Sunday, March 27, 2011

Kedudukan Raja-Raja dan tuduhan derhaka


Subky Latif

TITAH Singgahsana di Parlimen oleh Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong mengingatkan antara lain supaya semua pihak cermat bila menyentuh kedudukan raja-raja.

Ia adalah ingatan penting kepada semua; kepada rakyat yang berpolitik dan yang membuat kajian ilmiah; dan kepada gaya hidup sekalian kerabat yang bergelar. Wajar bagi semua menjaga satun masing-masing bagi memperkukuh harmoni dan kesejahteraan tamaddun.

Saya percaya orang-orang politik yang bertanggungjawab, yang bercita-cita untuk memberi perkhidmatan kepada agama, bangsa dan negara tidak berpolitik dengan kedudukan raja-raja.

Semua tahu bahawa kedudukan raja-raja itu adalah keramat kepada keharmonian antara orang bergelar dan rakyat jelata, dan antara sesama masyakat majmuk. Ia juga elemen sensitiviti yang boleh meresahkan.

Tiada orang politik yang bercita-cita besar mahu diganggu oleh kewujudan institusi itu. Sekaliannya mahu menyumbang kepada kemurniannya dengan mengelak hal-hal yang mendatangkan keresahan.

Tetapi suatu gejala yang meresahkan yang perlu diperhatikan oleh golongan orang bergelar menonjolkan isu derhaka sebagai senjata politik yang ampuh dan rapuh.

Raja-raja sayugia peka dengan kepura-puraan gejala yang bermain isu derhaka bagi maraih faedah politik tetapi boleh mengeruhkan keharmonian dan mengganggu ketenangan orang atas terhadap orang bawah serta boleh mengelirukan kesediaan orang bawah kepada orang atas.

Majlis Raja-Raja wajar duduk sama sendiri merenung dan meneropong kerenah orang bermain isu derhaka yang pernah merosakkan hubungan harmoni dan kenenangan yang sewajarnya dipupuk di kalangan istana dan rakyat, bukan melagakan raja-raja dengan golongan tertentu di kalangan rakyat masing-masing.

Kerenah orang itu dikatakan anti raja dan orang ini derhaka, tetapi bertabur di persada politik sejak negara mencapai kemerdekaan. Ada yang menempelak Ahmad Boestamam dan Pak Sako yang memperjuangkan kemerdekaan mengikut aliran kiri dikatakan hendak menegakkan pemerintahan republik di negara ini.

Ia menyebabkan ada raja yang curiga dengan setengah rakyat dan dekat dengan setengah rakyat. Dan sebaliknya ada rakyat yang dicurigai itu menjauhkan diri dari orang istana dan sekalian orang bergelar.

Adalah benar Ahmad Boestamam dan Pak Sako mengkritik sistem feudal, tetapi mereka menerima gelaran Dato. Boestamam mati sebagai Dato yang diberi oleh Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Pak Sako dianugerah Dato oleh Sultan Pahang. Apabila orang-orang ini didekati oleh raja, pengikut mereka ada pesepsi baru tentang feudalisma.

Tetapi kalau istana ragu tentang setengah rakyat, ia memungkinkan orang-orang ini menyimpan satu persepsi tertentu terhadap raja. Persepsi boleh menimbulkan berbagai kerenah, tidak mustahil orang membincang perkara yang bukan-bukan tentang istana dan raja.

Mungkin ada orang bukan Melayu ada pandangan berbeza terhadap raja. Tetapi orang bukan Melayu juga berlumba-lumba dan sanggup berhabis untuk mendapat gelaran berbagai pingat dari raja.

Sukar bagi mana-mana kuasa politik berjaya jika ia ada persepsi yang menjarakkannya dengan raja. British ada kuasa penting sebelum mereka. Ia mencorakkan politik dan kedudukan raja-raja. Apabila British cuba menyentuh kedudukan raja melalui gagasan Malayan Union, British juga tonggang-langgang.

Justeru itu orang politik belajar dari kejadian itu dan kesimpulannya kedudukan raja itu suatu yang mesti diterima.

Apa yang berlaku hingga datang Titah dari Singgahsana tentang bimbang dengan kedudukan raja-raja, bukan kerana raja itu ditolak tetapi gara-gara hantu derhaka yang berlegar luas di tengah masyarakat. Hantu itu memang telah berjaya menggerun istana dan kedudukan raja-raja menjadi soal yang tidak selesai setelah sekian lama merka.

Istana dan pemerintah mesti membuang hantu derhaka itu ke Laut China Selatan untuk selama-lamanya kerana ia mengganggu ketengangan istana dan mengelurikan kesetiaan rakyat.

Apabila isu derhaka ini dimainkan, ia mengundang orang untuk mendengarnya. Orang yang tidak tertarik pun jika selalu mendengarnya, akan ada sesuatu yang lekat di kepalanya.

Mesyuarat Raja-Raja mesti melihat serius isu ini jika mahu kedudukan raja-raja itu terus rukun dan damai. Jika isu derhaka dimainkan, lepas 100 tahun merdeka pun ia berbunyi lagi. Raja tidak wajar berpolitik tetapi raja patut tahu politik supaya tidak menjadi tawanan orang politik.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31465:kedudukan-raja-raja-dan-tuduhan-derhaka&catid=88:subky-latif&Itemid=130

Pro demokrasi mara ke barat Libya

Posted by admin on March 27th, 2011

Pemberontak Libya menawan bandar minyak strategik Ajdabiya semalam, menandakan kejayaan pertama mengatasi tentera kerajaan yang setia kepada Muammar Gaddafi selepas dibantu serangan udara tentera bersekutu seminggu lalu. Pemberontak disokong pengeboman udara tanpa henti tentera Barat, memasuki bandar ketika kereta kebal yang musnah dan kenderaan tentera kerajaan berada di sepanjang jalan.

Ada yang mendekati mayat dua askar pro-Gaddafi yang terbaring untuk sambil mengambil gambar, sementara sebuah masjid dan banyak kediaman menunjukkan kesan pengeboman hebat.

Pemberontak meraikan kejayaan mereka dengan melepaskan tembakan ke udara dan melaungkan ‘Tuhan lebih berkuasa’.

Pengikut setia rejim dituduh melakukan kekejaman terhadap penduduk di sini.

Seorang penduduk, Ibrahim Saleh, 34, memberitahu: “Kereta kebal membedil rumah tanpa henti. Saya tidak dapat keluar dari rumah selama beberapa hari. Tiada air, minyak atau komunikasi dan apabila penduduk keluar untuk membeli minyak, mereka diserang.

“Tentera bersekutu melancarkan serangan udara sejak dua hari lalu. Mereka melancarkan serangan udara dan pasukan revolusi datang membebaskan bandar ini,” katanya.

Ajdabiya adalah bandar pertama jatuh ke tangan pemberontak sejak tentera gabungan Barat melancarkan serangan udara disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 19 Mac lalu untuk menahan tentera yang setia kepada Gaddafi daripada menyerang orang awam.

Di tempat lain, letupan besar menggegarkan tapak tentera di pinggir timur Tripoli awal pagi semalam ketika tentera Barat memberi tekanan ke atas Gaddafi dengan tembakan bertalu-talu dari udara.

Letupan itu menyebabkan satu kemudahan radar terbakar di Tajura, tempat beberapa pangkalan udara, kata saksi.

“Daerah itu digegarkan dengan tiga letupan,” kata penduduk menambah bahawa letupan itu memecahkan tingkap.

“Serbuan menyasarkan tapak radar tentera yang masih terbakar,” kata seorang penduduk yang tinggal berhampiran.

Di Washington, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama berkata misi tentera Barat di Libya menunjukkan kejayaan dan berjaya menyelamatkan banyak nyawa.

Tentera Bersekutu terus menyerang askar Gaddafi dengan melancarkan peluru berpandu dan bom selain menguatkuasakan zon larangan trbang dan sekatan di laut.

“Jadi, terbukti tindakan pantas kami mengelak bencana kemanusiaan ramai orang awam sama ada lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa,” katanya dalam ucapan mingguan di radio.

Sementara itu pihak Muammar Gaddafi pula mendakwa serangan udara terbaru pakatan Barat membunuh orang awam selain askar di sepanjang jalan sejauh 400 kilometer antara Ajdabiya dan Sirte.

“Malam ini serangan udara terhadap negara kami berterusan secara besar-besaran. Kami kehilangan banyak nyawa, tentera dan orang awam.

“Kami percaya ramai orang awam terbunuh termasuk beberapa keluarga yang cuba melarikan diri daripada serangan udara itu,” kata jurucakap pro-Gaddafi, Moussa Ibrahim.

Terdapat banyak bandar di sepenanjang jalan antara Ajdabiya dan Sirte.

- AFP


http://www.kl-today.com/?p=15653

Adakan himpunan anti politik lucah

Posted by admin on March 27th, 2011

Mohd Asri Zainul Abidin

Saya mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek dalam kalangan politikus dan media di negara ini. Kita menentang POLITIK LUCAH POLITIK SELAK KAIN. Semua rakyat Malaysia yang bermaruah dan mempunyai harga diri sebagai manusia bertamadun menuntut perkara-perkara berikut; dan

1. Semua politikus tanpa mengira parti hendaklah menghentikan amalan mendedahkan aib peribadi musuh politik yang bukan membabitkan kezaliman terhadap rakyat. Ia adalah amalan jijik dan kotor. Samada dalam UMNO, PKR, PAS, DAP dan lain-lain, amalan ini hendaklah dihentikan segera. Ia dosa dan jijik; samada kerana memfitnah, ataupun mendedah aib peribadi orang. Ia bukan lambang kekuatan minda pendedah tersebut, sebaliknya hanyalah sekadar mengambil kesempatan dari kelemahan orang lain atau setelah memangsakan orang lain.

