Saturday, July 2, 2011

Petronas bayar Pusat, kerajaan negeri RM594.6b

Jun 29, 11 6:07pm

Datuk Seri Najib Razak berkata, Petronas telah membuat pembayaran RM594.6 bilion kepada kerajaan Persekutuan dan kerajaan-kerajaan negeri dalam bentuk dividen, cukai, duti eksport dan perolehan petroleum semenjak penubuhannya sehingga tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu.

Daripada jumlah itu, Perdana Menteri berkata, RM65.7 bilion adalah pembayaran bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac tahun ini.

Sehingga Jun 2011 pula, Najib berkata, jumlah sumbangan Petronas kepada Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN) adalah sebanyak RM3.0 bilion dan dilaburkan di dalam pelbagai instrumen kewangan.

"Dana ini adalah aktif dan saiz dana KWAN kini berjumlah RM5.43 bilion,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) di Dewan Rakyat hari ini.

Nurul Izzah ingin tahu mengenai jumlah sumbangan Petronas kepada KWAN dan kesediaan kerajaan menetapkan 30 peratus keuntungan tahunan Petronas ke dalam sebuah tabung pendidikan kebangsaan untuk pemberian biasiswa.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/168388

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...