Wednesday, June 15, 2011

Menteri: RM1.8 juta bagi kempen laman sosial

Menteri: RM1.8 juta bagi kempen laman sosial
Aidila Razak
Jun 15, 11
3:19pm

Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen hari ini menjelaskan bahawa RM1.8 juta yang dibelanjakan bagi kempen penjenamaan laman media sosial kementeriannya bukan hanya terhad untuk membuat laman Facebook.

NONE"(RM1.8 juta) adalah untuk menjawab, memberi maklumat, interaksi dan memantau (kerja di laman Facebook) menilai semula, pengumpulan data, pembangunan kandungan dan pengiklanan di Google, Facebook...

"Awak fikir murah ke? Pelancongan Australia belanja RM150 juta untuk tiga tahun akan datang di media sosial,” katanya kepada wartawan di Kuala Lumpur.

Menurut Ng, Facebook digunakan sebagai satu platform dan menerusinya laman web Cuti-cuti Malaysia Pelancongan Malaysia telah mendapat 24,000 peminat sejak ia dilancarkan pada Mei lalu.

"Kami sasarkan 120,000 peminat pada penghujung kempen enam bulan... Facebook Pulau Pinang hanya ada 120,000 peminat selepas bertahun-tahun, sebegitu sedih,” katanya.

Semalam, Menteri Pelancongan Datuk James Dawos Mamit memberitahu Dewan Rakyat bahawa kementeriannya telah membelanjakan RM1.8 juta di laman Facebook, termasuk perbelanjaan untuk aplikasi enam Flash, pembangunan, kerja-kerja menyelenggara dan pengiklanan.

Tender untuk kontrak selama tiga tahun itu diberikan kepada Impact Creations Sdn Bhd.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/167003

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...