Wednesday, August 3, 2011

ISU OPERASI PUSAT HIBURAN: Tidak Pelik, Pelik & Paling Pelik

Posted by balaci bn on Jul 31, 2011 in Politik

ISU OPERASI PUSAT HIBURAN: Tidak Pelik, Pelik & Paling Pelik

Sekonyong-konyong bergegarlah seketika Negeri Jelapang Padi Kedah Darulaman. Gegarannya sampai menggoncangkan jantung pisang Se-Tanah Melayu. Selepas gempa bumi maha dahsyat melanda tanah tumpah yang pernah dinamakan Malaya ini dari perhimpunan BERSIH.

Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak, mengumumkan satu keputusan melarang pengusaha pusat hiburan beroperasi pada bulan Ramadhan. Ia adalah satu perlaksanaan terhadap enakmen yang dilulus oleh oleh kerajaan sebelum beliau. Kemudiannya dibuat pelarasan dalam situasi menang-menang iaitu melarang pusat hiburan dari dimasuki oleh orang bukan Islam. Ia hasil pertemuan penuh muhibbah dengan wakil-wakil masyarakat bukan Islam dan pengusaha-pengusaha pusat hiburan.

Namun begitu, pengumuman ini mencetuskan polemik pro dan kontra. Ada perkara yangTidak Pelik, Pelik dan Lebih Pelik telah berlaku.

1. Tidak Pelik apabila orang bukan Islam yang tidak faham menentang perlaksanaan ini. Mereka merasakan bahawa pelaksanaan ini menutup pintu rezeki mereka. Peliknya ialah mereka tidak tahu peraturan itu terkandung di dalam borang yang mereka isi ketika memohon untuk membuka pusat hiburan berkenaan. Ia juga terkandung di dalam Syarat Am Penguatkuasaan Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997. Tetapi Lebih Pelik lagi ialah ada orang Islam yang menentang perlaksanaan undang-undang ini.

2. Tidak Pelik apabila Dato’ Seri Ustaz Azizan melaksanakan peraturan yang sudah ada. Ia digubal dan diluluskan ketika Umno dan BN memerintah Kedah. Tetapi Peliknya ialah Umno sendiri tak pernah laksana. Lebih Pelik lagi ialah bila Pakatan Rakyat hendak laksana peraturan yang mereka tidak pernah laksana, mereka mengacum merata-rata tempat untuk cuba pelaga orang yang mahu laksana.

3. Tidak Pelik apabila Dato’ Seri Ustaz Azizan membuat sedikit pindaan bagi menjamin hak bukan Islam untuk berhibur. Yang Peliknya ialah pengusaha bukan Islam melenting walaupun mereka sedar adalah menjadi hak orang Islam tidak melakukan maksiat. Tetapi Lebih Pelik apabila BN dan Umno yang menggubal enakmen ini dulu tidak tahu hak orang bukan Islam.

4. Tidak Pelik apabila kerajaan melaksanakan undang-undang negeri kerana itu adalah tugas sebuah kerajaan. Peliknya ialah apabila rakyat yang bernaung dalam sesebuah negeri tidak mahu mengikut undang-undang. Lebih Pelik apabila ada sebuah parti yang kononnya nak bela orang Islam, tapi kroni mereka di sebuah negeri, meluluskan pula undang-undang hiburan sampai pagi hari kononnya untuk jana ekonomi dan perkembang industri pelancongan.

5. Tidak Pelik apabila keluarnya puluhan NGO dan badan-badan Islam yang mempertahankan keputusan Kerajaan Negeri Kedah. Turut menyokong termasuklah beberapa mufti dan ulama-ulama yang berintegriti lagi dihormati. Yang Peliknya ialah apabila ada orang-orang bukan Islam menyokong sama pelaksanaan ini. Bagi mereka, ini adalah hak orang Islam mengamalkan Islam. Tetapi Lebih Pelik ialah ada orang-orang Islam yang berkokok dan menentang serta mempertahankan bantahan kononnya mencabuli hak orang bukan Islam.

6. Tidak Pelik bila terdapat negeri yang menyokong tindakan Kerajaan Negeri Kedah.Tetapi Peliknya, walaupun ia membawa kebaikan kepada masyarakat, ada negeri yang tidak berminat. Lebih Pelik apabila ada ulama-ulama yang menyokong tetapi negeri yang mereka pegang kuasa tidak pernah atau berminat laksana.

Percubaan yang dibuat oleh Ustaz Azizan memecah tradisi pelaksanaan enakmen yang sudah wujud. Tiada yang baru kecuali manusia berfikiran penjajah yang terus mempertahankan pendirian songsang mereka. Ia penuh dengan cabaran. Menguji kesepakatan Pakatan Rakyat yang semakin melangkah matang menghormati hak beragama masing-masing. Ia juga menguji kefahaman masyarakat Islam terhadap agama Islam itu sendiri. Tidak payahlah Umno atau Barisan Nasional main isu ini. Akhirnya Umno sendiri yang terperangkap, berkokok berdegar-degar, ekor bergelumang tahi…

YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA
Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah

Kredit tο: http://www.kedahlanie.info/2011/07/isu-operasi-pusat-hiburan-tidak-pelik.html


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...