2. Bahasa, perbuatan dan isyarat lucah dan kotor hendaklah tidak disebarkan kepada masyarakat awam negara ini. Ini akan menyebabkan generasi baru terkesan dengan nilai-nilai negatif. Maka orang politik hendaklah bersopan dalam bahasa dan pertuturan. Mereka hendaklah bersih dari unsur-unsur kotor yang merupakan lambang pemikiran yang selekeh dan peribadi yang rendah. Mereka menjadi contoh kepada rakyat. Namun, sopan tidak menafikan ketegasan.

3. Media hendaklah menjadi wacana yang bermaruah, bukan penyumbang atau penggalak kepada budaya lucah dan kotor dalam politik. Media yang menggalakkan fitnah, atau pendedahan unsur lucah hendaklah dipulau oleh masyarakat bermaruah.

4. Ahli politik yang kita mahu ialah mereka yang mampu mencetuskan idea ke arah kebaikan negara, mampu memimpin rakyat dengan pemikiran yang bernas dan menzahirkan nilai-nilai diri yang positif. Mereka yang kontang idea, tiada nilai karismik dalam kepimpinan, gersang nilai budi dan adab hendaklah diusir dari pentas politik kita. Mereka yang sebeginilah yang akan cenderung mencari kelemahan peribadi musuh disebabkan gagal membina kekuatan diri.

5. Rakyat hendaklah bangkit menentang semua bentuk kezaliman dan penindasan hak, tanpa mengira agama, kaum dan parti. Bebas dari fanatik kepartian, tetapi menjadi manusia yang berprinsip dalam menegakkan kebenaran.


Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin adalah pensyarah di USM dan bekas mufti Perlis


http://www.kl-today.com/?p=15650

Kad kredit: Prestij atau bencana

Ibnu Lazim

Langkah terbaru Bank Negara menguatkuasakan serta-merta peraturan baru kad kredit memperlihatkan gejala penggunaan kad kredit di kalangan rakyat Malaysia sudah mencapai tahap yang membimbangkan. Sejumlah besar anak-anak muda kita yang diisytiharkan muflis adalah akibat dari penggunaan kad kredit yang tidak terkawal. Walaupun ada kajian terbaru yang menunjukkan bahawa kemudahan pinjaman kereta tanpa deposit adalah penyumbang besar kepada kemuflisan itu. Namun dari kajian keseluruhan sebelum itu, kad kredit adalah penyumbang terbesar kepada gejala ini yang dialami oleh anak-anak muda kita khasnya bangsa Melayu.

Antara langkah terbaru yang diumumkan oleh Bank Negara ialah menaikkan had minimum pendapatan tahunan dari RM18,000 kepada RM24,000 setahun bagi kelayakan untuk pemohon baru untuk mendapatkan kemudahan kad plastik itu (Berita Harian, 19 Mac 2011). Peraturan lain ialah mereka yang berpendapatan sehingga RM36,000 samada pemohon baru atau pemegang kad yang sedia ada, hanya layak memegang kad itu dari dua bank sahaja. Sebelum ini ada yang memegang hingga lapan kad kredit dalam satu-satu masa. Timbalan Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd Yunus pada taklimat medianya kelmarin berkata, berikutan langkah itu, pemegang kad berpendapatan RM36,000 setahun atau kurang yang mempunyai kad kredit lebih dari dua bank diberi tempuh sehingga hujung tahun ini untuk mengurangkannya kepada dua bank sahaja.”Golongan ini diberi masa dua tahun untuk menyelesaikan baki tertunggak untuk kad yang dibatalkan itu,” katanya. Kira-kira 50% dari 3.2 juta pemegang kad kredit di Malaysia ketika ini mempunyai mempunyai pendapatan tahunan RM36,000 atau pun kurang dari itu.

Kad Kredit menurut Kamus Oxford adalah satu kad yang dikeluarkan oleh bank atau mana-mana pihak lain yang mana ia memberi kemudahan kepada pemegangnya untuk memperolehi barang-barang keperluannya secara tangguh bayaran (hutang) (2009, Adil Akhyar). Manakala hutang dari sudut syarak menurut takrifan AlQadhi Ibnu Arabi ialah urusan pemindahan hak milik (secara jual beli atau seumpama dengannya) yang mana salah satu pihak secara tunai manakala pihak yang kedua secara tangguh di atas tanggungannya (dengan masa yang ditetapkan atau pun tidak).

Takrif yang dikeluarkan oleh Ketetapan Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia bagi kad kredit adalah satu bentuk penyata sandaran (penyata keterangan) yang diiktiraf, diberikan oleh pengeluar kepada mana-mana individu atau pihak yang diiktiraf melalui kontrak kepada kedua-dua belah pihak di mana ia membolehkan pemegangnya membuat pembelian barangan atau khidmat-khidmat dari semua pihak yang mengiktiraf pennyataan sandaran (kad kredit) tadi, tanpa perlu membuat pembayaran tunai kerana ia mengandungi jaminan pembayaran dari pihak pengeluar (2009,Aidil Akhyar).

Kad kredit dan hukum syariah

Secara am, kontrak yang dibuat di antara pemegang kad, pengeluar dan pihak ketiga adalah diiktiraf dalam pandangan Islam. Pandangan yang terkuat dalam hal ini adalah hubungan AlKafalah (jaminan), di mana Kafil adalah penjamin atau pengeluar kad, makful ialah yang dijamin iaitu pemegang kad, dan makful lahu adalah peniaga. Semua adalah diiktiraf dan sah di sisi Islam. Kesannya, semua pembelian yang dibuat dengan kad ini, pihak peniaga tiada lagi hak tuntutan ke atas pemegang kad, kerana hak itu telah berpindah kepada pengeluar kad. Maka peniaga tidak harus menuntutnya dari pemegang kad. Demikian pandangan yang diambil pengertiannya dari Hassan AlBasri, Ibnu Sirin, Ibnu Hazm dan majoriti fuqaha (2009, Aidil Akhyar).

Yuran penyertaan, pembaharuan dan penukaran kad

Yuran itu hukumnya harus, tidak ada masalah dari sudut syarak. Ia dianggap sebagai upah yang telah ditetapkan oleh pihak pengeluar terhadap khidmat yang disediakannya. Juga harus jika terdapat perbezaan jumlah yuran khidmat bergantung kepada perbezaan jenis khidmat, tetapi dengan syarat jumlah kos tersebut mestilah setara dengan khidmat yang diberikan, jika ia melebihi kos khidmat yang diberikan, jadilah ia riba yang diharamkan.

Ada pula pihak bank pengeluar kad meletakkan syarat dalam kontraknya dengan para peniaga sejumlah kos tertentu dalam bentuk peratusan yang dipotong dari bil peniaga, yang mana biasanya berlegar di sekitar 2 hingga 8 peratus. Hasilnya , apabila peniaga membuat tuntutan kepada bank pengeluar, maka bank akan segera menunaikan bil iaitu setelah dipotong jumlah kos yang dibicarakan tadi. Kemudian pihak bank akan menuntut kos asal (tanpa potongan) dari pemegang kad .Hukumnya harus berdasarkan pendapat mazhab Hanafi yang sah (Fatawa Hindiyyah), juga fatawa AlBazaziyah, AlMabsut dan lain-lain).

Budaya berhutang dalam masyarakat kini

Hari ini kehidupan manusia termasuk individu dan masyarakat amat jarang terlepas dari masalah hutang. Sekurang-kurangnya ketika membeli rumah dan kereta mereka berhutang. Antara lain ini disebabkan kedua-dua keperluan itu agak mahal harganya dan jarang ahli masyarakat kita dapat membelinya secara tunai. Islam pula tidaklah melarang umatnya berhutang, bahkan mengharuskannya ketika seseorang itu berhadapan dengan kesempitan hidup yang melinatkan masalah kewangan. Dan ayat AlQuran tentang hutang adalah paling detail dan panjang sekali sehingga memakan satu muka dihuraikan tentang hutang dan permasalahannya sahaja iaitu ayat 282 Surah Al Baqarah.

Namun begitu Islam mengharamkan riba, walaupun menghalalkan jual beli seperti dalam ayat yang bermaksud “ Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.” Namun dalam suasana ekonomi kini sukar sekali kita mengelak dari tempias riba itu, hatta bank Islam sendiripun tidaklah seratus peratus terlepas dari riba. Dalam keadaan dharurat seperti ini kita dibolehkan dengan kaedah bila sesuatu perkara itu sudah begitu meluas sehingga kita tidak dapat lari darinya maka dibolehkan kita mengambilnya, namun kita harus meminimakan riba itu sedapat mungkin. Ia juga berdasarkan kaedah syariah bahawa setisp dharurat itu ditentukan dengan kadarnya.

Kad kredit dan budaya berhutang

Seperti yang telah disinggung di atas, penggunaan kad kredit adalah diharuskan oleh Islam. Namun sesetengah ahli masyarakat kita berbangga dengan penggunaan kad ini yang seringnya akan menimbulkan masalah, khasnya apabila penggunaannya tidak dikawal. Mereka yang memiliki kad kredit tentulah mempunyai kemampuan kewangan yang tinggi, jika tidak pihak bank tidak akan membenarkan penggunaannya. Namun kad plastik ini boleh menyebabkan unsur riba berleluasa di kalangan masyarakat, khasnya apabila pengguna atau pemilik kad itu membuat pembayaran minimum sahaja pada setiap bil yang dihantar oleh pihak bank. Apabila ini terjadi, baki yang masih tinggal dalam akaun seseorang itu akan dikenakan caj dalam kadar tertentu, biasanya 1.5% sebulan atau 18% setahun. Apabila ini berlaku caj atau bunga yang dikenakan kepada pemilik kad adalah riba, kerana ianya adalah tambahan kepada baki yang tinggal dengan peratus tertentu. Lama kelamaan hutang pemilik kad akan semakin meningkat dan akhirnya akan menimbulkan masalah bila pemilik tidak lagi mampu membayar hutang yang kian bertompok itu. Di sinilah kemungkinan diisytiharkan muflis itu timbul.

