SEREMBAN - Tidak pernah serik. Seorang warga emas yang kerap masuk penjara dijatuhi hukuman penjara lagi dan kali ini selama 12 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam.
Tertuduh, Idris Mahat, 61, didakwa memiliki dadah seberat 16.92 gram (g) iaitu campuran 15.31g heroin dan 1.61g monoactylmorphinesdi kawasan tempat letak kereta Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, pada jam 10.45 pagi, 3 Oktober 2009.
Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Nasfy Yasin yang membuat keputusan itu berkata, mahkamah mendapati warga emas berkenaan dikategorikan sebagai habitual offender atau tidak boleh meninggalkan kerja yang menyalahi undang-undang.
"Sekiranya selalu keluar masuk penjara, bagaimana pak cik mahu menyara keluarga?
"Saya meminta pak cik sedar atas apa yang sudah dilakukan selama ini dan melupakan aktiviti jenayah.
"Pak cik perlu bersyukur kerana pihak pendakwaan memberikan pertuduhan pilihan dan tidak dikenakan sebatan kerana usia pak cik sudah melebihi 50 tahun," katanya.
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0618&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
No comments:
Post a Comment