Monday, January 10, 2011

Cuba bunuh isteri, pesawah dipenjara 6 tahun

10/01/2011 2:19pm

KUALA LUMPUR - Seorang pesawah hari ini dijatuhi hukuman penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang selepas didapati bersalah atas tuduhan cuba membunuh isterinya dengan menggunakan sebilah pisau pemotong daging, tahun lepas.

Hakim Noradidah Azman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap Mohd Fitri Mat Isa, 36, di akhir kes pembelaan.

Noradidah, dalam keputusannya berkata, kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah serius dan tidak boleh dipandang remeh.

"Sejak akhir-akhir ini, banyak dilaporkan di dada akhbar kejadian suami mencederakan isteri. Justeru, hukuman yang bakal diterima diharap bukan sahaja dapat memberi pengajaran kepada tertuduh, bahkan kepada masyarakat di luar sana,” katanya.

Noradidah turut memerintahkan hukuman itu bermula hari ini. Bagaimanapun beliau membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sehingga selesai proses rayuan di Mahkamah Tinggi, dengan mengenakan syarat tambahan iaitu wang jaminan dinaikkan daripada RM6,000 kepada RM10,000. - Bernama

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0110&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_05.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...