Wednesday, June 15, 2011

Noh: Subsidi dimansuh demi nelayan pantai

Noh: Subsidi dimansuh demi nelayan pantai
Jun 14, 11 6:41pm

Langkah kerajaan memansuhkan pemberian subsidi super diesel kepada nelayan laut dalam adalah bagi mengimbangi kepentingan dan keadilan untuk nelayan pantai, iaitu golongan yang wajar mendapat bantuan.

NONEMenteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, berkata walaupun kerajaan sudah memansuhkan subsidi super diesel kepada nelayan laut dalam, mereka masih menikmati pelbagai insentif dan galakan yang lebih baik berbanding nelayan pantai.

Antaranya termasuk kemudahan 34 kompleks pendaratan ikan bagi nelayan laut dalam yang bernilai RM3.4 bilion berbanding RM50 juta untuk 240 kompleks pendaratan ikan bagi nelayan pantai.

"Kemudian kuota minyak. Untuk nelayan laut dalam kita bagi 24,000 hingga 28,000 liter sebulan. Tapi nelayan pantai antara 2,000 hingga 15,000 liter sahaja sebulan.

"Kita tengok pula insentif yang kita bagi nelayan laut dalam, walaupun kita mansuhkan subsidi, kita tambah insentif pendaratan ikan dari RM0.10 per kg kepada RM0.20 per kg tapi bagi nelayan pantai masih kekal RM0.10 per kg. Sebab kita mahu galak nelayan laut dalam bawa balik ikan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Katanya, nelayan laut dalam juga menikmati elaun sara hidup RM200 yang diberikan kepada setiap awak-awak yang bekerja di sesebuah vesel sama seperti nelayan pantai.

NONENoh berkata, di sebalik pelbagai kemudahan dan insentif yang diberikan kepada nelayan laut dalam, mereka hanya menyumbangkan 20 peratus dari keseluruhan jumlah tangkapan berbanding nelayan pantai yang menyumbangkan sebanyak 80 peratus.

"Kemudahan cukup banyak, minyak dapat banyak, adakah ini adil bagi nelayan pantai yang bagi sumbangan lebih besar. Sebab itu, jika nelayan laut mahu dapat banyak bantuan dari kerajaan mereka perlu bawa balik ikan banyak," katanya.

Beliau berkata, kerajaan juga bersedia untuk berbincang dengan nelayan laut dalam mengenai isu permansuhan subsidi super diesel yang mendapat bantahan sehingga menyebabkan mereka mogok sejak Sabtu lalu.

NONEKatanya, kerajaan boleh menimbang untuk menaikkan insentif lain kepada mereka dengan syarat mereka perlu membawa pulang lebih banyak ikan.

Selain itu, Noh berkata dari 1,028 buah vesel nelayan laut dalam yang ada di seluruh negara, 279 sudah meneruskan aktiviti menangkap ikan tanpa sebarang masalah walaupun tidak lagi menikmati subsidi super diesel.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/166923

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...