Monday, January 10, 2011

Kecoh Facebook akan ditutup 15 Mac depan


GAMBAR laman web Facebook pada skrin sebuah komputer di Washington pada 9 November lalu.


PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."

"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.

Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"

Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.

Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."


MARK ZUCKERBERG


"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.

Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.

Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

Datuk tertekan diganggu ah long


SIMON (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuatnya kepada Michael Tay di Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU - Ga ra-gara berjudi Internet, seorang ahli perniagaan bergelar Datuk boleh di- ibaratkan seperti cacing kepanasan apabila menjadi buruan ah long selepas gagal menjelaskan baki wang pinjaman berjumlah RM400,000.

Mangsa yang dikenali sebagai Simon, 36, berkata, dia mula menjadi kaki judi lumba kuda di Internet selepas diperkenalkan permainan judi itu oleh seorang rakannya yang dikenali sebagai Ah Chua.

"Pada pertaruhan per tama, saya memenangi wang tunai sebanyak RM100,000 menyebabkan saya semakin seronok berjudi di Internet.

"Namun hari-hari berikutnya saya kalah dan saya mula berhutang dengan ah long sehingga jumlah hutang saya mencecah RM700,000," katanya pada akhbar di Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru di sini semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm

Masih sayang isteri pertama


SITI AMINAH yang menerima 46 jahitan di dahi dan pipi kiri masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – “Saya tidak sanggup lepaskan Siti (Siti Aminah) kerana saya masih sayangkan dia dan mahu pikul tanggungjawab sebagai seorang ayah dengan menyara anak-anak kami.”

Demikian tegas Saad Hussin, 51, (gambar) suami kepada Siti Aminah Hanapi, 50, yang menerima 46 jahitan di dahi dan pipi kiri selepas ditetak oleh madunya di sebuah rumah di Kampung Baru, Sungai Korok, Jitra dekat sini Jumaat lalu.

Menurut Saad, dia tidak bersetuju dengan permintaan Siti Aminah untuk bercerai kelmarin kerana kasih sayangnya terhadap wanita itu masih kuat.

“Saya tak mahu berpisah kerana masih sayangkan dia malah kami masih ada anak-anak untuk disara,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Saad bagaimanapun enggan ditemui pemberita kerana mendakwa sedang sibuk menguruskan persiapan persekolahan tiga anaknya yang masih belajar di tahun dua, tingkatan satu dan lima.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm

Memang No. 1


CHONG WEI menggenggam gelaran pertamanya musim 2011 selepas muncul juara Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir di Taiwan semalam.


TAIWAN – Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei bertandang ke bumi Taiwan tanpa ‘sifunya’, Datuk Misbun Sidek.

Seribu satu macam persoalan dalam kepalanya ketika mengharungi Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir itu.

Demi sifunya, pemain No. 1 dunia itu tampil hebat untuk menjulang gelaran pertamanya tahun ini selepas muncul juara pada kejohanan Masters itu.

Chong Wei menang selepas menewaskan pemain Denmark, Peter Gade 21-9, 21-14 pada perlawanan akhir semalam.

Jaguh badminton negara itu mendominasi kejohanan penutup musim tersebut sejak kali pertama diperkenalkan tiga tahun lalu.

Pertemuan final semalam merupakan ulangan kepada aksi final 2008 dan Gade, 34, sekali lagi terpaksa akur dengan kehebatan Chong Wei dalam permainan yang hanya memakan masa 40 minit.

Musuh utama Chong Wei dari China, Lin Dan yang juga juara Sukan Olimpik dan bekas pemain No. 1 dunia, gagal menempatkan diri pada kejohanan Masters kali ini selepas tidak menyertai beberapa kejohanan Super Series sepanjang musim 2010.

Gelaran juara bagi wanita pula menjadi milik pemain No. 2 dunia, Wang Shixian yang menewaskan pemain No. 8 dunia, Bae Youn-joo dari Korea Selatan 21-13, 21-15.

Super Series pertama bagi musim 2011 kali ini ialah Terbuka Malaysia yang dijadualkan bermula di Kuala Lumpur pada 18 Januari. – Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_01.htm

Safee sedia timbang tawaran



SAFEE (kiri) mempertimbangkan tawaran menyertai kelab Indonesia.


PENJARING terbanyak Piala Suzuki AFF 2010, Mohd. Safee Mohd. Sali hampir pasti meninggalkan Selangor untuk menyertai salah sebuah kelab di Indonesia, Persib Bandung, lapor WAN FAKHRUL BAKAR.

Nada pemain kelahiran Kajang yang bakal mencecah usia 27 tahun pada 29 Januari depan itu semalam jelas membuktikan bahawa dia begitu teruja untuk beraksi bersama kelab luar.

Safee seakan-akan memberi isyarat awal yang dia berkemungkinan besar akan menyertai kelab Persib Bandung biarpun turut diburu dua lagi kelab Indonesia, Pelita Jaya dan Persiba Balikpapan serta sebuah kelab Vietnam.

"Memang saya nak sangat belajar dan sudah lama sebenarnya impian saya untuk beraksi di luar negara. Buat masa ini keputusan saya untuk menerima tawaran tersebut adalah 70-30. Saya mungkin akan memberi pertimbangan tawaran sebuah kelab Indonesia itu.

