Thursday, March 17, 2011

Bina loji nuklear, menteri elak jawab soalan

Bina loji nuklear, menteri elak jawab soalan
Regina Lee
Mac 16, 11
4:39pm

Menteri yang bertanggungjawab terhadap kuasa nuklear, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui, enggan menyatakan pendirian kerajaan berhubung tenaga atom untuk penjanaan kuasa walaupun ianya di bawah bidangkuasa kementeriannya.

NONEChin enggan untuk mengesahkan atau menafikan rancangan kerajaan
itu ekoran kemungkinan berlakunya peleburan reaktor atom akibat gempa bumi yang melanda Jepun.

"Kabinet yang akan memutuskannya. Kami perlu menunggu laporan yang akan dibentangkan kepada Kabinet," katanya.

Ketika diserbu wartawan selepas satu majlis pelancaran motosikal berkuasa bateri litium-ion di ibunegara pagi ini, Chin menjawab "tiada komen" beberapa kali apabila ditanyakan sama ada kerajaan akan meneruskan rancangannya untuk membina loji kuasa nuklear.

Beliau juga mencampuradukkan nama-nama agensi dalam sidang akhbar selama tiga minit itu dan sering merujuk kepada Perbadanan Tenaga Nuclear, sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri, sebagai 'Agensi Pembangunan Nuklear'

Malaysia merancang untuk membina loji 1,000 megawatt kuasa nuklear pada 2022. Ini diumumkan oleh Chin Disember tahun lepas.

Bagaimanapun, kebimbangan terhadap keselamatan loji-loji nuklear timbul di Jepun - operator terbesar loji seumpama itu yang menjana tenaga elektrik -apabila ia kini berdepan dengan ancaman peleburan di loji kuasa nuklear Fukushimanya yang dilanda gempa selepas reaktor gagal untuk menyejukkannya berikutan gempa bumi 9.0 di wilayah Miyagi.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/158801

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...