There was an error in this gadget

Saturday, August 27, 2011

Pengundi dakwa didaftar tanpa pengetahuan

Kuek Ser Kuang Keng
Ogos 26, 11
3:48pm


Selain daripada kecacatan yang dikesan dalam daftar pemilih, proses pendaftaran pengundi juga terdedah kepada penyalahgunaan apabila rakyat Malaysia di seberang laut dikesan didaftarkan sebagai pengundi tanpa pengetahuan mereka.

Malaysiakini menerima aduan daripada dua orang pengadu berkenaan yang terkejut apabila mengesan nama mereka di dalam daftar pemilih, walau individu berkenaan tidak pernah memohon untuk mendaftar sebagai pemilih.

Seorang pengadu yang hanya ingin dikenali sebagai Ng mendapat tahu perkara itu selepas menyemak status beliau melalui sistem dalam talian Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 2 Ogos lalu.

Beliau berbuat demikian atas dasar "ingin tahu" selepas membaca di dalam satu forum online mengenai dakwaan bahawa pekerja asing tanpa izin telah didaftarkan sebagai pengundi.

Beliau terkejut apabila mendapat keputusan "permohonan yang sedang diproses" selepas membuat semakan tersebut.

Ini menimbulkan syak kepada dirinya memandangkan beliau tidak pernah mendaftar sebagai pengundi sebelum ini.

"Nama, nombor MyKad dan alamat itu adalah milik saya," katanya kepada Malaysiakini melalui e-mel.

Ng kemudiannya memfailkan aduan kepada SPR melalui e-mel dan seterusnya mendapat jawapan bahawa permohonan beliau untuk mendaftar sebagai pengundi telah dibuat pada Jun 2011.

Setelah itul, beliau menyemak kembali sistem pengesahan di laman SPR dan mendapat tahu bahawa permohonannya telah diluluskan.

Apa yang menghairankan, Ng mendakwa beliau berada di luar negara pada waktu ini dan telah berlepas keluar daripada Malaysia sejak awal 2011.

Sejak itu, beliau juga tidak pernah pulang ke tanah air, kata Ng lagi yang mengesyaki bahawa seseorang telah menggunakan MyKad beliau untuk mendaftar, kata Ng lagi.

Mengulas dakwaan itu, seorang pegawai SPR menjelaskan perkara itu mungkin disebabkan oleh pegawai penolong pendaftar (ARO) yang tidak bertanggungjawab.

Kebanyakan daripada mereka merupakan wakil daripada parti politik yang dibenarkan untuk mempunyai dua orang ARO untuk setiap DUN.

"Ia mungkin berlaku apabila sebilangan ARO, terutamannya daripada parti politik, mendaftar pengundi baru tanpa pengetahuan individu berkenaan dengan menggunakan maklumat MyKad mereka," katanya yang enggan dinamakan.

[Baca berita penuh]



http://malaysiakini.com/news/174203

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...