"Daripada tiga kelab tersebut, Persib Bandung yang betul-betul menunjukkan minat. Lagipun saya sendiri rasa jarak Bandung paling dekat. Saya juga pernah ke sana dan sudah tahu suasananya.

"Mungkin jika segalanya menjadi kenyataan, memang ada dalam perancangan untuk membawa bersama keluarga ke sana," kata Safee ketika ditemui pada majlis meraikan skuad kebangsaan oleh Nike Malaysia di One Utama, Damansara petang semalam.

Namun Safee menjelaskan bahawa dia tidaklah akan terus berhijrah ke kelab berkenaan dalam masa terdekat dan kemungkinan besar akan melengkapkan perpindahan tersebut pertengahan tahun ini.

"Saya baru pulang dari Perth, Australia bersama skuad Selangor pagi tadi (semalam). Sepatutnya dalam sehari dua ini akan berlangsung perbincangan di antara saya, Datuk Hamidin Mohd. Amin (Setiausaha Agung FAS) dan wakil kelab terbabit.

"Harap keputusan perbincangan tersebut mencapai sesuatu yang positif. Sebagai pemain profesional, saya mahu mengambil peluang ini sebagai satu cabaran," jelas Safee.

Andai Safee sah menyarung jersi Persib Bandung, dia akan menjadi rakan sepasukan beberapa pemain kebangsaan Indonesia seperti Cristian Gonzales, Markus Harison, Maman Abdurahman dan Eka Ramdani.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm

Cuba bunuh isteri, pesawah dipenjara 6 tahun

10/01/2011 2:19pm

KUALA LUMPUR - Seorang pesawah hari ini dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang selepas didapati bersalah atas tuduhan cuba membunuh isterinya dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging, tahun lepas.

Hakim Noradidah Azman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Mohd Fitri Mat Isa, 36, di akhir kes pembelaan.

Noradidah, dalam keputusannya berkata, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius dan tidak boleh dipandang remeh.

"Sejak akhir-akhir ini, banyak dilaporkan di dada akhbar kejadian suami mencederakan isteri. Justeru, hukuman yang bakal diterima diharap bukan sahaja dapat memberi pengajaran kepada tertuduh, bahkan kepada masyarakat di luar sana,” katanya.

Noradidah turut memerintahkan hukuman itu bermula hari ini. Bagaimanapun beliau membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga selesai proses rayuan di Mahkamah Tinggi, dengan mengenakan syarat tambahan iaitu wang jaminan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

Kontraktor Melayu cakap tak serupa bikin

Mohd Sabri Said

GEORGETOWN, 10 Jan: Kerajaan negeri ada rakaman video menunjukkan Yang Dipertua Persatuan Kontraktor Melayu Pulau Pinang, Datuk Mohmad Fadzil Hasan memohon maaf dan menarik balik semua kenyataan akhbar memburukkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng dalam sidang media di pejabatnya tengah hari tadi tidak menyangka Fadzil bercakap 'tidak serupa bikin' apabila bertindak menafikan kenyataannya dalam akhbar arus perdana semalam.

“Kenapa beliau sanggup memutar belitkan kenyataan walhal beliau sendiri mengungkapkanya di hadapan media serta salah seorang Exco Kerajaan Negeri, Abdul Malek Abul Kassim.

"Kenapa beliau putar belitkan kenyataan yang dibuatnya sendiri. Tak apa kita ada bukti rakaman sidang media itu. Dan, ia boleh memalukanya dirinya sendiri," jelasnya.

Lim tidak faham kenapa tiba-tiba Mohamed Fadzil bertindak seumpama itu dengan menggunakan media pro Barisan Nasional (BN) bagi memperbetulkan dirinya semula dengan membelakangkan fakta sebenar.

Pada 7 Januari lalu, Mohamed Fadzil dengan rombongan telah berbincang dengan Ketua Menteri sendiri sebelum bertindak memohon maaf secara terbuka pada Ketua Menteri dan Kerajaan Negeri kerana sering melemparkan kenyataan yang kadang-kadang tidak munasabah.

Selepas Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih pemerintahan, Kontraktor Melayu Pulau Pinang acapkali mengeluarkan kenyataan pedas kononnya kerajaan pimpinan Lim menafikan projek untuk orang Melayu sedangkan pada tahun 2008 hingga 2010 di mana 18 projek melibatkan Jabatan Parit dan Saliran diperolehi oleh Melayu melibatkan peruntukan RM40 juta.

Manakala tender Jabatan Kerja Raya pula menyaksikan 17 projek bernilai RM20 juta yang diluluskan antara Januari hingga 30 November 2010 di mana 16 diberikan kepada kontraktor melayu dan hanya satu bukan Melayu.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30255:kontraktor-melayu-cakap-tak-serupa-bikin&catid=1:utama&Itemid=50

MP PAS: Hadir tak bermakna setuju bakar Interlok

MP PAS: Hadir tak bermakna setuju bakar Interlok
Abdul Rahim Sabri
Jan 10, 11
1:47pm

Ahli parlimen Kota Raja Dr Mariah Mahmud berkata kehadirannya ke demonstrasi dan upacara membakar novel Interlok oleh sekumpulan penduduk kaum India di Klang kelmarin tidak semestinya bermaksud beliau bersetuju dengan tindakan itu.