Namun jika seseorang pemegang kad membayar semua jumlah yang tertera dalam bil bulanannya, pihak bank tidak akan mengenakan apa-apa caj kecuali pada proses pembelian pertama sahaja. Maka di sini seseorang itu tidak dapat dikenakan caj atau riba oleh pihak bank walaupun syubhat adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Sebab itulah agaknya dalam satu kenyataannya Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyarankan penggunaan kad debit . Kad debit boleh mengawal keseimbangan tunai dan mengelakkan dari berhutang (Kosmo, 19 Mac 2011). Selain kad debit, kad caj seperti Dinners Club adalah lebih baik dari kad kredit, kerana pemiliknya harus membayar kesemua jumlah transaksi pada setiap bil bulanan yang diterima. Hal ini dapat mengelakkan dari gejala hutang dan dikenakan kadar bunga yang tinggi.

Kesimpulan

Penggunaan kad kredit tidaklah dilarang oleh Islam seperti yang telah dijelaskan di atas, namun apa yang penting adalah cara penggunaannya dan kawalan berbelanja dalam penggunaan kad kredit. Penggunaan kad kredit sebenarnya memperlihatkan kita tidak bijak mengurus wang dalam kehidupan sehrian. Ini termasuklah pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh pihak bank dan koperasi. Kita seharusnya mengelak dari kedua-duanya agar ia tidak menjerat diri kita sendiri pada masa hadapan. Penggunaan kad kredit dan pinjaman peribadi adalah merupakan kelemahan dalam pengurusan kewangan di mana kita mungkin suatu hari terjebak dalam gejala muflis, sesuatu yang harus dielakkan oleh semua orang (2009, Azizi Ali). Walaupun Islam membenarkan berhutang, tetapi berhutang akan merendahkan taraf seseorang itu dalam kehidupannya sebagai manusia yang terhormat, bebas dan merdeka dari sebarang ikatan, kecuali ikatan dengan Allah Subhanahu Wa Taala.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31433:kad-kredit-prestij-atau-bencana&catid=97:pendapat-dan-analisis&Itemid=131

Kad kredit: Prestij atau bencana

15,000 rai 44 pasangan Raja Sehari

Ismail Hashim

KLANG, 26 Mac: Majlis Perkahwinan Perdana yang diadakan di Masjid Nurul Iman, Kampung Delek, dekat sini hari ini mendapat sambutan menggalakkan dengan kejayaan 44 pasangan menjadi Raja Sehari.

Kehadiran tetamu sekitar 15,000 orang dari berbagai golongan masyarakat termasuk bukan Islam memeriahkan lagi suasana majlis.

Penaung program, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Selangor, Dr Hajah Halimah Ali dan Exco Agama negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali turut hadir.

Selain itu, ramai kalangan pimpinan hadir termasuk pegawai kerajaan mewakili berbagai agensi yang turut memberikan kerjasama dalam menjayakan program.

Dalam ucapan aluannya. Dr Halimah berkata, dengan tema Perkahwinan Menjana Mawaddah diharapkan lahirlah golongan masyarakat yang dapat bangunkan komuniti menjadi lebih berjaya.

Sebelum majlis akad nikah dilangsungkan, khutbah nikah disampaikan oleh Dr Hasan.

Setelah itu, seramai lapan kadi yang dilantik JAIS menjalankan tugas mereka menikahkan kesemua pasangan dalam masa sekitar satu jam.

Menurut salah seorang jawatankuasa program, Haji Jamuliddin Elias, dengan kejayaan penganjuran kali ini menambahkan semangat mereka untuk menjadikan program itu sebagai acara tahunan.

"Kita merancang program yang lebih meriah dengan jumlah penyertaan lebih ramai pasangan di masa akan datang.

"Kita memberikan banyak kemudahan kepada semua pasangan terbabit termasuk pakaian pengantin kecuali mahar yang mereka usahakan sendiri.

"Meskipun kita membelanjakan sekitar RM100 ribu untuk program hari, namun sumbangan menjayakan tema Perkahwinan Menjana Mawaddah lebih diutamakan," tegasnya.

Jamuliddin berkata, walaupun mereka terbabit dari seluruh Selangor tetapi majoritinya datang dari Daerah Klang.

Katanya, jika sebelum ini, Wilayah Persekutuan, Kelantan dan Perlis pernah mengadakan program sama sebelum ini, kini Selangor menjadi negeri keempat berbuat demikian.

Ketika ditemui, pasangan yang terlibat mengucapkan rasa syukur tidak terhingga ke Hadrat Allah SWT kerana dapat bersama melangsungkan perkahwinan secara bersama pada hari ini.

Aminuddin Sohar, 20, dan isterinya, Nurul Hidayah Shahar, 26, mengucapkan terima kasih kepada pihak Masjid Nurul Amin, Kerajaan Negeri, JAIS dan semua agensi terlibat.

Mereka berdua bertambah gembira kerana lokasi tempat berlangsungnya program, Masjid Nurul Amin adalah kombinasi nama mereka berdua.

Pasangan veteran, Zakaria Ismail, 64, dan Mariah Baharum, 48, pula tidak menjangka perkenalan sekitar empat bulan lalu dapat sama bersama dalam majlis hari ini.

"Kami bersyukur kerana dalam masa kurang setahun menduda dan keseorangan, dapat bersama menjadi pengantin kali kedua," ujar Zakaria sambil tersenyum ke arah isteri tersayang.

Majlis jamuan berlangsung sehingga jam 5 petang yang dilayani oleh petugas-petugas yang dilantik termasuk Briged Amal.

Sebelah malam, satu forum berkaitan pernikahan diadakan dengan panelisnya Exco Pemuda PAS Pusat, Ustaz Riduan Mohd Nor dan artis yang baharu sertai PAS, Bob Lokman.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31535:15000-rai-44-pasangan-raja-sehari&catid=1:utama&Itemid=50

Perihal melucutkan kewarganegaraan

Posted by admin on March 27th, 2011

Syahredzan Johan

Akhir-akhir ini, saya tidak banyak mengendahkan senario politik tanahair. Mungkin kerana saya telah jelak dengan gelagat politikus-politikus yang lebih gemar membangkitkan isu-isu remeh dan temeh daripada cuba menyelesaikan masalah yang membelenggu negara. Sentimen ini saya percaya juga dirasakan oleh begitu ramai anak muda di luar sana. Bagi mereka yang prihatin tentang nasib negara, mereka sedar bahawa harapan untuk Malaysia yang lebih baik berada di tangan rakyat biasa, bukan ahli politik yang punya agenda.

Namun beberapa hari yang lepas, saya terlintas secebis berita yang menarik perhatian saya. Media telah melaporkan bahawa pada ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, telah mencadangkan di Parlimen supaya kerajaan mewujudkan suatu ‘Suruhanjaya Pelucutan Kerakyatan’ bagi mengambil tindakan terhadap rakyat negara ini yang mencemarkan nama baik negara.

Menurut penyata rasmi Parlimen (hansard) bertarikh 8 Mac 2011, Ibrahim Ali berkata; “Suruhanjaya Perlucutan Kerakyatan ini saya cadangkan apabila ada mana-mana pihak yang memburukkan negara lari ke luar negara, mengguna media baru memburukkan negara tidak kira dia ini kaum apa sama ada dia Melayu, dia kaum Cina kah, India kah sesiapa sahaja yang sekarang ini menjadi warganegara tetapi tidak menunjuk ketaatsetiaan dan menulis melakukan tindakan-tindakan yang bukan-bukan yang bercanggah dengan undang-undang maka saya percaya orang-orang seumpama ini tidak wajar menjadi rakyat negara Malaysia.”

Walaupun saya seorang peguam, saya bukanlah arif tentang perkara-perkara Perlembagaan. Saya bukanlah peguam perlembagaan tersohor seperti Tuan Hj Sulaiman Abdullah ataupun Encik Tommy Thomas. Saya juga bukanlah pakar perlembagaan seperti Datuk Professor Shad Saleem Faruqi dan Professor Abdul Aziz Bari. Saya hanya seorang peguam muda yang masih basah di belakang telinga, terpinga-pinga hendak memahami Perlembagaan.

Tetapi saya begitu pasti bahawa cadangan yang diusulkan oleh ahli Parlimen tersebut adalah bercanggah dengan Perlembagaan. Perihal kewarganegaraan termaktub di dalam Perlembagaan dan apa yang jelas adalah bahawa ianya tidak boleh sewenang-wenangnya dilucutkan mengikut tepukan dada dan selera sang pemerintah. Hanya Perlembagaan yang memberikan kewarganegaraan, dan hanya Perlembagaan yang memperuntukan bagaimana ia boleh dilucutkan.

Mengikut Perlembagaan, terdapat empat cara bagaimana seseorang itu menjadi warganegara Malaysia, iaitu melalui kuatkuasa undang-undang, pendaftaran, naturalisasi dan pencantuman wilayah.

Mereka yang menjadi warganegara melalui kuat kuasa undang-undang adalah mereka yang secara amnya menjadi warganegara tanpa memerlukan keadah formal seperti permohonan, pendaftaran atau sumpah setia. Sebahagian besar rakyat Malaysia menjadi warganegara Malaysia melalui proses ini. Contohnya, seseorang yang lahir di Malaysia dan mempunyai ibu atau bapa yang merupakan warganegara Malaysia memperoleh kewarganegaraan melalui proses ‘automatik’ ini.

Manakala kewarganegaraan melalui pendaftaran dan naturalisasi pula memerlukan sesuatu kaedah formal seperti pendaftaran ataupun mengangkat sumpah. Kaedah-kaedah ini juga memberi kuasa kepada kerajaan Persekutuan untuk menentukan pendaftaran atau naturalisasi tersebut.

