SUPP mula bergolak merebut kerusi presiden
Sep 2, 11 9:19am
Perebutan sengit antara pemimpin kanan untuk jawatan presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bakal mendominasi persidangan tiga tahunan (TDC) parti itu Disember depan.
Bila presiden sekarang Tan Sri Dr George Chan Hong Nam (kiri) memutuskan untuk berundur April lalu, berikutan kekalahan teruk parti itu dalam pilihan raya negeri, beliau turut menggesa tokoh-tokoh lama mengikuti jejak langkahnya, bagi membolehkan golongan muda mengambil alih pucuk pimpinan.
Namun Dr Chan dan setiausaha agung parti Datuk Sim Kheng Hui, yang juga meletak jawatan, telah diminta menangguh keputusan hingga berlangsung TDC.
Kini, ketika persidangan semakin hampir, tidak ramai yang telah banyak berkorban untuk parti, sedia berundur.
Menurut golongan dalaman parti, timbalan setiausaha agung sekarang Datuk Seri Wong Soon Koh dan bendahari agung parti David Teng Lung Chi sedang mengintai-intai untuk merebut jawatan itu memandangkan mereka punya sokongan agak besar.
Wong (kanan) dikatakan mendapat sokongan para anggota parti dari wilayah tengah dan utara kecuali Sarikei, pangkalan Teng.
Sebaliknya, Teng mendapat sokongan dari kebanyakan anggota parti di Kuching selain dari mereka yang menentang Wong dan Dr Chan.
Ramai di kalangan pemimpin akar umbi dikatakan menyokong rancangan Teng itu.
Seorang dari mereka dari Sarikei menarik perhatian bahawa sejak 1983, Teng tidak langsung dipertimbangkan untuk jawatan menteri penuh dan jawatan utama dalam parti.
Selain itu, kata beliau, kira-kira 28 cawangan dan lebih 50 peratus dari 123 anggota jawatankuasa pusat (CC) parti memberikan sokongan kepada Teng.
Jawatankuasa itu pernah mendesak diadakan sidang perwakilan khas bagi menyelesaikan krisis kepimpinan sekarang dalam parti tetapi dihalang Dr Chan.
Seorang penganalisis politik berkata sebagai seorang menteri, Wong boleh mengharapkan sokongan empat pemimpin Dayak yang terpilih - Francis Harden (Sri Aman), Johnichal Rayong (Engkilili), Jerip Susil (Bengoh) dan Ranom Mina (Opar) -- selain ahli parlimen Serian, Datuk Richard Riot.
Namun, sama ada perwakilan bahagian akan mengundi Wong adalah satu persoalan besar.
Seorang dalaman parti berkata sokongan untuk Wong begitu kuat di Sibu, Miri, Bintulu dan Limbang, sementara Sarikei, Bintangor, Kuching, Simanggang, Engkilili dan beberapa bandar kecil lain memihak kepada Teng.
Beliau juga menyatakan perbalahan antara Teng dan Dr Chan bermula pada 2006 selepas Dr Chan dikatakan gagal menangani masalah parti, termasuk isu berhubung pembentukan cawangan Dudong yang berlarutan sehingga hari ini.
Kegagalan menyelesaikan masalah tersebut adalah antara sebab kekalahan parti di kerusi Parlimen Sibu pada pilihan raya kecil Mei 2010.
Isu yang sama juga disebut berikutan kekalahan teruk SUPP pada pilihan raya negeri April tahun ini, bila parti menggugurkan penyandang Datuk Dr Soon Choon Teck sebagai calon untuk kerusi negeri Dudong.
SUPP menggantikannya dengan Datuk Tiong Thai King, ahli parlimen Lanang dan pengerusi Majlis Perbandaran Sibu. Tiong kalah tipis di tangan muka baru DAP Yap Hoi Liong dengan majoriti 317-undi.
Beberapa orang pemimpin berpengaruh SUPP seperti Jonathan Krai, dari Engkilili, percaya hanya tokoh seperti Teng dapat menyatukan semula parti.
"Kini tiba masanya Teng dipilih untuk mengembalikan perpaduan dan kewibawaan dalam parti," kata beliau.
- Bernama

http://malaysiakini.com/news/174610
No comments:
Post a Comment