Sebaliknya, tambahnya, ia untuk "menunjukkan kebersamaan ketika mereka memerlukan pemimpin".

hindraf pas forum anti-isa 131208 mariah mahmud"Saya diberitahu mengenai rancangan demonstrasi dan upacara pembakaran 2 jam sebelum itu. Saya tidak tahu siapa yang menganjurkan tetapi ahli-ahli DHPP (Dewan Himpunan Penyokong PAS) dan pengundi-pengundi India Kota Raja dan dari kawasan Klang turut terlibat.

"Kebimbangan takut tercetus pergaduhan tidak boleh dinafikan kerana yang terlibat semua kaum India. Ahli DHPP minta saya hadir bersama dan sebagai wakil rakyat yang mereka pilih, wajar saya hadir menunjukkan kebersamaan saya ketika mereka memerlukan pemimpin mereka.

"Saya tidak semestinya bersetuju dengan mereka tetapi kehadiran saya boleh menyejukkan kemarahan mereka. Kebetulan penulisnya ialah seorang Melayu sebangsa dengan saya. Ketidakhadiran saya mungkin akan disalah tafsir sebagai menyebelahi penulis Melayu dan saya tidak berempati dengan mereka," katanya.

Mingguan Malaysia semalam melaorkan Dr Mariah menghadiri demonstrasi kira-kira 100 penduduk India sambil membakar novel karangan Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain di Dewan Sentosa Majlis Perbandaran Klang.

Motif Muhyiddin

Dr Mariah dilaporkan mengakui Interlok karya yang hebat tetapi terdapat frasa yang begitu sensitif di kalangan masyarakat India.

Mengulas perkara itu dalam blognya hari ini, Dr Mariah yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, ekoran laporan Mingguan itu, beliau dimajukan beberapa SMS daripada kumpulan seniman, termasuk Sasterawan Negara A Samad Said yang mempersoal tindakan itu.

NONEMengakui laporan akhbar Umno itu 90 peratus tepat, Dr Mariah mendakwa, Mingguan bagaimanapun tidak melaporkan bahawa beliau meninggalkan demonstrasi sebelum upacara pembakaran buku dan gambar penulis Interlok.

Menyatakan pendiriannya, Dr Mariah berkata, beliau berempati dengan masyarakat India kerana "mereka tidak mahu sejarah kasta dihidupkan di dalam minda anak-anak India."

Katanya, kenyataannya semalam turut mempersoalkan motif Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan novel itu ke sekolah.

"Saya yakin beliau tahu sangat isi novel dan potensi konflik yang akan timbul. Saya percaya dan yakin bahawa ada motif politik yang tersirat," katanya.

Bagaimanapun, atas prinsip kebebasan berkarya dan bersuara, beliau tidak bersetuju Interlok tersebut diharamkan.

http://malaysiakini.com/news/152968

Saya tidak hadir bakar Interlok - Dr Mariah

Harakahdaily

SHAH ALAM, 10 Jan: Anggota Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmood menjelas, beliau telah meninggalkan majlis bantahan novel Interlok ketika buku novel dan gambar penulisnya mula dibakar kerana tidak merestui perbuatan itu.

Bagaimanapun, beliau mengaku menyertai perhimpunan itu sebelum novel itu dibakar bertujuan untuk menyejukkan kemarahan mereka dan bukan untuk mengapi-apikannya.

"Saya tidak semestinya bersetuju dengan mereka tetapi kehadiran saya boleh menyejukkan kemarahan mereka. Kebetulan penulisnya ialah seorang Melayu sebangsa dengan saya. Ketidakhadiran saya mungkin akan disalah tafsir sebagai menyebelahi penulis Melayu dan saya tidak berempati dengan mereka," jelas Dr Mariah dalam penjelasannya berikutan laporan media beliau menyertai majlis membakar novel itu.

Dr Mariah dilaporkan telah menyertai majlis pembakaran novel itu baru-baru ini.

Menurut Mariah, beliau menyanjungi karya penulis dan sasterawan Negara, Abdullah Hussein, walaupun belum membacanya.

"Tentulah ia sebuah karya seni yang hebat untuk mendapat pengiktirafan ini," katanya.

Dr Mariah (gambar bawah) juga berkata, kebebasan berkarya dan bersuara perlu dihormati dan dijamin dalam perlembagaan.

Bagaimanapun, katanya, beliau juga bersimpati dan memahami kenapa orang India marah dan membantah novel tersebut dijadikan buku teks.

"Mereka berhak untuk menolak perkara-perkara yang mereka tanggapi negatif di dalam pendidikan anak mereka. Sebahagian kaum India mahu beberapa frasa dan bahagian tertentu dibuang dari novel tersebut sementara ada yang berpendapat novel tersebut tidak wajar menjadi teks.

Namun, katanya, beliau tidak bersetuju buku tersebut diharamkan atas prinsip kebebasan berkarya dan bersuara.

"Saya mempersoalkan motif Tan Sri Muhyiddin Yassin memperkenalkan novel tersebut ke sekolah. Saya yakin beliau tahu sangat isi novel dan potensi konflik yang akan timbul. Saya percaya dan yakin bahawa ada motif politik yang tersirat," katanya.