Kaedah terakhir iaitu pencantuman wilayah pula adalah sekiranya terdapat wilayah baru yang dimasukan ke dalam Malaysia selepas Hari Malaysia.

Bolehkah kewarganegaraan seseorang itu dilucutkan? Penamatan kewarganegaraan juga terkandung di dalam Perlembagaan.

Mana-mana warganegara Malaysia boleh melepaskan kewarganegaraannya secara sukarela. Dia hanya perlu membuat akuan dan mendaftarkannya dengan kerajaan. Kerajaan Persekutuan juga mempunyai kuasa untuk melucutkan kewarganegaraan seseorang itu kerana telah memperolehi atau menggunakan kewarganegaraan asing.
Di samping itu, kerajaan Persekutuan juga boleh melucutkan kewarganegaran seseorang itu sekiranya telah secara sukarela menuntut dan menggunakan hak yang hanya diberikan untuk rakyat negara lain sahaja. Contohnya, jika di dalam sebuah negara itu hanya rakyat negara itu dibenarkan membuang undi dan seseorang rakyat Malaysia telah pergi membuang undi, maka dia mungkin boleh dilucutkan kewarganegaraannya.

Perlembagaan juga menyatakan bahawa kerajaan Persekutuan boleh melalui perintah melucutkan kewarganegaraan sesiapa yang menjadi warganegara melalui pendaftaran atau penaturalisasian jika berpuas hati bahawa orang itu telah menunjukkan dirinya tidak taat atau tidak setia kepada negara.

Tetapi, penting untuk diingatkan bahawa ini hanya boleh dilaksanakan ke atas mereka yang memperolehi kewarganegaraan melalui pendaftaran atau penaturalisasian, bukannya mereka yang memperolehi kewarganegaraan mereka melalui kuat kuasa undang-undang. Ini bermakna, bagi sebahagian besar rakyat Malaysia yang menjadi warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang, kerajaan tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk melucutkan kewarganegaraan mereka kecuali di bawah peruntukan berkenaan dengan kewarganegaraan asing.

Mencemarkan nama negara, mengkritik kerajaan atau Raja-raja, tidak sehaluan dengan mana-mana parti politik dan melanggar undang-undang adalah antara alasan yang sering digunakan oleh gerombolan tertentu untuk ‘mendesak’ supaya seseorang atau sesuatu kumpulan itu dilucutkan kewarganegaraan mereka. Tetapi, bagi sebahagian besar rakyat Malaysia, alasan-alasan ini bukanlah sebab-sebab yang boleh mengakibatkan mereka dilucutkan kewarganegaraan mereka.

Cadangan ahli Parlimen Pasir Mas tersebut langsung tidak berlandaskan undang-undang dan Perlembagaan, kerana kewarganegaraan seseorang itu tidak boleh ditentukan oleh sebuah suruhanjaya.

Perihal kewarganegaraan termaktub dan diperuntukan oleh Perlembagaan. Seseorang rakyat Malaysia dijamin kewarganegaraannya oleh Perlembagaan, bukannya mengikut rasa hati golongan tertentu.

Ironis sungguh, kerana kita seringkali terdengar laungan untuk ‘mempertahankan Perlembagaan’ atau lebih khusus lagi Perkara 153 iaitu kedudukan istimewa orang Melayu dan pribumi Sabah dan Sarawak, tetapi perkara-perkara lain yang termaktub di dalam Perlembagaan tidak pula dijunjung dan dihormati.

Mungkinkah ini sebabnya golongan muda tidak lagi menghormati ahli politik?


* Syahredzan Johan adalah seorang peguam muda.Artikel ini disiarkan di loyarburok.com


http://www.kl-today.com/?p=15647

Di mana Anwar: PKR kecam Utusan

Harakahdaily

PETALING JAYA, 26 Mac: PKR mengecam laporan muka depan Utusan Malaysia, hari ini bertajuk “Di Manakah Anwar Ibrahim” yang jelas satu fitnah dan tidak berpandukan etika kewartawanan yang baik.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata laporan itu berniat jahat dan hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Ketua Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Tegasnya, ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda Umno yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat.

Tambahnya, tembelang Utusan Malaysia yang melambangkan rendahnya kawalan mutu kewartawanan terdedah apabila ia menyiarkan dakwaan blog tersebut bahawa Anwar tidak membuat sebarang pesanan twit ke akaun Twitternya kononnya pada masa rakaman itu berlaku.

Beliau menyertakan bukti-bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar Ibrahim yang menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya seperti berikut:

1. 21 Februari 2011, 1040 malam: “Inshaallah”

2. 21 Februari 2011, 1049 malam: “That’s dsNajib’s plan. Our task: pursue reform agenda”

3. 21 Februari 2011, 1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”

4. 21 Februari 2011, 1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”

5. 21 Februari 2011, 1058 malam: “Bisa”

6. 21 Februari 2011, 1103 malam: “Waras”

7. 21 Februari 2011, 1103 malam: “Ada ruang bias ja”

8. 21 Februari 2011, 1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM”

9. 21 Februari 2011, 1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

Menurutnya, masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat Selective Tweets.

Oleh yang demikian, katanya Anwar menghantar 9 pesanan ke akaun Twitternya di antara jam 10.38 malam hingga 11.06 malam.

Jelasnya, pada masa ini jugalah iaitu diantara 10.20 malam hingga 10.41 malam kononnya seorang yang mirip dengan wajah beliau dirakam sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik.

“Semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter.

“Pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan di sini juga jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Anwar kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya yang diketahui umum,” katanya.

Oleh yang demikian, jelasnya mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Anwar.

“Saya juga ingin mengemukakan bukti yang mematahkan fitnah yang disiarkan oleh blog-blog yang dibiayai Umno termasuk yang dipetik oleh Utusan Malaysia,” katanya.

Mereka mendakwa bahawa ada perbezaan masa di antara laman Facebook dan laman Twitter iaitu pesanan yang dirakam di laman Facebook adalah sejam lebih lambat dari masa di laman Twitter.

Ini, jelasnya adalah pembohongan besar yang direka-reka semata-mata kerana sudah jelas bahawa Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

Beliau turut menyertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook 2 minit kemudian.

Maka, jelasnya pesanan yang dibuat pada jam 12.22 tengahari 26 Mac 2011 [di laman Twitter (mengenai rakaman penuh pidato Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melawati) dicatat waktunya sebagai 12.24 tengahari 26 Mac 2011 di laman Facebook.

“Penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno,” katanya.

Dengan pendedahan itu, katanya PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31536:di-mana-anwar-pkr-kecam-utusan&catid=1:utama&Itemid=50

Ceramah Anwar diganggu FRU, tiga ditahan

Ceramah Anwar diganggu FRU, tiga ditahan
S Pathmawathy
Mac 26, 11
3:24am

Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) ditahan polis dan kekecohan berlaku semasa ceramah ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Gombak malam tadi.

NONEKira-kira 10 anggota polis bertindak menghalang ketua umum PKR itu daripada berucap lebih daripada 15 minit yang dibenarkan.

Anwar ketika itu sedang berucap di majlis pelancaran kempen DNA (Datuk Najib Altantuya) yang dihadiri kira-kira 1,500 orang, kebanyakannya penyokong PKR.

Hadirin tidak puashati dengan arahan supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh. Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.

Pada satu ketika, apabila anggota polis menghampiri pentas, para penyokong mula berkumpul di situ dan enggan memberi laluan.

NONEAnggota Unit simpanan persekutuan (FRU) kemudiannya terpaksa
menggunakan perisai untuk menolak mereka yang menutup laluan.

Bagaimanapun, Anwar dan timbalannya Azmin Ali, yang juga ahli parlimen Gombak, dibawa beredar dari pentas, tetapi orang ramai yang kelihatan marah tetap berkumpul di situ.

Terpaksa berundur

Anggota polis akhirnya terpaksa berundur apabila hadirin menjadi agresif.

NONEKetua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin berkata tiga orang yang ditahan ialah Maslan Abdul Raus dan Helmi Rizal manakala seorang lagi yang belum dikenali, dan masing-masing dibawa ke balai polis Hulu Kelang dan ibupejabat polis Ampang.

Anwar, yang menghadiri satu lagi majlis makan malam PKR di Kuala Selangor, tiba 30 minit sebelum kekecohan itu berlaku.

Para hadirin berdiri menyambut ketibaan beliau kerana mereka mahu mendengar penjelasannya ekoran pendedahan terbaru video seks yang dikaitan dengannya.

NONEPada ucapannya itu, Anwar mengingatkan perdana menteri dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor supaya tidak menggunakan taktik kotor tetapi lawan secara bermaruah di gelanggang pilihan raya.

"Dia guna media, kecam kita dari pagi sampai petang sampai malam, Kita nak jawab, tak boleh, konon tidak ada permit. Saya tak salahkan OCPD, dia ikut arahan saja.

“Saya salahkan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Razak dan isteri dia Rosmah Mansor yang takut berdepan dengan kita," kata Anwar.

Tunggu pilihan raya

"Saya mahu beritahu Najib supaya tunggu pilihan raya nanti. Jangan takbur," tambah Anwar kepada laungan takbir dan reformasi oleh penyokong Pakatan.

NONEAnwar berkata pihak polis dan Najib malah seluruh rakyat tahu siapa Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, pengerusi Risda dan bekas Ketua Menteri Melaka yang mengaku mendalangi penayangan video lucah fitnah untuk mengaibkannya di Hotel Seri Carcosa Isnin lalu.

Rahim terpalit dengan tuduhan merogol seorang pelajar sekolah dan dakwaan terbabit dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa sebelum meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka pada tahun 1994.

