Saturday, August 13, 2011

PM: K'jaan elak rusuhan seperti di London

Aidila Razak
Ogos 12, 11
6:59pm


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, rusuhan yang berlaku di London mewajarkan tindakan kerajaan menghalang BERSIH 2.0 daripada berarak pada 9 Julai lalu.

Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat majlis tertinggi BN hari ini, Najib berkata tindakan berkenaan dijalankan bagi mengelakkan keadaan huru-hara yang sama berlaku.

Katanya lagi, rusuhan yang berlaku di United Kingdom itu sangat serius dan langsung tidak dijangka oleh pihak berkuasanya.

Tambahnya, tiada jaminan bahawa perhimpunan jalanan akan kekal aman kerana mungkin ada pihak tertentu yang akan menyertainya untuk membuat kekacauan.

"Dalam demonstrasi jalanan tak ada jaminan semua yang masuk kumpulan itu terdiri daripada mereka yang ada niat untuk mengadakan demonstrasi aman.

"Tentu ada yang lain yang ada tujuan tidak baik akan tumpang semangkuk menyertai kumpulan itu.

"Bila ada demonstrasi jalanan besar-besaran, besar kemungkinan pecah kedai dan serang menyerang adalah sesuatu kemungkinan yang tak boleh kata tak akan berlaku," katanya lagi.


[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/172844

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...