Mesej yang hendak dihantar kepada murid-murid India ialah “ketahui lah asal usul anda” apabila membaca buku itu, tulis Mariah.

Semenjak peristiwa Hindraf turun ke jalan pada bulan November 2007, kaum India menjadi begitu sedar tentang layanan yang mereka terima sebelum itu dan mereka sangat sensitif sebarang perkara yang ditanggapi menghina mereka, katanya.

"Kenapa novel ini dan tidak novel lain ketika hubungan kaum berada ditahap yang rendah akibat tindakan mereka yang melaungkan ketuanan Melayu?" soal beliau.

Klik untuk baca pandangan penuh Dr Mariah.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=30264:saya-tidak-hadir-bakar-interlok-dr-mariah&catid=1:utama&Itemid=50

PAS ikrar setia dengan Pakatan Rakyat

PAS ikrar setia dengan Pakatan Rakyat
Jan 10, 11 1:11pm

Pemimpin tertinggi PAS berikrar akan tetap setia bersama Pakatan Rakyat dan menolak khabar angin bahawa parti itu akan bekerjasama dengan Umno.

NONEJaminan ini dinyatakan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila mengulas isu perjumpaan pemimpin PAS dan Umno atas undangan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Hadi berkata demikian ketika berpidato pada majilis solat hajat perdana di Stadium Melawati, Shah Alam, semalam. Majlis itu diadakan bagi memohon Allah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang hebat diserang terutama dalam isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor.

"Majlis ini dianjurkan oleh pimpinan PAS untuk menyatakan kita akan bersama dengan rakan Pakatan Rakyat dalam sebarang cabaran dan penentangan BN.

NONE“Kepada siapa sahaja rakan kita yang disentuh samada PAS, PKR dan DAP, kita akan bersama dalam hadapi segala cabaran. Pakatan Rakyat makin hari makin kuat. Ini kenyataan terbuka yang kita nyatakan secara praktikal pada malam ini," katanya.

Majlis anjuran PAS ini mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 12 ribu hadirin membanjiri kawasan stadium menyertai acara solat hajat dan memberi sokongan terhadap kerajaan negeri Selangor.

Pengkhianatan Umno

NONETurut hadir di majlis ini adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta pemimpin kanan dari kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini.

Nik Aziz pula dalam pidatonya, menyentuh pengkhianatan Umno ketika PAS menjadi komponen BN.

"Dia nak bela Melayu tapi Melayu Kelantan tak nak bela. Inilah Umno. Nak suruh PAS berpadu dengan dia. Kita dah masuk BN, itupun dengan permintaan Allahyarham Tun Razak.

"Bila masuk dia tendang kita. Saya ingat pepatah Arab. 'Anjing yang kurus, bagi makan sampai gemuk, dia gigit kita balik. Oleh yang demikian bila dia minta balik bersungguh minta balik bekerjasama kita kata tidak," kata Nik Aziz.

Sementara itu, pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata kontroversi pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu 24 Disember lalu sudah selesai.

NONEKatanya, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis santapan anjuran Yang di-Pertuan Agong.

“Tidak perlu nak panjangkan lagi, kita sudah ambil maklum.

Tiada tafsiran lain

“Tiada masalah dan tafsiran lain (pertemuan 24 Disember) itu,” kata Anwar.

Hadi pula pada sidang media yang sama berkata pihaknya telah menjelaskan “pertemuan 24 Disember itu” kepada pemimpin Pakatan Rakyat.

NONE“Kita sudah maklumkan, kita juga sudah buat kenyataan terbuka mengenainya (pertemuan 24 Disember).

“Bila kita maklumkan tidak perlu saya beritahu, jadi jangan nak soal siasat macam polis,” kata ahli parlimen Marang itu.

Sebelum ini, Nik Aziz juga menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.

“Tak ada dah, tutup 'book' (buku) dah,” katanya.

http://malaysiakini.com/news/152956

Tender 'mencurigakan', pejabat KTMB digeledah

Tender 'mencurigakan', pejabat KTMB digeledah
Regina Lee
Jan 10, 11
12:53pm

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggelidah pejabat Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) baru-baru ini atas dakwaan pemberian tender yang 'mencurigakan' yang menyaksikan kontrak jutaan ringgit diberikan kepada syarikat yang tidak mempunyai 'kelayakan'.

Projek itu adalah bagi menyusun semula sistem tiket di semua 56 stesen KTMB sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.

NONESebuah firma tempatan dilaporkan memenangi kontrak itu dengan bidaan RM85 juta, meskipun terdapat tawaran pada harga yang lebih murah oleh syarikat-syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam sistem perkhidmatan KTMB.

Malaysiakini dimaklumkan bahawa proses penilaian teknikal dmanipulasi bagi membolehkan firma berkenaan terpilih.

Markah penuh

“Meskipun tidak layak untuk seksyen, tertentu, mereka masih mendapat markah penuh,” dakwa sumber yang biasa dengan projek itu.

Pasukan penyiasat SPRM menyerbu pejabat KTMB di Kuala Lumpur dan menggeledah jabatan tendernya pada 14 Disember tahun lalu. Ia merampas beberapa dokumen utama.

