SHAH ALAM - Bagi peminat makanan Jepun yang mahukan menunya disediakan oleh usahawan beragama Islam dengan keyakinan bahawa bahan-bahan mentahnya diperoleh daripada sumber yang halal, maka Restoran O-Shima adalah pilihan terbaik.
Restoran itu yang telah membuka sebuah cawangan barunya di medan selera pusat beli-belah Oasis 9 di Seksyen 9 di sini menawarkan 11 menu hidangan istimewa yang pasti membangkitkan selera pengunjung.
Pemilik bersama restoran itu, Asnidar Hanim Yusuf berkata, premis tersebut yang dibuka sejak awal bulan ini dan dinamakan O-Shima Ramen memiliki keunikan tersendiri kerana terdapat 10 menu berasaskan mi Jepun atau ramen yang ditawarkan kepada para pelanggan.
Satu lagi hidangan menarik yang disediakan ialah nasi ikan belut salai.
Antara menu ramen yang terdapat di restoran berkenaan ialah chicken katsu (ayam goreng bersalut serbuk roti), miso yummy ramen (ayam rebus bersama jagung dan rumpai laut), Korean ramen (sayuran jeruk dan ayam rebus) dan prawn mania ramen (udang bersalut serbuk roti).
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1105&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm
No comments:
Post a Comment