Beliau menegaskan ajaran Islam mengajar agar hak penganut agama lain juga harus dibela dengan seadil-adilnya.
Abdullah membuat komen itu dua hari selepas Kerajaan pimpinan PAS di Kedah bersetuju membenarkan pusat-pusat hiburan di Kedah meneruskan operasi pada bulan Ramadan dengan syarat orang Islam dilarang berkunjung ke premis itu.
Tindakan itu bertujuan memelihara kemuliaan Ramadan di samping melindungi hak peniaga bukan Islam. Bagaimanapun keputusan itu dikecam oleh akhbar kawalan Umno,
Utusan Malaysia dan juak-juak parti itu serta MCA mendakwa langkah PAS itu menunjukkan ia tunduk kepada tekanan DAP.
Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini bercadang menguatkuasakan undang-undang yang diluluskan oleh Umno-BN pada tahun 1997 tetapi tidak pernah dilaksanakan. Peraturan itu melarang sebarang konsert dan pertunjukan hiburan ala Barat pada bulan Ramadan.
Bagaimanapun selepas perbincangan dengan pemilik premis berkenaan, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak bersetuju membenarkan premis berkenaan beroperasi namun penguatkuasaan melarang orang Islam mengunjunginya akan diperketatkan.
Abdullah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata Islam menuntut hak penganut agama lain harus dibela dengan seadil-adilnya.
“Selain sifat muhibah yang dipupuk agama Islam, juga menjadi tanggungjawab dalam agama kita ini sifat dan amalan berpegang teguh kepada janji baik yang telah dimeterai termasuk dengan penganut-penganut agama yang lain.
“Sejarah umat Islam menjadi saksi akan kepentingan menunaikan amanah dan berpegang pada janji bukan hanya sesama umat Islam tetapi juga bukan Islam,” kata beliau dalam ucapan perasmian Seminar al-Quran dan Cabaran Pluralisme Agama: Pengajaran Masa Lalu, Keperihalan Semasa dan Hala Tuju Masa Depan.
Teks ucapannya dibacakan oleh Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia Datuk Nik Mustapha Nik Hassan.
Kredit tο: http://wrlr.blogspot.com/2011/07/abdullah-islam-menuntut-hak-penganut.html
http://www.tukartiub.org/abdullah-islam-menuntut-hak-penganut-agama-lain-dilindungi/
No comments:
Post a Comment