Monday, December 13, 2010

PBB: Jangan ambil mudah menang pilihan raya

Dis 11, 10 11:26am

BN janganlah mengambil mudah untuk menang pilihan raya umum akan datang, sebagai ingatan kepada empat komponen BN di Sarawak untuk bekerja keras, kata Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Fadillah Yusuf.

NONEBeliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud telah memberikan arahan jelas untuk mula bekerja keras dan tidak mengambil ringan dalam memenangi pilihan raya.

"Akhirnya pengundi akan menghakimkan kita berdasarkan perkhidmatan kita kepada rakyat...jadi jika anda berpuas hati dan ambil ringan, saya tidak terkejut calon BN akan tewas," katanya kepada pemberita pada majlis penyampaian Anugerah Inovasi dan Kreativiti Setiausaha Persekutuan Sarawak di Kuching, malam semalam.

Khamis lalu, Ketua Penerangan PBB Tan Sri Adenan Satem berkata bahawa calon BN tidak lagi mampu untuk mengambil mudah kerana minda rakyat terlah berubah dengan cepat apa lagi dengan akses maklumat yang mudah.

NONEBeliau yang juga Penasihat Khas di Jabatan Ketua Menteri bekata bahawa rakyat tidak lagi mengundi berdasarkan parti dan tidak lagi bersikap menghargai seperti sebelum ini apabila diberikan bantuan kerajaan kerana mereka percaya adalah tugas kerajaan untuk menjaganya.

Dalam mendengar masalah rakyat, Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata Pemuda PBB telah bersedia di peringkat bawah dengan melakukan kerja-kerja amal atau politik yang meliputi aspek sosial dan menyediakan perkhidmatan kepada mereka.

Beliau berkata program kerja sedang dijalankan di peringkat cawangan di semua 71 kawasan pilihan raya negeri, yang merupakan arahan jelas daripada kepimpinan parti.

Seminar Belia BN juga baru sahaja berakhir yang disertai oleh semua parti komponen BN di Sarawak, yang meliputi PBB, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Maju Demokrat Sarawak (SPDP), kata beliau.

Beliau berkata Unit Media Pemuda PBB juga melancarkan kempennya untuk menyalurkam maklumat mengenai isu yang membabitkan Sarawak.

Dengan cara ini, mana-mana isu boleh dijawab atau diterangkan dengan berkesan tanpa membuat serangan peribadi, kata beliau.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/150529

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...