PADANG TERAP: Pengunjung yang berhasrat mandi manda atau berkelah di Hutan Lipur Puncak Janing, di sini, hampa kerana terpaksa berpatah balik selepas mendapati kawasan air terjun di situ ditutup berikutan air sungainya dicemari kuman Pathogenik Leptospira atau kencing tikus.
Difahamkan, kawasan hutan lipur itu ditutup sejak hampir sebulan lalu berikutan beberapa pengunjung yang datang berkelah mempunyai simpton dijangkiti penyakit itu, bulan lalu.
Penutupan pusat rekreasi itu adalah yang kedua di negara ini kerana kes kencing tikus yang sebelum ini berlaku di Pusat Rekreasi Lubuk Yu, Maran, di Pahang yang meragut enam nyawa.
Tinjauan Harian Metro di kawasan itu mendapati, Pejabat Hutan Daerah menutup kawasan itu dengan tali penghadang serta menampal beberapa notis amaran untuk peringatan kepada pengunjung yang diletakkan sejak 8 Julai lalu.
Pengunjung, Musa Mustafa, 20, dari Sungai Petani berkata, dia dan dua rakannya datang ke kawasan itu untuk berkelah tetapi terkejut apabila dimaklumkan penutupan pusat rekreasi itu.
“Biasanya kawasan ini ramai dengan kehadiran pengunjung walaupun bukan musim cuti sekolah tetapi apabila saya tiba hari ini saya dapati kawasan ini lengang malah kedai makan serta tandas turut ditutup.
“Apabila terbaca notis larangan itu, kami terpaksa mengubah rancangan untuk berkelah di sini kerana bimbang dijangkiti wabak kencing tikus,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/HutanLipurPuncakJaningtutup/Article
1 comment:
Terima kasih armouris kerana berkosi info. Semoga boleh dikongsi bersama.
Post a Comment