Jan 10, 11
12:53pm
Projek itu adalah bagi menyusun semula sistem tiket di semua 56 stesen KTMB sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan.
Sebuah firma tempatan dilaporkan memenangi kontrak itu dengan bidaan RM85 juta, meskipun terdapat tawaran pada harga yang lebih murah oleh syarikat-syarikat yang mempunyai pengalaman luas dalam sistem perkhidmatan KTMB.
Malaysiakini dimaklumkan bahawa proses penilaian teknikal dmanipulasi bagi membolehkan firma berkenaan terpilih.
Markah penuh
“Meskipun tidak layak untuk seksyen, tertentu, mereka masih mendapat markah penuh,” dakwa sumber yang biasa dengan projek itu.
Pasukan penyiasat SPRM menyerbu pejabat KTMB di Kuala Lumpur dan menggeledah jabatan tendernya pada 14 Disember tahun lalu. Ia merampas beberapa dokumen utama.
Jumaat lalu, SPRM sekali lagi menyerbu pejabat KTMB untuk mendapatkan lebih banyak bukti. Menurut sumber, siasatan masih pada peringkat awal.
Notis bagi tender itu diterbit dan diumumkan pada 3 Ogos tahun lalu dan ia ditutup pada 29 September.
Dipercayai pasukan teknikal KTMB juga tidak menjalankan pemeriksaan di tapak atau memohon demonstrasi oleh pihaak pembida seperti yang ditetapkan.
Tender yang dikemukakan oleh lima syarikat yang lain yang disenarai-pendek pula tidak dinilai.
Dua syarikat dengan projek sekarang membabitkan sistem tiket juga ditolak meskipun mereka masing-masing menawarkan bidaan pada harga RM69.8 juta dan RM72.6 juta.
[Baca berita penuh]
http://malaysiakini.com/news/152950
No comments:
Post a Comment