"Sekarang ini video seks pula. Saya nak tanya, polis tak tahu ke siapa Rahim Thamby Chik? Tak tahu ke kes dia dulu di Melaka? Orang ini nak jadi dewa, saya pulak kena jadi penjenayah," katanya.

NONE"Saya salahkan Najib dan Rosmah kerana tidak berhadapan dengan saya. Orang rasuah dan penjenayah diangkat. Kita mahu sistem yang demokratik. Mereka mahu alih pandangan kita.

“Kita bukan bodoh. Sebab apa dia (Datuk T) tidak tangkap, sebab dia pencacai Umno," kata Anwar dengan marah.

Ketua pembangkang itu bagaimanapun terpaksa meringkaskan ucapannya itu kerana campurtangan polis untuk menyuraikan majlis ceramah berkenaan.

NONENamun beliau sempat memberi peringatan kepada Najib supaya bertaubat dan menghentikan penggunaan amalan keji untuk mencari kelebihan politik.

"Apa jenis pemimpin ini. Saya hendak tanya Rosmah, tanya Najib, kamu ada anak, kamu ada bini, kamu ada keluarga, boleh orang aibkan keluarga kamu begitu rupa. Manusia jenis apa macam ini?" tanya Anwar dengan nada kesal.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/159715

Halang ceramah: Tindakan polis dikecam

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 26 Mac: Pelbagai pihak mengecam tindakan pihak polis yang menghalang ceramah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Taman Melawati, Gombak malam tadi.

Majlis tersebut sepatutnya turut melancarkan program Datuk Najib Altantuya (DNA) sebagai respon parti itu terhadap siri fitnah yang dilemparkan terhadap Anwar yang juga Ketua Umum PKR.

Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor dalam satu kenyataan hari ini mengecam keras gangguan pihak polis itu yang didakwa bertindak menyalahi undang-undang kerana mengganggu majlis aman yang diadakan dikawasan persendirian.

"Pihak Polis jelas menunjukkan sikap tidak profesional apabila menyerbu masuk kawasan persendirian ini dan cuba mengheret Datuk Seri Anwar Ibrahim di saat-saat pihak Datuk Seri Anwar Ibrahim telah pun menutup ceramah beliau," kata Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Saifullah Zulkifli.

Tambahnya, tindakan tersebut juga membuktikan bahawa pihak Umno BN takut kepada kebangkitan rakyat yang menolak fitnah yang dilemparkan.

"AMK Selangor ingin menyeru agar pihak polis tidak perlu rasa takut dengan arahan dan tekanan pihak pemerintah Umno BN.

"Polis harus bertindak secara profesional dan berkhidmat kepada rakyat, bukan BN," katanya lagi.

Dalam kejadian malam tadi, hadirin tidak puashati dengan arahan polis supaya Anwar berhenti berucap, dan keadaan menjadi kecoh.

Kerusi, botol air, bata dan kayu kelihatan dibaling ke arah anggota polis anti-rusuhan.

Akibat kekecohan itu, beberapa hadirin tercedera termasuk wartawan dan pimpinan AMK sendiri.

Tiga anggota AMK turut ditahan polis.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31534:halang-ceramah-tindakan-polis-dikecam&catid=1:utama&Itemid=50

Video seks: Umno tak terlibat, kata Najib

Video seks: Umno tak terlibat, kata Najib
Mac 26, 11 2:13am

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan bahawa Umno tidak terlibat dalam rakaman video seks yang yang didakwa melibatkan pemimpin kanan pembangkang.

"Soalnya sama ada rakaman itu benar atau tidak, sebab kalau benar maknanya ada satu perbuatan mungkar yang berlaku. Itu perkara utama yang perlu ditentukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara.

Najib with his facebook gathering in Kuching, showing finger"...sebab ada pihak condong untuk bangkitkan soal konspirasi dan sebagainya, jadi ini mengalih dari soal pokok sama ada berlaku atau tidak perbuatan yang mungkar itu dan dirakamkan atau tidak," tambahnya.

Najib yang juga presiden Umno berkata apa yang penting adalah untuk menyiasat kesahihan dan ketulenan video itu kerana parti berpegang kepada prinsip kebenaran sama ada perbuatan itu benar-benar berlaku dan dirakamkan.

Mengenai desakan pihak tertentu agar suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat video tersebut, Najib berkata perkara itu terpulang kepada kerajaan.

Beliau berkata polis perlu membuat siasatan rapi dan profesional bagi menentukan ketulenan video itu agar rakyat yakin dengan laporan hasil siasatan yang akan dibentangkan kepada kerajaan nanti.

"Kebenaran dan kesahihan yang mesti ditentukan terutama oleh polis melalui siasatan rapi lagi profesional, dan kalau ada mereka yang pakar dalam hal ini, tentu (ia) boleh ditentukan oleh pihak polis bagi menyokong siasatan mereka," katanya.

Ketika ditanya mengenai persepsi yang mengatakan bahawa polis tidak adil dalam menjalankan siasatan, Najib berkata polis perlu bertindak secara profesional dan menggunakan khidmat pakar bagi menyiasat sama ada video itu diubah secara teknikal atau tidak.

"Kalau ada perbuatan untuk mengubah video itu secara teknikal, perkara ini amat mudah dikesan. Kalau nak 'ubahsuai' video ini ia cukup mudah dikesan dan dapat ditentukan," katanya.

azlanSemalam bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan seorang ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah tampil memberi keterangan mengenai video itu di Ibu pejabat Polis Bukit Aman serta menyerahkan rakaman video itu serta seutas jam tangan Omega kepada pihak polis.

Dalam pada itu Najib berkata mesyuarat pada malam ini juga berbincang mengenai jumlah keahlian terkini Umno yang mencapai 3,233,586 orang.

Mengenai hukuman penggantungan yang dikenakan kepada ADUN Usukan di Sabah, Datuk Japlin Akim pada 2009 kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju melepaskan Japlin daripada hukuman itu.

"Mulai hari ini, beliau boleh kembali kepada Umno dengan hak sepenuhnya sebagai anggota," katanya.

Selain itu, Najib berkata Majlis Tertinggi bersetuju untuk mengadakan sambutan Ulangtahun ke-65 Umno pada 11 Mei ini.

"Majlis akan dimulakan dengan Solat Maghrib, bacaan Surah Yassin, Tahlil dan Solat Isyak seterusnya Umno akan mengadakan satu majlis makan malam serta upacara menaikkan bendera," katanya.

- Bernama



http://malaysiakini.com/news/159713

Gaddafi: A Muslim who did plastic surgery

Posted by admin on March 26th, 2011

It was well past midnight when the Brazilian surgeon says he was escorted deep inside a bunker in the Libyan capital. His assignment: to shave years off Moammar Gadhafi’s appearance by removing fat from his belly and injecting it into his wrinkled face. The Libyan leader also got hair plugs. “He told me that he had been in power for 25 years at that time, and that he did not want the young people of his nation to see him as an old man,” Dr. Liacyr Ribeiro (right in pic) recalled. “I recommended a facelift, but he refused.”

The secretive four-hour procedure in 1995 was done, at Gadhafi’s insistence, with local anesthesia because he wanted to remain alert. Midway through, the Libyan leader stopped to have a hamburger.

Gadhafi was worried a facelift would be too noticeable, so he opted for the less radical procedure, the plastic surgeon told The Associated Press.

“I warned Gadhafi that the effects of the operation I performed would last for about five years, that it had an expiration date after which the skin would sag and the wrinkles would reappear,” Ribeiro said.

“He said he would call me if he needed me to come back,” and about five years ago there was such a request, but Ribeiro had a family obligation. “They never called me again,” he said.

At the time of the surgery, Gadhafi was 53, but Ribeiro said he looked at least 10 years older. A photo taken at the time shows the smiling doctor posing next to the Libyan leader, who wore a white suit, floral shirt and had pronounced wrinkles crisscrossing his face and neck.

After the procedure, “he looked like a 45-year-old man,” the doctor said.

Ribeiro insists he is speaking out now only to provide insight into a man about whom little is known, and certainly not to boast.

“Gadhafi is not looking very good these days,” said Ribeiro, noting that the 68-year-old leader has appeared jowly in recent appearances, his skin puffy, loose and deeply creased. “To let potential patients know that I operated on him would be counterproductive.”

Gadhafi is hardly the only world leader to go under the knife.

Italian Premier Silvio Berlusconi owes his look to plastic surgery and a hair transplant — work also performed by Ribeiro, according to media reports, though the doctor refuses to confirm that. And rumors swirled about Russian leader Vladimir Putin after he appeared last October with heavy makeup covering bruises under his eyes.

A surgeon with an international reputation, the 70-year-old Ribeiro has written two books on plastic surgery and taken part in conferences around the world on the topic.

It was at one such gathering, in May 1994 in Tripoli, that Ribeiro spoke about his specialty, cosmetic breast surgery.

Afterward, a Libyan official identified as Mohamed Zaid “came up to me and said he wanted me to meet someone who Libyans love very much,” Ribeiro said. “Because of my specialty, I thought he was going to introduce me to his wife.”

Instead, Zaid drove Ribeiro to a house surrounded by armed guards.

“Zaid and I were taken to a library located underneath a tent set up inside the house, and there he told me that he wanted me to examine Gadhafi,” Ribeiro said.

A few minutes later, the Libyan leader, wearing a long white tunic, entered the room, “shook my hand and greeted me, speaking perfect English.”

“He was an extremely polite, intelligent, cordial and soft-spoken person who quickly told me what he wanted and why,” Ribeiro said.

Gadhafi wanted an immediate operation, but Ribeiro needed a surgical team and the procedure was scheduled for January 1995.

It began at 2 a.m. in Gadhafi’s bunker, which “had two fully equipped and very modern operating rooms, a gym and a swimming pool,” Ribeiro said.

“He insisted on local anesthesia saying he wanted to remain alert,” the doctor added. “He was a very calm patient.”

