TAIPEI: Pihak berkuasa Taiwan setakat ini mengesan zarah radioaktif pada 25 penumpang yang tiba dengan pesawat dari Jepun.
Sehari selepas kelengkapan mengimbas dipasang di tiga lapangan terbang utama di negara itu, lebih 4,400 orang yang tiba dari Jepun sudah diperiksa dan 25 didapati membawa zarah radioaktif, kata Majlis Tenaga Atom Taiwan.
“Kebanyakan zarah radioaktif itu ditemui pada kasut atau pakaian mereka,” kata seorang pegawai.
Bagaimanapun, mereka dibenarkan memasuki negara itu selepas menukar kasut atau pakaian atau membasuh barangan yang terjejas dengan air.
Pakar unit tentera yang dilatih khas dalam menghadapi perang nuklear, ditempatkan di ketiga-tiga lapangan berkenaan.
Taiwan juga sudah mula mengimbas makanan yang diimport dari Jepun untuk mengesan kehadiran radioaktif. - Reuters’
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RadioaktifdikesanpadapenumpangdariJepun/Article/index_html
No comments:
Post a Comment