KUALA LUMPUR: Bahana menjadikan lelaki yang baru dikenali sebagai tempat mengadu nasib mengundang padah buat seorang remaja berusia 16 tahun apabila menjadi ratahan sekumpulan Mat Kilang yang juga rakan teman lelakinya.
Lebih malang lagi apabila mangsa yang masih bersekolah dalam tingkatan empat di Subang itu dikurung selama beberapa jam dalam asrama sebuah kilang untuk dijadikan pemuas nafsu.Menurut sumber, dalam kejadian Sabtu lalu, mangsa dikatakan keluar dengan teman lelakinya yang baru dikenali bagi mengadu kerana tertekan berikutan perceraian ibu bapanya.
Bagaimanapun, teman lelaki mangsa enggan menghantarnya pulang ke rumah sebaliknya membawa mangsa ke asrama kilang, tempatnya bekerja kononnya untuk diperkenalkan kepada rakan-rakannya yang lain.
“Sebaik masuk ke dalam asrama itu, mangsa dipaksa melakukan hubungan seks oleh teman lelakinya yang berusia 20-an. Selesai saja ‘diratah’ lelaki terbabit, dia kemudian didatangi dua lagi lelaki yang kemudian merogolnya bergilir-gilir,” katanya.
Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi yang dihubungi berkata, mangsa membuat laporan polis bersama bapa saudaranya Isnin lalu.
No comments:
Post a Comment