Sao Paulo-based plastic surgeon Dr. Fabio Naccache confirmed to the AP that he was part of the team and performed a hair transplant on the Libyan leader.

About halfway through, Gadhafi said he was hungry.

“Hamburgers were brought in for all and surgery was interrupted for several minutes while we ate,” the surgeon said.

Afterward, Zaid handed Ribeiro an envelope “full of U.S. dollars and Swiss francs.” He would not say how much money it contained.

“All I can say is that it was more than I would charge for my services in Brazil,” he said.

The doctor stayed in Tripoli for 10 days while Gadhafi recovered.

Ribeiro said he assumes Gadhafi turned to him because Libyan surgeons were either “incapable of doing what I did or too scared that he would die on the operating table.”

-AP


http://www.kl-today.com/?p=15643

Peguam Eskay nafi Anwar tak mahu beri keterangan

Hafiz Yatim
Mac 25, 11
8:22pm

Selepas bekas pengawal peribadi seorang menteri mendakwa ada kemungkinan ahli Datuk Shazryl Eskay Abdullah marah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak memberi keterangan dalam kes jambatan bengkok, seorang peguam yang mewakili plaintif, hari ini menafikan perkara itu.

CV Prabhakaran, yang merupakan peguam utama Eskay dalam saman pada tahun 2002 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Merong Mahawangsa Sdn Bhd dan pengarah eksekutifnya, Datuk Yahya A Jalil, berkata ketua pembangkang itu sebaliknya bersedia memberi keterangan.

“Saya boleh mengesahkan bahawa Anwar memang bersedia untuk memberi keterangan dalam kes itu. Ia bukan satu kes di mana Anwar tidak bersedia memberi keterangan kerana beliau sedia berbuat demikian,” katanya sambil menambah beliau sedia dipetik memberitahu demikian.

“Apa yang saya boleh katakan ialah peguam, Eskay dan saya telah memutuskan untuk tidak memanggil Anwar untuk kes ini. Ini berikutan Eskay dan defendan Yahya tidak menafikan bahawa peranan Anwar adalah hanyalah menyerahkan surat mereka (Yahya and Merong Mahawangsa) kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU).

“Oleh kerana tiada penafian terhadap peranan kecil Anwar itu, maka kami memutuskan untuk tidak memanggil Anwar and Eskay bersetuju,” katanya kepada Malaysiakini.

Prabhakaran juga adalah salah seorang peguam pembela yang mewakili Anwar dalam kes liwat II.

Mohamad Mahti Abdul Rahim - bekas pengawal peribadi seorang menteri - mendakwa Eskay marah kerana Anwar enggan menjadi saksinya dalam satu saman sivil melibatkan projek 'jambatan bengkok'.

Selepas hampir 10 tahun, kes tersebut telah dipindahkan kepada tiga hakim, sebelum dipindahkan kepada Hakim Datuk VT Singham, dan didengar bulan ini.


Awal minggu ini, Hakim Singham telah menetapkan 5 Mei untuk mengumumkan keputusannya.

Dalam kes itu, Shazryl menuntut RM20 juta dari Merong Mahawangsa and Yahya kerana didakwa mungkir kontrak selepas dia membantu mendapatkan projek tersebut

Mahti telah memberi keterangan dalam perbicaraan itu sebagai saksi pertama plaintif (Eskay) apabila dia memberi keterangan bahawa dia melihat bekas bosnya, Datuk Seri Megat Junid Megat Ayob, yang ketika itu merupakan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna, memberi surat EPU kepada Eskay untuk melaksanakan projek jambatan menggantikan tambak Johor.


http://malaysiakini.com/news/159705

Polis periksa lokasi kejadian rakaman video seks

Polis periksa lokasi kejadian rakaman video seks
Mac 25, 11 7:49pm

Siasatan polis terhadap rakaman video aksi seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang mendapat petunjuk awal apabila bilik sebuah hotel di ibu negara yang dikatakan menjadi lokasi rakaman video itu diperiksa.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ghazali Md Amin, berkata siasatan di tempat kejadian itu dijalankan bersama unit forensik PDRM selepas memperoleh maklumat.

"Dua individu ditahan semalam bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis... kita turut memperoleh beberapa bahan bukti daripada mereka.

"Salah seorang daripada individu yang terbabit mendedahkan tempat di mana rakaman perlakuan seks itu berlaku," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Semalam, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, disoal siasat selama lima jam di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Mereka turut menyerahkan video aksi seks seorang lelaki dengan seorang wanita serta seutas jam tangan Omega.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis sedang mengenal pasti identiti individu yang kelihatan dalam rakaman video aksi seks terbabit.

Beliau berkata, siasatan kes itu masuk hari ketiga hari ini dan pasukan khas menjalankan siasatan dari pelbagai sudut, termasuk bagaimana rakaman video itu boleh wujud.

"Kita sendiri hendak tahu apa yang telah berlaku dan banyak isu lagi, justeru hentikan semua spekulasi dan beri peluang kepada pasukan polis untuk jalankan siasatan," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Peringatan Hari Polis ke-204 di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Kuala Lumpur.

Ismail berkata, beliau percaya maklumat dan fakta baru akan diperoleh dalam masa terdekat hasil penyiasatan yang dijalankan.

"Siasatan mungkin berkembang terus dari fakta-fakta yang kita akan jumpa nanti," katanya.

Ketika ditanya sebab trio yang mendedahkan video tersebut tidak ditahan, beliau menjawab, "Atas kesalahan apa? Kalau sampai masa sudah cukup bukti dan sudah disahkan kesalahan mereka, barulah kita akan bertindak ikut undang-undang.

"Semalam kita panggil dua daripada mereka untuk diambil kenyataan. Kalau tahan mereka tetapi tidak cukup bukti, esok orang gelakkan polis nanti," katanya.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/159699

Isu Anwar ‘hilang’ 2 jam terjawab

Posted by admin on March 26th, 2011

Pejabat PKR hari ini tampil memberi urutan catatan Twitter dan Facebook oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi membuktikan ketua umum parti itu berada di rumah dan berhubung menerusi alam siber ketika rakaman sebuah video lucah dikatakan berlangsung di sebuah hotel. Pengarah Strateginya Mohd Rafizi Ramli berkata, laporan itu berniat jahat, yang hanya bertujuan untuk menyambung fitnah dan serangan ke atas Anwar dan Pakatan Rakyat.

“Ia tidak berasas dan hanya memetik satu penulisan blog seorang pimpinan bawahan Pemuda Umno yang diketahui umum sering menimbulkan fitnah terhadap Pakatan Rakyat,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Dua akhbar kawalan Umno, Utusan Malaysia dan New Straits Times hari ini mendakwa tidak ada catatan Twitter atau Facebook Anwar pada 21 Februari antara jam 10.23 hingga 10.45 malam – masa yang dikatakan adengan seks membabitkan pemimpin kanan pembangkang dirakamkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Dalam menyanggah kenyataan itu, beliau turut menyertakan bukti dari petikan skrin akaun Facebook Anwar menunjukkan beliau menghantar pesanan ke akaun Twitter dan disambut oleh pengikutnya pada 21 Februari lalu, iaitu:

- 1040 malam: “Inshaallah”
- 1049 malam: “That’s dsNajib’s plan. Our task: pursue reform agenda”
- 1050 malam: “Varsity students: Conscience of the majority”
- 1052 malam: “Modus operandi of rogue leaders”
- 1058 malam: “Bisa”
- 1103 malam: “Waras”
- 1103 malam: “Ada ruang bias ja”
- 1105 malam: “Ngak. Tapi ada sampaikan kuliah diUGM”
- 1108 malam: “RT @gst183 Revolution is the festival of d oppressed”

“Masa yang dicatatkan di Facebook adalah dua minit lebih lambat dari masa pesanan sebenar di akaun Twitter kerana menggunakan khidmat ‘Selective Tweets’, jelas Rafizi.

Rafizi berkata, Anwar menghantar sembilan pesanan ke akaun Twitternya di antara jam 10.38 hingga 11.06 malam.

Katanya, pada masa itu jugalah iaitu antara 10.20 hingga 10.41 malam kononnya seorang yang mirip dengan wajah beliau dirakam sedang melakukan hubungan seks di sebuah bilik.

“Semua laporan setakat ini oleh mereka yang telah menonton rakaman tersebut tidak menyebut mengenai si pelaku sedang melakukan seks sambil memegang telefon untuk menghantar pesanan ke akaun Twitter,” jelas beliau.

Malah Rafizi juga berkata pesanan-pesanan yang dihantar dan dilampirkan disini juga jelas adalah pesanan yang dibuat oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim kerana lenggok bahasa dan interaksinya dengan pengikut-pengikutnya yang diketahui umum.

“Oleh yang demikian, mustahil si pelaku yang dirakam di dalam video adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Rafizi berkata mereka mendakwa bahawa ada perbezaan masa di antara laman Facebook dan laman Twitter iaitu pesanan yang dirakam di laman Facebook adalah sejam lebih lambat dari masa di laman Twitter.

Justeru katanya, ia adalah pembohongan besar yang direka-reka semata-mata kerana sudah jelas bahawa Anwar berada di rumah dan berinteraksi melalui Twitter pada masa yang didakwa.

“Saya sertakan dua petikan skrin yang diambil dari laman Twitter dan Facebook Datuk Anwar yang menunjukkan bahawa pesanan yang dibuat melalui laman Twitter akan dihantar ke laman Facebook dua minit kemudian.

“Maka, pesanan yang dibuat pada pukul 12.22 tengah hari 26 Mac 2011di laman Twitter mengenai rakaman penuh pidato Datuk Seri Anwar di Taman Melawati dicatat waktunya sebagai 12.24 tengah hari 26 Mac 2011 di laman Facebook,” katanya lagi.

