Thursday, March 17, 2011

Kabinet pro-Mahasiswa dibentuk tanpa Masturah

Abdul Rahim Sabri
Mac 17, 11
3:12pm

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) yang menguasai kerusi dalam pilihan raya kampus Universiti Malaya (UM) kini membentuk barisan kabinet Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) dalam "terpaksa" tanpa kehadiran dua calon umum mereka.

Ia berikutan pihak universiti "menggantung kemenangan" calon popular mereka Masturah Abu Bakar yang dilaporkan hilang lebih 24 jam sewaktu kehangatan kempen berlangsung.

NONEManakala Tan Tiong Yih - pelajar fakulti kejuruteraan - pula sedang disiasat polis atas dakwaan memalsukan surat cuti sakit.

"Kami diberi pilihan oleh HEP sama ada untuk menangguhkan pembentukan kabinet atau meneruskannya.

"Jadi (kami) meneruskan (pembentukan kabinet) kerana terpaksa, bahkan pelajar lain merungut supaya menubuhkan kabinet," kata Yang Dipetua MPM kampus itu Mohd Syahid Mohd Zaini (kanan) ketika dihubungi Malaysiakini.

Menurutnya lagi, pihaknya terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama untuk mengetahui hasil siasatan pihak polis berhubung kedua-dua kes berkenaaan.

Dalam pilihan raya kampus 21 Februari lalu, pro-M menang 23 daripada 41 kerusi yang dipertandingkan. Masturah dan Tan turut turut terpilih.

Mohd Syahid berkata, pembentukan kabinet semalam dihadiri 38 calon yang menang, tidak termasuk Masturah dan Tan.

Manakala seorang calon daripada kumpulan lawan mereka Penggerak Mahasiswa tidak hadir kerana berada di Sabah.

Nasihat peguam


Walaupun jumlah keanggotaan kumpulan mereka kini tinggal 21 kerusi sahaja, itu sudah memadai kerana Penggerak Mahasiswa hanya mendapat 16 kerusi manakala bebas cuma dua.

Mohd Syahid berkata, pihaknya membangkitkan dan mempertahankan dua calon mereka di hadapan Timbalan Naib Canselor (TNC) HEP Prof Datuk Rohana Yusoff dalam pertemuan lebih tiga jam semalam.

masturah abu bakar"Pro-M tidak bersetuju dan terkejut dengan keputusan (penggantungan) itu. Mereka sebelum itu tidak pernah dipanggil sebelum digantung.

"Tidak ada perbicaraan atau diambil keterangan, tiba-tiba sahaja digantung," kata pelajar tahun dua Akademi Pengajian Islam itu.

Mohd Syahid berkata, mereka berpendapat bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) memperuntukan bahawa penggantungan pelajar hanya boleh dibuat berdasarkan kepada keputusan perbicaraan, bukannya ketika masih dalam siasatan.

Malangnya, Mohd Syahid mendakwa, universiti tetap dengan keputusan bahawa Masturah dan Tan tidak boleh menganggotai kabinet MPM sehingga siasatan ke atas mereka selesai.

Ditanya mengenai tindakan pro-M selepas ini bagi membela kedua-dua calon itu, Mohd Syahid berkata pihaknya sudah mendapatkan nasihat peguam, sekali gus menimbangkannya membawa ke mahkamah.

Mohd Syahid turut menjelaskan pihak pentadbiran UM akan memanggil Tan untuk memberi keterangan berhubung dakwaan memalsukan surat cuti sakit pada 24 Mac ini.


http://malaysiakini.com/news/158904

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...