NONEJumaat lalu, SPRM sekali lagi menyerbu pejabat KTMB untuk mendapatkan lebih banyak bukti. Menurut sumber, siasatan masih pada peringkat awal.

Notis bagi tender itu diterbit dan diumumkan pada 3 Ogos tahun lalu dan ia ditutup pada 29 September.

Dipercayai pasukan teknikal KTMB juga tidak menjalankan pemeriksaan di tapak atau memohon demonstrasi oleh pihaak pembida seperti yang ditetapkan.

Tender yang dikemukakan oleh lima syarikat yang lain yang disenarai-pendek pula tidak dinilai.

Dua syarikat dengan projek sekarang membabitkan sistem tiket juga ditolak meskipun mereka masing-masing menawarkan bidaan pada harga RM69.8 juta dan RM72.6 juta.

[Baca berita penuh]

http://malaysiakini.com/news/152950

Saman RM100 juta: Samy Vellu diarah bekal dokumen

Jan 10, 11 3:19pm

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini memberi tempoh 30 hari kepada pengerusi Institut Kemajuan Pendidikan Maju (MIED) Datuk Seri S Samy Vellu dan tujuh pemegang amanahnya membekalkan beberapa dokumen dalam saman RM100 juta terhadap mereka oleh MIED.

mic agm 110710 s samy vellu 3Hakim Mahkamah Dagang Datuk Abdul Aziz Rahim yang membuat keputusan itu di dalam kamar memerintahkan mereka membekalkan dokumen berkenaan termasuk yang berkaitan dengan pembinaan Institut Sains Perubatan dan Teknologi Asian (AIMST), yang didakwa telah menyebabkan kerugian besar kepada cabang pendidikan MIC itu.

Abdul Aziz membenarkan permohonan bekas Ketua Pemuda MIC A Vigneswaran supaya para defendan membekalkan salinan surat pelantikan bekas ketua pegawai eksekutifnya P Chitirakala dan skop tugasnya.

MIED memohon sebanyak 12 dokumen selepas Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mah Weng Kwai pada 14 Jun membenarkan permohonan untuk menamakan MIED sebagai plaintif dalam cadangan saman terhadap para pemegang amanah MIED.

NONESelain bekas Presiden MIC Samy Vellu, penggantinya Datuk G, Palanivel, Tan Sri M Mahalingam, Tan Sri Dr T Marimuthu, Tan Sri Dr SK Ampikaipakam, Datuk G Palanivel, Tan Sri Dr Karnail Singh Nijhar, Tan Sri K Kumaran dan Tan Sri G Vadiveloo dinamakan sebagai defendan.

Abdul Aziz menetapkan esok bagi pengurusan kes untuk menetapkan tarikh perbicaraan bagi saman utama.

Antara dokumen yang dipohon yang berada dalam pemilikan dan pengawalan para defendan ialah dokumen yang menyenaraikan wang yang diterima dan dibayar oleh MIED dari 1990 sehingga tarikh Vigneswaran memfailkan saman itu pada 5 Julai tahun lepas.

Dokumen lain ialah:

i) salinan semua dokumen termasuk yuran guaman yang dibayar kepada peguam
bela.
ii) salinan semua dokumen mengenai pembayaran yang dibayar kepada pihak
ketiga berhubung buku mengenai Samy Vellu bertajuk "Samy Vellu: As We Know Him".
iii) laporan audit forensik yang dijalankan bagi tahun (2005-2008)
iv) salinan semua dokumen yang membuktikan pembayaran oleh Tan Sri Abdul
Rashid Abdul Manaf kepada MIED dan sebaliknya
v) pinjaman tanpa faedah kepada Tan Sri Hari Narayanan dan Mumtaz Begum
dengan pembayaran balik pinjaman itu.
vi) salinan dokumen yang membuktikan pembelian semua hadiah daripada MIED
dari 1990
vii) tanah Semeling - bayaran premium kepda kerajaan negeri Kedah
VIII) salinan resolusi syarikat yang diluluskan sejak 1990.

Peguam A Vasanthi dan G Ragumaren yang mewakili MIED dan Vigneswaran berkata hakim membenarkan permohonan itu selepas para pemohon memenuhi semua syarat iaitu semua dokumen yang dipohon itu mesti wujud, mesti berada dalam pemilikan para defendan dan mesti relevan dengan saman.

Vasanthi juga memberitahu pemberita bahawa hakim tidak bersetuju dengan hujahan para defendan bahawa permohonan plaintif itu hanya sekadar "ekspedisi memancing".

Dalam saman yang difailkan pada 5 Julai tahun lepas, MIED mendakwa kesemua defendan telah melakukan kecuaian, kesalahan aturan kewangan, kemungkiran tanggungjawab sebagai pemegang amanah, juruaudit, dan fidusiari, yang telah membawa kerugian besar kapada MIEd.

Ia juga memohon perintah injunksi bagi menghalang dan menyekat Samy Vellu daripada terus berkhidmat sebagai pengerusi lembaga pemegang amanah, mahu Samy Vellu dilucutkan keahlian beliau dari MIED dan perintah supaya Samy Vellu mengembalikan kesemua wang dan atau apa keuntungan dan kepentingan dari dana MIED yang telah diterima olehnya (Samy Vellu) sama ada secara langsung atau melalui ahli keluarga beliau atau kawan rapat beliau.