Oleh itu kata beliau, penjelasan-penjelasan ini sudah cukup untuk membuktikan kepada rakyat Malaysia betapa hinanya Utusan Malaysia yang tanpa segan silu menyiarkan fitnah tanpa usul periksa, asal dapat menyebarkan dakyah tuan punyanya iaitu Umno.

“Dengan pendedahan ini, PKR mendesak Utusan Malaysia memohon maaf dan sekiranya enggan berbuat demikian, PKR akan mempertimbangkan tindakan lanjut untuk diambil terhadap Utusan Malaysia dan penulis blog Umno tersebut,” katanya.

Dalam laporannya, Utusan Malaysia mempersoalkan di mana Anwar berada antara pukul 9.20 sehingga 11.38 malam pada 21 Februari apabila satu video seks yang didakwa melibatkan pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dari China dirakamkan.

Dakwa akhbar tersebut, itu antara persoalan yang timbul apabila Anwar yang mengadakan sidang akhbar pada 22 Mac lalu menolak dakwaan yang menyatakan beliau terbabit dalam aksi video seks tersebut.

Menurut akhbar itu, penulis blog Minda Intelek Melayu (M.I.M), Dr. Novandri Hasan Basri menimbulkan persoalan yang mana pada sidang akhbar itu Isnin lalu, tidak ada seorang pun mengaku berada bersama Anwar ketika tarikh dan waktu video seks itu dikatakan dirakamkan.

“Malah isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hanya menjawab ringkas dengan menyatakan rasa terkejut dengan skandal terbaru suami beliau,” katanya di dalam blog http://novandri.blogspot.com.

Menurut Datuk T yang mendedahkan rakaman video seks Isnin lalu ia dirakamkan di sebuah hotel di ibu negara pada 21 Februari lalu.

Rafizi berkata ada pihak termasuk blog upahan Umno mendakwa wujud perbezaan masa sejam di antara catatan di laman Facebook dan laman Twitter.

KL-Today.com


http://www.kl-today.com/?p=15639

MCA dan Umno: Siapa sesatkan siapa?

Posted by admin on March 26th, 2011

Apabila Chua Soi Lek mengambil langkah untuk menyaman Kerajaan Negeri PAS Kelantan di dalam isu mengharamkan judi, terfikir pula oleh saya apa tindakan Umno selanjutnya? Kita tahu bahawa beberapa pemimpin DAP juga menentang tindakan Kerajaan Negeri PAS di bawah Tuan Guru Nik Aziz di dalam isu tersebut, tetapi tidak seorang pun pemimpin DAP yang menentang sehingga ke tahap mahu menyaman Kerajaan Negeri.

Itu beza MCA dan DAP walaupun mereka kebanyakan dari bangsa dan agama yang sama. Tetapi oleh kerana MCA berkawan dengan Umno, dan DAP pula berkawan dengan PAS maka itulah bezanya pendekatan mereka. Bukan susah untuk difahami mengapa mereka menentang tindakan Kerajaan Negeri Kelantan tersebut. Pertamanya, mereka Non Muslim dan sudah tentu mereka tidak tahu apa yang Islam mahu capai dengan langkah pengharaman tersebut. Keduanya, mereka berhujah dari segi Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada iaitu kebebasan kepada Non Muslim.

DAP walaupun menentang tetapi masih boleh Kerajaan Negeri runding dan beri kefahaman agar mereka faham aspek perlaksanaannya serta kesan dari larangan tersebut. Ertinya, DAP tidak menentang secara mutlak. Tuan Guru Nik Aziz juga telah membuat kenyataan untuk berjumpa dengan kepimpinan DAP agar mereka memahami tentang hukum ini kepada orang Islam. Berbeza dengan pemimpin MCA, mereka menentang secara mutlak iaitu bercadang untuk menyamannya tanpa meminta penjelasan atau keterangan terlebih dahulu daripada Kerajaan Negeri. Jika mahu ditafsirkan siapa `Kafir Harbi’ di sini, saya tidak berani huraikan.

Langkah MCA ingin menyaman Kerajaan Negeri di dalam isu ini tidak ubah dengan cara Mahathir yang pernah mengutus surat kepada Kerajaan Negeri Kelantan dahulu agar tidak melaksanakan Hukum Hudud di negeri tersebut. Kedua-duanya sama iaitu menentang hukum Islam secara mutlak. Bezanya, Mahathir itu mengaku Islam dan Chua Soi Lek adalah Non Muslim. Sekeras-keras teguran dari DAP adalah dari Karpal Singh suatu ketika dahulu di mana beliau pernah berkata, ‘langkah mayat saya dahulu jika mahu Hudud dilaksanakan’.

Di dalam konvensyen PR baru-baru ini, Karpal menyebut perkataannya itu adalah di luar konteks sebenar. Beliau mengambil pendirian terbaru bahawa DAP bersedia untuk berbincang dengan PAS berkaitan hukum Islam. Pendirian terbaru DAP ini tidak dihebahkan oleh media pencacai melainkan sering mengungkit kenyataan lama Pengerusi DAP tersebut. Oleh itu, tindakan Tuan Guru Nik Aziz yang sanggup berbincang dengan DAP di dalam isu ini adalah selaras dengan apa yang Karpal Singh suarakan.

Chua Soi Lek berani berbuat demikian kerana beliau beranggapan bahawa haramnya judi itu adalah kehendak PAS semata-mata, sedangkan itu bukan kehendak PAS tetapi itu adalah perintah Allah. Mengapa Chua Soi Lek tidak faham? Jawapannya mudah, kerana beliau berkawan dengan Umno dan Umno tidak memaklumkan kepadanya tentang hukum berjudi di dalam Islam. Bahkan, Umno sebagai tunjang kerajaan pusat meluluskan lesen judi terbesar di genting dan pernah bercita-cita untuk melaksanakan judi bolasepak Piala dunia baru-baru ini.

Oleh yang demikian, pemimpin di dalam MCA dan Gerakan atau MIC menganggap judi dibenarkan di dalam Islam kerana Umno sendiri redha dan pemimpin dan ahli Umno semuanya mengaku Islam. Pada fikiran Chua Soi Lek, jika Umno yang Islam kata boleh mengapa PAS yang Islam juga kata tidak boleh? Justeru itu, siapa yang menyesatkan siapa? Jangan nanti Chua Soi Lek mahu agar hubungan seks bebas atau oral seks dibenarkan kerana itu hak mereka yang Non Muslim.

Kepada Kerajaan Negeri Kelantan, teruskan usaha tersebut di dalam masa yang sama terangkan kepada mereka bahawa hukum Islam ini menjamin keharmonian semua. Biarlah Umno pula menerangkan kepada sekutu mereka dari MCA, Gerakan dan MIC tentang hukum berjudi di dalam Islam pada pandangan Umno. Adakah berjudi itu `halal’ bila berlesen dan `haram’ bila tidak berlesen, biarlah pemimpin Umno terangkan. Persoalannya, mampukah pemimpin Umno terangkan tentang Islam kepada sekutu mereka itu sedangkan isteri sendiri pun tidak tahu hukum menutup aurat.

wfa​uzdin.blog​spot.com


http://www.kl-today.com/?p=15636

MIC Perak: Jangan pedulikan cakap Nazri

Kuek Ser Kuang Keng
Mac 25, 11
6:10pm

Pengerusi MIC Perak Datuk S Veerasingam meminta ahli parti itu jangan memperdulikan permintaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz supaya MIC menyerahkan enam kerusi di Perak, kerana ia tidak mencerminkan pendirian rasmi BN.

NONEDalam temubualnya baru-baru ini dengan akhbar harian berbahasa Cina - Nanyang Siang Pau - Nazri yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, mahu MIC untuk menyerah kesemua enam kerusi negeri di Perak yang gagal dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu, dengan mendakwa, BN mungkin kehilangan Perak jika MIC bertanding lagi di kawasan berkenaan.

Veerasingam (kiri) menafikan itu hari ini, dengan menegaskan bahawa MIC dan BN Perak telah mendapat balik sokongan kaum India di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sokongan kaum India semakin meningkat. Ini telah dibuktikan dalam pilihan raya kecil Tenang, Merlimau and Bagan Pinang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Oleh itu, beliau menggesa semua ahli MIC supaya mengawal kemarahan mereka dan jangan memperdulikan kenyataan Nazri itu kerana ia bukan datang dari Zambry atau Najib.



http://malaysiakini.com/news/159687

Eskay didakwa sakit hati kerana jambatan bengkok

Eskay didakwa sakit hati kerana jambatan bengkok
Aidila Razak
Mac 25, 11
5:37pm

Seorang bekas pengawal peribadi mendakwa kontroversi video seks politik yang terbaru muncul kerana ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berang dengan ketua umum PKR yang enggan membalas 'jasanya'.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat dengan seorang menteri mendakwa Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi dalam kes saman sivil yang membabitkan projek 'jambatan bengkok'.

NONEMahti, seorang anggota Unit Tindakan Khas polis yang kemudiannya berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada bekas timbalan menteri dalam negeri, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, adalah antara saksi dalam kes berkenaan.

Dalam keterangannya, Mahti berkata Megat Junid telah menyerahkan surat tawaran daripada Unit Perancangan Ekonomi kepada Eskay bagi membantu projek berkenaan diserahkan kepada Merong Mahawangsa Sdn Bhd.

Eskay menyaman Merong Mahawangsa dan pengarahnya Datuk Yahya Abdul Jalil sebanyak RM20 juta kerana melanggar syarat kontrak.

Tambak Johor

"Hanya selepas itu, saya tahu Eskay ditawarkan projek bagi membina jambatan baru menggantikan tambak Johor,” katanya kepada mahkamah.

Menurut Mahti, beberapa hari sebelum tayangan video lucah di hotel Carcosa Seri Negara, Eskay berjumpa dengannya dan memohon sama ada beliau boleh mendapatkan perkhidmatan empat anggota Unit Tindakan Khas (UTK).

