Friday, November 5, 2010

Obama kecewa Parti Demokrat kalah



OBAMA


WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mengakui bahawa beliau mengalami kekalahan teruk dalam pilihan raya separuh penggal yang berlangsung pada Selasa lalu.

Namun, beliau tidak mengaku kalah walaupun agenda perubahan yang dibawanya dilihat tidak diterima pengundi.

Obama menyifatkan kekalahan Parti Demokrat yang dianggotainya di Dewan Perwakilan dan peningkatan penguasaan Parti Republikan di Dewan Senat dalam pilihan raya itu adalah disebabkan perasaan kecewa para pengundi terhadap pemulihan ekonomi AS yang perlahan.

Beliau menganggap kegagalannya untuk menyelesaikan 'masalah-masalah serius' di Washington turut menyumbang kekalahan Parti Demokrat.

"Teruk rasanya," kata Obama, menggambarkan kekalahannya dalam satu sidang media di White House.

Obama turut mengambil tanggungjawab sepenuhnya ekoran masalah ekonomi AS yang masih belum pulih.

"Saya perlu melakukan kerja dengan lebih baik sama seperti orang lain di Washington," kata Obama kelmarin.

Walaupun keputusan pilihan raya itu mungkin mengurangkan harapan untuk beliau menang dalam pilihan raya Presiden 2012, Obama menegaskan Presiden AS sebelum ini seperti Ronald Reagan dan Bill Clinton pernah mengalami kekalahan pada pilihan raya separuh penggal tetapi menang untuk memerintah pada penggal kedua.

Berdasarkan sistem pilihan raya di AS, pilihan raya Dewan Perwakilan, pilihan raya Dewan Senat dan pilihan raya Gabenor akan diadakan selepas pilihan raya Presiden.

Kali terakhir pilihan raya Presiden AS diadakan ialah pada 4 November 2008. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1105&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_03.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...