Wednesday, August 3, 2011

Kelantan pohon import 500,000 tan beras

Kelantan pohon import 500,000 tan beras
Ogos 2, 11 3:32pm

Negeri Kelantan melalui Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri memohon kerajaan pusat membenarkannya mengimport 500,000 tan beras berkualiti premium untuk jualan di negeri Pakatan Rakyat.

Husam musa at forum political party transformation Cabaran Transformasi Parti PolitikExco kerajaan negeri Datuk Husam Musa (kanan) berkata, jumlah itu sebagai permulaan bagi membuktikan harga barangan boleh dikurangkan melalui permit import yang tidak eksklusif kepada satu syarikat seperti Bernas.

"Seperti dalam makluman YAB Datuk Seri, penggunaan beras negara adalah berjumlah 2 juta tan dan apa yang kami pohon tidak menjejaskan pengguna negeri lain," kata Husam seperti dalam suratnya kepada Datuk Seri Najib Razak semalam.

Melalui surat yang dimuatkan kembali dalam blognya hari ini, Husam juga berkata, keizinan itu akan membantu mempastikan sekuriti bekalan makanan negara cukup dan tidak membebankan kewangan negara melalui subsidi.

"Kami (Kelantan) Insya-Allah berkeupayaan melakukannya dalam tempoh dua minggu dari tarikh keizinan diberikan dan jika keizinan ini boleh disegerakan oleh YAB Datuk Seri, pengguna boleh menempuh Ramadan ini dengan kos hidup yang lebih rendah," katanya.

Husam yang juga naib presiden PAS berkata, selain beras, Kelantan juga boleh memulakan import terhadap gandum, susu dan gula.

'Monopoli dasar salah'

Beliau berhujah kerajaan pusat sebenarnya mempunyai kuasa dan cara yang boleh menurunkan harga barang keperluan dengan segera, terutama keempat-empat barang yang dipohonnya, serta-merta.

"Salah satu penyumbang bagi tingginya harga barang-barang ini ialah dasar yang salah yang dilaksanakan oleh kerajaan YAB Datuk Seri sendiri iaitu menentukan import kepada monopoli agensi atau syarikat tertentu.

"Tanpa monopoli ini, harga barang keperluan dapat diturunkan serta-merta," kata Husam lagi.

rice paddy padi beras from thailand in malaysia 190307Husam juga mencadangkan Najib membandingkan harga dunia dan jualan barangan di Malaysia, terutamanya harga beras yang dijual purata AS$650 se tan.

"Bermakna harganya adalah RM 20 setiap sepuluh kilogram. Bandingkan berapa harga yang dikenakan kepada pengguna sekarang?" soal Husam lagi.

Beliau juga menegaskan bahawa isu kenaikan kos barang keperluan asing merupakan isu yang menghimpit rakyat pada masa ini.


http://malaysiakini.com/news/171771

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...