MIED mahu perintah mahkamah bahawa Samy Vellu membayar balik kesemua kerugian yang telah dialami oleh MIED dalam tempoh masa di mana beliau telah mentadbir sebagai pengerusi lembaga pemegang amanah.

MIED menuntut ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi untuk pemecahan kewajipan fidusiari, ganti rugi untuk pecah amanah dan kecuaian dari semua defendan yang kesemuanya berjumlah RM100 juta.

Vigneswaran, yang merupakan seorang anggota MIED, memohon kebenaran mengikut ketetapan Seksyen 181A, Akta Syarikat 1965 yang memperuntukkan pihak-pihak yang mahu dinamakan bagi pihak syarikat sebagai plaintif dalam saman itu, perlu mendapatkan kebenaran daripada mahkamah untuk berbuat demikian.

--Bernama

http://malaysiakini.com/news/152978

Rayuan lupus mayat Sosilawati - 26 Jan

Jan 10, 11 3:11pm

Selepas tiga kali ditangguh, pendengaran permohonan semakan dan rayuan yang difailkan pekerja ladang K Sarawanan yang dipenjara tujuh tahun bagi kesalahan melupuskan mayat jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, ditangguhkan sekali lagi sehingga 26 Jan ini oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam hari ini.

NONEHakim Datuk Wira Mohtarudin Baki menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Amer Hamzah Arshad, peguam pemerhati bagi tertuduh-tertuduh kes pembunuhan itu, N Pathmanabhan, T Thilaiyalagan, R Matan dan R Khatavarayan, yang meminta lebih masa untuk pihaknya menjawab afidavit jawapan yang difailkan pihak pendakwaan pada Jumaat lepas.

Amer Hamzah sebelum ini memfailkan notis usul untuk mendapatkan kebenaran mencelah dan diberi peluang untuk berhujah dalam perkara berbangkit semasa proses semakan dan rayuan itu berjalan.

Permohonan notis

Permohonan notis usul itu menamakan pendakwa raya, Sarawanan, 19, dan U Suresh, 26, yang turut sama-sama dihukum penjara tujuh tahun atas tuduhan sama sebagai responden.

Pada 15 Okt tahun lepas, Sarawanan dan Suresh dihukum penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting, selepas mengaku bersalah atas tuduhan mengangkat, membakar dan membuang abu mayat Sosilawati, 47, dan tiga individu lain iaitu pegawai bank Noorhisham Mohamad, 38, peguam Ahmad Kamil Abdul Rahim, 32, dan pemandu jutawan itu, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

NONEPathmanabhan, 41, seorang bekas peguam dan pekerja ladang Thilaiyalagan, 19, Matan, 20, dan Khatavarayan, 30, masing-masing didakwa atas tuduhan membunuh keempat-empat mangsa.

Terdahulu, Amer Hamzah berkata setelah meneliti afidavit jawapan yang difailkan pihak pendakwaan terdapat beberapa fakta yang perlu pihaknya perjelaskan.

"Ini sesuatu di luar kawalan kami kerana pihak pendakwaan hanya menyerahkan afidavit balasan pada Jumaat lepas dan kami tidak dapat mendapat arahan (daripada anak guam) untuk ikrarkan afidavit jawapan hari ini.

"Berhubung responden ketiga (Suresh) pihak kami telah buat beberapa cubaan untuk serah notis usul kepada firma guaman yang mewakili responden (Suresh) tetapi gagal dan kami cuba dapatkan bantuan Majlis Peguam berhubung alamat peguam cara tetapi kami juga gagal," katanya.

Masa mencukupi

Bagaimanapun Amer Hamzah berkata pihaknya bersedia sekiranya mahkamah ingin meneruskan prosiding pada hari ini asalkan afidavit jawapan pihak pendakwaan diketepikan.

Sosilawati Lawiya police search afp 3Mohtarudin kemudian berkata mahkamah pada tarikh sebelum ini telah memberikan masa mencukupi kepada semua pihak bagi membuat persediaan.

"Kalau mahkamah tidak berikan penangguhan nanti kata mahkamah tidak adil tetapi kalau mahkamah memberi penangguhan persepsi orang ramai kata mahkamah mudah beri penangguhan. Ini seperti pepatah 'ditelan mati emak, diluah mati bapak.

"Saya harap kamu akan akan failkan (afidavit jawapan) secepat mungkin serta serah pada responden. Responden kalau nak jawab, jawab tetapi saya rasa dah panjang lebar dan lagi lama saya nak tunggu. Ini bukan sahaja libatkan kita tetapi libatkan banyak kesusahan pada orang lain tetapi demi keadilan saya benarkan (penangguhan)," katanya.

NONEKetika Mohtarudin meminta prosiding rayuan diteruskan, peguam AS Dhaliwal yang mewakili Sarawanan juga memohon masa untuk menjawab afidavit jawapan yang diserahkan pihak pendakwaan pada hari yang sama (Jumaat).

"Saya tetapkan 26 Jan ini untuk mendengar semakan dan rayuan dan harap semua pihak akan bertolak ansur. Saya lebih khuatir kerana permohonan ini tidak pernah dilakukan sebelum ini. Bagi kes sivil perkara ini biasa tetapi bagi kes jenayah ia satu perkara yang baru dan mahkamah perlu putuskan beberapa isu perundangan," kata Mohtarudin.