NONENamun, Mahti berkata beliau tidak mahu terbabit dengan apa yang dirancang oleh Eskay dan memaklumkan kepada ahli perniagaan itu beliau enggan mendengar sebarang butiran perkara tersebut.

Mahti juga berkata ahli perniagaan yang mempunyai hubungan yang meluas itu memberitahunya tayangan video lucah itu mendapat sokongan orang 'nombor satu'.

“Dia bagitau dia buat ini untuk "number 1" itu dari mulut dia sendiri. Saya tak percaya dan tak mahu terlibat. ...dia nak cerita keburukan Anwar tapi saya tak nak dengar, takut terjebak," katanya.

Mahti bagaimanapun berkata beliau tidak mempercayai Eskay dan berpendapat Najib tidak terbabit dengan video seks itu seperti yang didakwa oleh Eskay.

Sayang Najib

“Saya sayang Najib dan takut dia ni cuba nak kaitkan Najib,” katanya.

Menurut Mahti, Eskay juga cuba memburuk-burukkan bekas timbalan perdana menteri itu tetapi tidak diendahkannya.

NONE"Lepas saya beri keterangan kita ada keluar makan dia marah-marah pasal Anwar, sebab tak mau jadi saksi dia.

“Dia maki hamun Anwar, kata apa jadi pun saya akan jatuhkan Anwar. Dia kata Anwar ada ambil duit yang sepatutnya untuk dia.

“Dia kata dia dah banyak tolong Anwar. Anwar tak guna, sedangkan dia tolong macam-macam. Dia kata dia bawa Anwar ke Singapore guna kereta kerabat diraja Johor pada tahun 90an pergi buat DNA. Shamsidar dan anak-anak semua dia bawa tiba-tiba Anwar tak mau bantu dia," katanya dengan panjang lebar.

Menurut Mahti lagi, Eskay juga membawanya ke rumah bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

“Shuib nampak keberatan. Orang tua orang baik, saya kenal dia,” katanya.

azlanDitanya oleh wartawan sama ada beliau diminta oleh Anwar bagi mengadakan sidang akhbar hari ini, Mahti berkata tidak ada sesiapa yang mengarahkannya berbuat demikian.

“Lillahi Taala saya tak jumpa Anwar atau Anwar (ada) panggil saya. Apa saya buat ini sebab dia manusia tak kenal budi... pembohong besar. Tak ada siapa yg suruh,” katanya.

Selain Eskay dan Shuib, turut terbabit adalah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/159680

Rahim, Eskay nafi ditahan, polis soalsiasat Shuib

Rahim, Eskay nafi ditahan, polis soalsiasat Shuib
Mac 25, 11 4:35pm

Bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, masing-masing menafikan mereka ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal dengan seorang wanita.

NONELaporan the Star Online hari ini berkata kedua-dua mereka dipercayai ditahan polis tetapi kini dibebaskan dengan jaminan polis.

"Apa? Saya tak tahu yang saya ditangkap. Sekarang ini saya di rumah. Saya hanya ke (ibu pejabat) polis malam tadi bagi membantu siasatan mereka dan setelah beri keterangan, saya pulang ke rumah.

"Tiada disebut mereka mengenai tangkapan. Mungkin mereka (the Star) anggap beri keterangan malam tadi sebagai tangkapan. Saya tidak tahu. Saya di rumah,” kata Rahim.

Eskay pula yang sedang tidur, ketika dihubungi melalui telefon juga terkejut apabila diberitahu mengenai laporan portal berita itu.

NONE"Malam tadi, saya hari beri kenyataan mengikut Seksyen 112 (Kanun Prosedur Jenayah). Saya serahkan rakaman video dan itu sahaja. Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pulang lebih awal selepas kenyataannya dirakamkan. Saya pulang kemudian selepas menyerahkan barangan berkenaan untuk siasatan polis.

"Saya tidak tahu banyak mengenai prosedur polis kerana jarang berurusan dengan mereka (polis). Namun, saya tidak fikir yang sama ditahan. Saya tidak menandatangani apa-apa dokumen.

Sedang tidur

“Saya sekarang di rumah dan sedang tidur bila awak telefon. Saya deman selesema akibat terkena hujan lebat semalam. Maaf, saya agak pening kerana demam,” kata Eskay (kiri).

Sementara itu, akhbar harian berbahasa Cina hari ini melaporkan Datuk Shuib Lazim - datuk ketiga dalam kumpulan 'Datuk T' - dibawa dari rumahnya di Sungai Petani, Kedah ke Bukit Aman.

Menurut isteri Shuib, polis datang dengan menaiki kereta peronda. Adalah dipercayai beliau sedang memberi keterangan di Bukit Aman.

NONEIsnin lalu, Rahim dan Eskay yang menamakan kumpulan mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim sebagai 'Datuk T' mengaku bertanggungjawab menayangkan video lucah kepada wartawan terpilih di hotel Carcosa Seri Negara.

Semalam, Rahim yang juga bekas ketua pemuda Umno memberi keterangannya kepada polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur.

Bercakap kepada pemberita selepas selesai disoal siasat, Rahim berkata beliau telah menyerahkan rakaman asal video seks yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kepada polis.

NONESelain itu, beliau juga menyerahkan kepada polis seutas jam tangan, yang dikatakan diambil dari bilik hotel di mana adegan seks itu dirakam.

Selain Rahim, turut memberi keterangan berhubung video seks tersebut semalam ialah Eskay.

Ahli parlimen Sungai Petani, Johari Abdul (kiri) juga memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bukan dua lelaki yang dilaporkan ditahan polis itu.

Johari sebelum ini pada sidang akhbarnya mengakui menonton pita video lucah yang ditunjukkan kepadanya oleh kedua-dua Rahim dan Eskay pada Isnin lalu.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/159672

Mahasiswa desak UM tarik balik gantung pelajar

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 25 Mac: Mahasiswa Universiti Malaya (UM) mendesak pihak pentadbiran universiti menarik semula hukuman tatatertib yang dikenakan ke atas dua calon mereka pada pilihan raya kampus Februari lalu, Tan Tiong Yih dan Yeong Lee Kee.

Kedua-duanya dikenakan hukuman gantung satu semester, dikehendaki membayar denda RM200 dan diberi amaran oleh pihak universiti kerana didakwa memalsukan dokumen cuti sakit yang dikemukakan bagi tujuan pengecualian menghadiri bengkel persediaan calon yang dilaksanakan pihak Hal Ehwal Pelajar &Aalumni (HEPA) pada fasa pilihan raya lepas.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Mahasiswa UM (MPMUM) Mohd Syahid Mohd Zaini berkata, hukuman itu terlalu berat terhadap kedua mereka dan hukuman penggantungan pengajian satu semester yang berkuat kuasa serta merta adalah tidak wajar memandangkan baki semester hanya tinggal dua minggu sebelum minggu peperiksaan akhir.

"Mahasiswa mengingatkan pihak universiti, jika mereka masih kekal dengan keputusan hukuman tatatertib yang dikenakan ke atas kedua mahasiswa tersebut sehingga tamat tempoh rayuan, hal ini akan memalukan dan merosakkan nama baik universiti sebagai universiti contoh di negara ini," kata beliau pada sidang media di Akademi Pengajian Islam UM hari ini.

Pro M UM juga mempertikai prosedur mahkamah universiti yang dilaksanakan terhadap kedua-duanya apabila mereka tidak boleh membawa sesiap kecuali diwakili pekerja atau pelajar sedangkan mereka mempunyai saksi yang boleh membantu dalam sesi pembelaan.

Selain itu, turut dipersoal mengenai tempoh masa yang terlalu panjang untuk menjatuhkan hukuman iaitu 24 hari selepas selesai pilihan raya.

"Kalau benar mereka bersalah, kenapa tak bantah masa tempoh bantahan? Calon Pro M hanya menerima satu bantahan mengenai perkara lain, tapi itu pun ditolak. Langsung tidak ditimbulkan mengenai surat cuti sakit ini," katanya.

Tiong dan Lee Kee yang masing-masing merupakan pelajar fakulti Kejureteraan dan fakulti Sains Sosial diberi tempoh 14 hari iaitu sehingga 7 April untuk mengemukakan rayuan.

Sehubungan itu, sepanjang tempoh itu, Pro M UM akan turun ke setiap fakulti bagi memberikan peneranagn kepada mahasiswa mengenai perkara itu.

Surat cuti sakit sah

Sementara itu, kedua mereka dalam kenyataan yang dibacakan bendahari MPM UM, Kelvin Tee Tin Loong pada sidag media sama menegaskan bahawa surat cuti sakit yang dikemukan adalah sah dan ditandatangani oleh doktor.

Mereka sebaliknya mengesyaki hukuman berat itu telah ditetapkan oleh pihak universiti sebelum prosiding sebagai tindakan terhadap mahasiswa yang dilabel sebagai anti-universiti.

"Kami ingin mengulangi bahawa surat cuti cakit yang dihantar kepada pihak universiti adalah sah dan ditandatangani oleh doktor,"katanya.

Selain itu mereka turut mendakwa prosiding dijalankan secara tergesa-gesa tanpa memberi masa kepada mereka untuk membuat persediaan membela diri.

"kami mendapati hukuman berat ini adalah tidak adil, malah bermotif politik di sebaliknya," katanya.

Turut bersama pada sidang media berkenaan ialah Setiausaha Solidariti mahasiswa Malaysia (SMM), Izzuddin Hilmi, pengerusi Pro-M Nasional Mohd Taufiq Abdul, dan ahli jawatankuasa Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) UM, Mohd Sofwan Anang.


http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=31526:mahasiswa-desak-um-tarik-balik-gantung-pelajar&catid=1:utama&Itemid=50

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...