap- cai seperti Honda EX5, Yamaha 100, Honda Wave dan Suzuki 110, mereka kemudian akan menolak kenderaan itu kira-kira 50 meter sebelum menghidupkan enjinnya.
Difahamkan, ketiga-tiga mereka bersekolah di sekolah yang berlainan di daerah Ampang. Kegiatan samseng mereka itu terbongkar apabila ketiga-tiga mereka ditahan dalam tiga tangkapan berasingan.
Episod malang mereka bermula apabila polis menahan seorang remaja berusia 15 tahun ketika dia sedang menunggang sebuah motosikal jenis Honda EX5 berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah II (MRR 2) pada pukul 5.30 pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, pemeriksaan mendapati motosikal itu dilaporkan hilang di Kampung Cheras Baru bulan lalu.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0524&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm
No comments:
Post a Comment