--Bernama

http://malaysiakini.com/news/152976

Ribuan rakyat hadiri solat hajat di Shah Alam

Ribuan rakyat hadiri solat hajat di Shah Alam
Hazlan Zakaria
Jan 10, 11
10:25am

Tidak kurang 12 ribu rakyat berhimpun dalam majlis solat hajat dan ceramah perdana anjuran Pakatan Rakyat yang diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam sebagai tanda sokongan penuh terhadap kekuatan menegakkan kebenaran dalam negara ini.

NONEMereka juga berdoa agar negara ini diselamatkan daripada dimusnah oleh BN. Selain itu orang ramai juga berdoa agar Pakatan Rakyat diberi kemenangan dalam menangani beberapa 'serangan' seperti yang berlaku di Selangor dan juga bidasan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipalitkan dengan dakwaan meliwat.

"Kita bersama MB Selangor, Khalid Ibrahim akan mempertahankan Selangor daripada BN," kata naib pengerusi PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam ucapan pembukaannya.

NONEMajlis berkenaan bermula sekitar jam 7 petang yang menyaksikan orang ramai menunaikan solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan ceramah oleh timbalan mursyidul am pas, Datuk Harun Din.

Berkerusi roda

Selesai solat Isyak, mereka mengadakan sembahyang hajat.Antara yang hadir termasuk, mursyidul am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang datang dengan berkerusi roda. Kehadiran menteri besar Kelantan itu disambut dengan laungan 'takbir' yang bergema di stadium berkenaan.

NONESelain Nik Aziz, turut bersama adalah Anwar, presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan presiden PKR, Azmin Ali.

Solat Isyak dan solat hajat perdana diimamkan oleh Hadi juga dengan harapan agar Allah SWT menyelamatkan Malaysia dan Selangor termasuk isu ketidak-adilan yang berlaku di dalam perbicaraan Anwar.

NONEHadi dalam pidatonya juga menasihatkan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor agar bersabar menghadapi segala bentuk serangan pihak lawan yang mahu merampas negeri itu.

Katanya, apa yang menimpa Selangor hari ini bukan perkara baru, malah PAS sudah menghadapinya sejak tahun 1959 lagi.

Mesti bersabar

"Kita mesti bersabar dan kami dalam PAS telah lama alami keadaan ini.

NONE"Kita berpengalaman sejak tahun 1959 apabila kerajaan PAS Terengganu diguling sebelum kita ambil balik pada tahun 1999," katanya .

Menurut Hadi yang juga bekas menteri besar Terengganu, pengalaman sama turut menimpa kerajaan PAS Kelantan, apabila diguling pada tahun 1978 dengan menggunakan Akta Darurat pada waktu itu.

Namun PAS Kelantan kemudiannya bangkit semula dan berjaya merampas negeri itu pada tahun 1990.

Terbaru pula jelasnya, rakyat dipertonton dengan tragedi rampasan kuasa kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak pada tahun 2009.

NONEBeliau yang juga ahli pParlimen Marang, mahu rakyat tahu bahawa tindakan merampas negeri secara zalim, adalah strategi orang yang lemah.

"Cara begini bukan kekuatan, menipu ini satu kelemahan, tindakan tidak bijak dan tidak pandai.

Tunjuk perangai

"Dan sekarang mereka tunjuk lagi perangai itu," katanya.

Namun apa yang penting menurut Hadi, Pakatan Rakyat perlu melangsungkan perjuangan dengan konsisten dan bersabar.

NONEPerjuangan tersebut katnya, perlu dibuat pada landasan yang betul dan jangan terpesong atau mengikut golongan yang tidak mengerti.

"Ini bukan janji PAS, bukan PKR, tapi ini janji Allah dalam al-Quran.

"Teguhkan ikatan ini, perbetulkan cara bertindak kita. Insya Allah, Tuhan akan memberikan kemenangan kepada kita dalam pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.

Laungan takbir Allahu Akbar berkumandang bagi menyemangati semula suasana himpunan perjuangan Islam yang sememangnya merupakan sumber kekuatan gerakan umat Islam dalam negara selama ini.

NONEAnwar dalam pidatonya pula berharap pimpinan kerajaan negeri Selangor tidak hilang fokus dan terus menambah serta memperbaiki khidmat biarpun teruk diasak, khususnya dalam kes pelantikan setiausaha kerajaan negeri (SUK).

Lawan Umno

"Ingatan dan nasihat saya kepada menteri besar, ahli exco dan kerajaan negeri Selangor, kita jawab tetapi fokus. Kita pertahankan Selangor dan tambah khidmat kebajikan, pastikan tata kelola yang baik di Selangor. Ini yang akan memenangkan kita.

NONE“Kerana kalau tunduk kepada muslihat mereka. Ini menyebabkan kita asyik bertahan. Mengapa kita perlu asyik bertahan, kuasa di tangan kita di Selangor, rakyat Selangor bersama kita. Kita lawan Umno di Selangor. Lawan Tetap Lawan!" laung Anwar di ribuan hadirin.

