There was an error in this gadget

Saturday, August 27, 2011

Arahan terbaru SPR 'menyusahkan', kata DAP

Salhan K Ahmad
Ogos 26, 11
12:37pm


DAP hari ini mempertikaikan arahan terkini yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya penolong pendaftar daripada parti politik mengemukakan salinan kad pengenalan bagi setiap pendaftaran pengundi baru.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata arahan berkenaan tidak menyelesaikan masalah yang timbul, termasuk pendaftaran ke atas pemegang taraf kerakyatan penduduk tetap.

Sebaliknya, arahan berkenaan menyusahkan penolong pendaftar berkenaan untuk menjalankan tugas mereka, katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu arahan yang dikeluarkan oleh pejabat SPR Selangor kepada parti politik pada Isnin lalu.

Surat berkenaan menyatakan bahawa arahan berkenaan digunapakai memandangkan SPR telah menolak hampir 50 peratus borang pendaftaran pemilih yang dikemukakan oleh penolong pendaftar lantikan.

"(Pendaftaran) ditolak disebabkan penolong pendaftar mendaftar mereka yang telah mati, alamat tidak sama di dalam kad pengenalan, mereka yang telah mendaftar sebanyak dua kali serta terdapat juga yang mendaftar penduduk tetap," surat berkenaan dipetik.

Pua berkata, arahan yang dinyatakan dalam surat SPR bertarikh 22 Ogos itu juga akan mengehadkan jumlah pengundi yang akan dapat didaftarkan oleh parti politik.

Pua berkata, tindakan itu juga tidak adil kepada DAP, yang telah menerima pujian daripada SPR kerana menghantar rekod pendaftaran pengundi "paling bersih."

Sedangkan terdapat parti tertentu yang didakwa menghantar rekod pendaftaran yang mempunyai kadar kesilapan yang amat lebih tinggi.

"Kadar kesilapan (data) kami adalah kurang daripada 10 peratus.

"Mereka sepatutnya hukum parti politik yang hantar data bukan-bukan, yang mempunyai lebih daripada 40 peratus data yang direka-reka, atau (individu) yang telah mati," katanya.



http://malaysiakini.com/news/174166

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...