Saturday, July 2, 2011

Lynas nafi laporan NY Times

Lynas nafi laporan NY Times
Jun 30, 11 9:21pm

Syarikat perlombongan gergasi Australia, Lynas Corporation menafikan sama sekali laporan akhbar New York Times yang mendakwa loji nadir bumi syarikat itu di Gebeng, menghadapi masalah kelemahan pembinaan dan kecacatan rekabentuk.

NONE"Laporan itu tidak benar sama sekali," kata pengerusi eksekutif Lynas, Curtis Nicholas dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulangi bahawa keselamatan masyarakat setempat dan pekerjanya menjadi keutamaan tertinggi dalam pembinaan dan operasi loji berkenaan.

Curtis menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dalam standard kejuruteraan.

Laporan New York Times baru-baru ini yang memetik memo dalaman oleh jurutera sekarang mahupun yang telah meninggalkan syarikat itu bahawa pembinaan loji Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Pahang adalah 'bahaya' dan mempunyai masalah rekabentuk.

Artikel itu mendakwa memo berkenaan memaparkan beberapa kecacatan dengan jurutera menghuraikan rekahan struktur, poket udara dan kebocoran di kebanyakan 70 tangki konkritnya.

NONETangki itu dijadualkan untuk menyimpan bahan radioaktif selepas nadir bumi berkenaan yang dibawa dari Australia Barat dicampur dengan asid untuk merawatnya.

Ia juga mendakwa sistem paip keluli yang dibina untuk kilang tersebut adalah menggunakan keluli standard dan tidak sesuai bagi memindahkan bahan berkenaan. Tangki simpanan pula dibina daripada konkrit konvensional yang sepatutnya didirikan dengan gentian polimer yang kurang kemungkinannya akan retak.



http://malaysiakini.com/news/168539

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...