Sunday, September 4, 2011

Guan Eng bercuti di China?

Posted by admin on September 3rd, 2011

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikatakan berada di China pada 31 Ogos setelah berlepas dari negara ini pada hari berkenaan sekitar jam 10 pagi bersama keluarganya untuk tujuan bercuti di negara kuasa besar Asia itu.Menurut sumber yang rapat dengan Setiausaha Agung DAP itu, ini merupakan amalan biasa Guan Eng ketika musim cuti perayaan terutama Aidilfitri kerana kebanyakan pekerja dan sahabat-handainya turut mengambil cuti yang panjang.

“Guan Eng balik dari China semalam, hari ini berada di Pulau Pinang untuk menghadiri beberapa program termasuk sambutan Aidilfitri,” kata sumber itu yang enggan namanya disiarkan.

Namun begitu, dalam laporan tepat blog Guan Eng sendiri, beliau bersama-sama anggota delegasi seramai 50 orang melakukan lawatan kerja ke wilayah Guangzhou di China bermula pada 31 Ogos sehinggalah 2 September bagi menyertai Ekspo Industri Pelancongan Antarabangsa 2011. Antara yang bersama beliau ialah ahli delegasi dari MATTA, Kumpulan Peranakan Pulau Pinang dan Pertubuhan Pengusaha Hotel dan Hotel Murah Malaysia.

Hari ini, laman Malaysiakini.com menyiarkan berita yang mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak kelihatan ketika negara meraikan perayaan berkembar – Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan pada Rabu lalu kerana berada di Australia.

Najib kononnya menjadi bidasan pelbagai pihak ketika pemimpin BN dan Umno berterusan menyerang pemimpin pembangkang yang didakwa tidak patriotik kerana mempersoalkan peranan dan sumbangan beberapa wira negara kerana bercuti di luar negara pada hari kebesaran negara seperti Hari Kebangsaan.

Dalam pada itu, pembantu khas Perdana Menteri menjelaskan kepada media bahawa Najib berada di Perth, Australia bukan untuk tujuan bercuti, sebaliknya mengambil kesempatan sempena cuti perayaan untuk menjalani terapi sukan ekoran pembedahan lututnya baru-baru ini.

“Perdana Menteri mengambil cuti pendek sementelah tiada sambutan Hari Kebangsaan rasmi pada 31 Ogos yang lalu dan kebanyakan rakyat sedang bercuti perayaan bagi menjalani terapi intensif di Australia yang terkenal dengan rawatan terapi sukan terbaik,

“Perdana Menteri menjalani program pemulihan terapi itu setiap hari di Perth, Australia,” katanya.


http://www.kl-today.com/2011/09/guan-eng-bercuti-di-china/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...