Wednesday, June 15, 2011

Subsidi diesel nelayan C2: K'jaan dolak dalih

Subsidi diesel nelayan C2: K'jaan dolak dalih
Jun 7, 11 1:35pm

Pengusaha bot pukat tunda C2 masih menikmati subsidi diesel RM1.80 seliter walaupun keputusan awal bagi memansuhkan semua jenis subsidi untuk mereka, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong.

NONEBeliau berkata mereka boleh membeli diesel pada harga RM1.80 seliter tetapi bukan bagi super subsidi bagi bahan api yang telah dimansuhkan pada 1 Jun. Disel yang menerima subsidi super dijual pada harga RM1.25 seliter.

"RM1.80 seliter masih pada harga subsidi. Pada mulanya, ia diputuskan bahawa kami perlu memansuhkan semua subsidi bagi C2 tetapi selepas beberapa rayuan, kita membenarkan mereka pada harga subsidi RM1.80 seliter, tapi bukan pada subsidi super RM1.25 seliter yang sebelum ini mereka layak mendapatnya.

“Saya harap mereka (pengusaha bot pukat tunda) boleh berjumpa kita dan para pegawai LKIM yang akan menjelaskan kepada mereka butiran sebenarnya," katanya di Kuala Lumpur, hari ini.

Chua berkata demikian sebagai mengulas berhubung beberapa pengusaha bot pukat tunda C2 yang merancang melancarkan mogok di seluruh negara pada 11 Jun sekiranya kerajaan tidak mempertimbang diesel subsidi super kepada mereka.

pulau betong illegal fishing trawlerPemegang lesen C2 adalah mereka yang dibenarkan menangkap ikan di kawasan 30 batu nautika dari pantai manakala bagi pemegang lesen B dan C merupakan nelayan yang hanya dibenarkan menangkap ikan dalam lingkungan 20 batu nautika dari pantai. Hanya pengusaha bot pukat tunda terbabit dengan keputusan pemotongan subsidi.

Kerajaan telah memansuhkan pemberian diesel subsidi super kepada sembilan kategori kenderaan di sektor pengangkutan barangan termasuk teksi limosin berkuatkuasa 1 Jun depan.

Chua menjelaskan pemotongan subsidi itu dilaksanakan ke atas 1,200 kapal dengan lesen C2 kerana mereka beroperasi di bawah lesen menangkap ikan komersial di mana seorang pemegang lesen boleh memiliki lebih satu kapal dan mengambil pekerja asing.

Sesetengah kapal itu juga dijalankan oleh syarikat-syarikat.

fisherman nelayan 250107 caught fish in net"Kerajaan memberi subsidi 25,000 hingga 28,000 liter diesel bersamaan dengan RM31,250 dan RM35,000 bagi setiap kapal sebulan dan semua kapal Zon C2 boleh menggunakan purata sehingga 14 juta liter diesel setiap bulan," katanya.

Dengan memansuhkan subsidi super,, ia boleh membantu kerajaan menjimatkan RM18.9juta sebulan dan RM226.8juta setahun.

Sebaliknya, Chua berkata kerajaan akan meningkatkan insentif bagi ikan yang ditangkap oleh kapal-kapal zon C2 daripada 10 sen sekilogram kepada 20 sen berikutan pemansuhan subsidi super bagi mereka.

Bagaimanapun, pengusaha bot pukat tunda masih mendakwa bahawa peningkatan mendadak harga bahan api sehingga 67 peratus tidak tertanggung oleh mereka dan mereka tidak boleh menyesuaikannya dalam tempoh yang begitu singkat.

Mereka mendakwa perlu membayar tambahan sehingga RM10,000 bagi diesel dan memandangkan ia perlu dibayar tunai, keadaan itu telah memaksa pengusaha terbabit terutama di Sarawak berhenti ke laut untuk menangkap ikan.

fishing trawlers 231216 fishermenBeberapa wakil pengusaha berkenaan kini mahu menuntut supaya satu perjumpaan di adakan dengan kementerian bagi membincangkan isu itu kerana mereka mahu kerajaan menimbang semula keputusan untuk tidak memberikan mereka subsidi super.

- Bernama

http://malaysiakini.com/news/166243

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...