Katanya, Pakatan Rakyat perlu sentiasa bersedia lantaran negeri Selangor merupakan idaman Umno yang sehingga kini masih gagal menawan kembali negeri terkaya di Malaysia ini.

"Dalam ucapan kita sebelum peralihan kuasa dari Tun Abdullah Badawi kepada Datuk Seri Najib, kita ingatkan kita akan hadapi tindakan lebih rakus dari dulu. Ternyata apa yang berlaku membuktikan andaian tersebut.

Tak boleh tahan

NONE“Selangor dianggap mutiara bagi Umno. Mereka berkuasa di pusat tapi masih lemas kerana tiap hari dia terpaksa lalu Selangor. Nak pergi ke pelabuhan, nak pergi lapangan terbang, jadi dia tak boleh tahan," kata Anwar.

Justeru, Anwar mahu Pakatan Rakyat berpegang jelas dengan prinsip Pakatan Rakyat yang mendaulatkan institusi diraja, serta menjunjung Perlembagaan Negara dan tidak goyah walaupun diserang dan difitnah bertubi-tubi oleh Umno dari semua hala.

NONE"Soal derhaka. Semua orang tahu. Baca semua ucapan Presiden Umno tatkala meminda perlembagaan. Kasar, tiada pertimbangan. Orang ini nak ajar kita tentang taat? Tak payah defensif. Tak payah apologetik. Mengadap ke bawah Duli Tuanku. Beritahu pendirian kita.

Pendirian DAP, PKR dan PAS. Pertahankan Perlembagaan. Pertahankan Bahasa Melayu. Islam agama Persekutuan dan Kedaulatan Raja-Raja. Itu pendirian kita, tak payah jelaskan kepada Umno ini pendirian kita," kata Anwar lagi.

http://malaysiakini.com/news/152932

Najib: Pelan Pakatan - menang sorak, kg tergadai

Jan 10, 11 10:58am

NONE





Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas pelan 100 hari yang dibentangkan oleh Pakatan Rakyat bulan lalu, yang disifatkannya sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

prime minister najib razak at bn meeting press conference 2Perdana Menteri berkata selepas dikaji pelan itu, ia sebenarnya tidak berpaksi kepada kenyataan kerana tidak ada pembentangan dari segi punca kewangannya.

"Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti.

"Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya.

Hapuskan tol

Bulan lalu, Pakatan Rakyat mengemukakan tawaran dalam Program 100 hari yang mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum (PRU) ke-13.

plus highway sg besi 180205 aerial view 02 close upAntaranya mengarahkan Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol, merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat, menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

FeldaSambil mengingatkan rakyat mengenai bidalan Melayu lama "jangan kerana menang sorak, kampung tergadai", Najib percaya sebagai penjawat awam yang amat berpengetahuan, mereka boleh membuat penilaian sendiri.

"Saya selalu berpegang kepada ungkapan, jika ia begitu baik, sudah pasti ia tidak benar.

"Jadi, jika kita percaya sesuatu yang begitu baik sekali, tetapi tidak berpegang atau berpijak pada bumi yang nyata, bahawa kita menipu diri kita sendiri dan jika kita percaya ia adalah kesilapan kita sendiri," katanya.

NONEBeliau juga berkata ia ibarat individu yang mengidamkan kereta dan rumah yang lebih besar dan segala kemudahan lain yang tentunya perlu berdasarkan kemampuan sendiri.

Katanya beliau hairan dan berasa aneh kerana segala langkah yang dibentangkan dalam pelan tersebut yang bersifat populis itu tidak disebut langsung dari segi punca kewangannya.

"Jadi, kalau begitu, bagaimana segala yang dijanjikan kepada rakyat boleh dilaksanakan dan ditunaikan," katanya.


Kerajaan BN bertanggungjawab

Sehubungan itu, Najib berkata beliau mahu penjawat awam mempertingkatkan momentum pada tahun ini untuk melaksanakan segala agenda dan dasar utama negara.

Katanya ini kerana apa yang telah dibentangkan dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan, merupakan kerajaan yang bertanggungjawab, iaitu tidak membuat janji yang tidak boleh ditunaikan, yang bertentangan dengan pelan 100 hari Pakatan Rakyat.

azlanKatanya beliau juga mahu tahun ini dapat mengulangi kejayaan tahun lalu, iaitu berjaya membawa negara melepasi kesan buruk krisis global yang telah melanda dunia dan berjaya membentangkan agenda utama kerajaan melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Ekonomi (ETP), 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), Model Baru Ekonomi dengan lapan strategik, pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) dan bajet 2011.

NONEKatanya penjawat awam dan institusi perkhidmatan awam adalah kumpulan yang sangat penting untuk menentukan segala yang telah dirancang dan dibentangkan sebagai agenda dan dasar utama negara agar dapat dilaksanakan dan kesannya dapat disampaikan kepada kumpulan sasar dan rakyat keseluruhannya.

"Sebagai penjawat awam, saya berharap segala yang perlu dilaksanakan, setelah semua tatacara peraturan kewangan dipatuhi, dilaksanakan secepat mungkin, jika kita hendak negara terus maju dan mencapai kejayaan, agar segalanya dapat dirasai dampaknya dan hasilnya kepada rakyat," katanya.

http://malaysiakini.com/news/152934

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...