Saturday, March 19, 2011

Tentera Libya akan hapuskan pemberontak: Gaddafi

TOBRUK: Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi, berkata angkatan tenteranya akan berjuang hingga pemberontak dihapuskan ketika Washington menyokong gesaan supaya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menguatkuasakan zon larangan terbang di negara itu.

Kenyataan terbaru Gaddafi itu dikeluarkan selepas tenteranya menyerang pemberontak di barat dan mengancam kubu di timur Benghazi walaupun Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mendesak supaya gencatan senjata dilakukan segera.


“Pertempuran bermula hari ini di Misrata dan esok adalah pertempuran terakhir,” kata Gaddafi ketika berucap dalam televisyen kerajaan merujuk kepada bandar raya ketiga Libya yang dihuni 500,000 penduduk.

“Mulai petang ini anda akan dipanggil untuk mengangkat senjata dan esok anda perlu mengambil bahagian dalam pertempuran,” tambahnya ketika berucap kepada sekumpulan golongan muda dari Misrata. Gaddafi juga menggesa tenteranya supaya tidak meninggalkan Misrata kepada kumpulan ‘orang gila’. Televisyen kerajaan di Libya berkata, pihak tentera akan mara ke Benghazi dan anak Gaddafi, Seif al-Islam pula menjangkakan semuanya akan berakhir dalam tempoh 48 jam. - AFP


http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/TenteraLibyaakanhapuskanpemberontak_Gaddafi/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...