2010/06/11
SEGAMAT: Dia menjadi tumpuan bukan hanya kerana berstatus ‘janda berhias’ malah payudaranya menghairahkan setiap lelaki memandang.
Bagaimanapun, rahsia payudara bersaiz ala ‘Dolly Parton’ berkenaan terbongkar apabila pemeriksaan dijalankan polis menemui ruang khas untuk menyimpan dadah.Taktik terbabit digunakan sejak setahun lalu tetapi terbongkar selepas polis yang menyerbu kediamannya, di Jabi, di sini, jam 6.10 petang Selasa lalu. Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Bin Mohd Ali, berkata saiz payudara janda terbabit menimbulkan syak dan selepas pemeriksaan dijalankan, pihaknya menemui sejumlah dadah terselit pada coli suspek.
“Saiz payudara terbabit menimbulkan syak kerana ia tidak sama tetapi lebih besar di bahagian kiri. Polis melakukan pemeriksaan sebelum menemui dadah jenis ganja seberat satu gram bernilai RM100 terselit pada coli dipakainya. “Hasil siasatan, suspek orang perantaraan ditugaskan menghantar bekalan dadah dipesan daripada pengedar kepada pelanggan,” katanya.
Siasatan turut mendapati selain bertindak sebagai orang perantaraan dan menggunakan sendiri dadah diperoleh, suspek juga dipercayai menjadi pengedar kecil-kecilan untuk menampung pembelian akan datang dadah terbabit.
Ujian air kencing dijalankan turut mendapati suspek positif dadah jenis ganja dan kini ditahan untuk siasatan lanjut.
Dalam kes berasingan, juga pada Selasa lalu, Abdul Majid memaklumkan pihaknya turut menahan seorang wanita juga berstatus ibu tunggal yang bertindak sebagai orang perantara sindiket dadah dengan alasan mendapatkan wang lebih.
“Kami khuatir golongan ibu tunggal ini yang mungkin kematian suami atau bercerai dan berada dalam kesempitan serta terdesak sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan sumber kewangan bagi menampung keluarga. “Sindiket pula akan mengambil kesempatan atas kesempitan hidup mereka untuk mengeksploitasi keadaan sebelum ditawarkan menjadi orang perantaraan dengan upah tertentu. Akhirnya, mereka terperangkap hingga ada yang tertangkap,” katanya.
No comments:
Post a Comment