
Jimadie Shah Othman
Jul 12, 11
2:53pm
Jul 12, 11
2:53pm
Walaupun perhimpunan BERSIH 2.0 sudah berahir tiga hari lalu, pihak polis terus terus menahan pemimpin parti politik yang memakai baju kuning memaparkan logo gabungan NGO itu.
Dalam kejadian di Johor Bahru hari ini, dua pemimpin PAS kawasan di Johor ditahan polis ketika belum pun tamat sidang media mereka di depan balai polis Sentral JB.
Menurut timbalan pesuruhjaya PAS negeri Mazlan Aliman (kanan), dua pemimpin yang ditahan adalah Naib Yang Dipertua PAS Pulai Zaaba Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Johor Bahru Rosli Kemin.
Katanya, kejadian itu berlaku di sebuah restoran berdekatan balai polis itu ketika PAS negeri mengadakan sidang media selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH.
"Empat anggota polis datang menarik mereka. Tidaklah kasar, tetapi mereka sepatutnya menggunakan budi bicara.
"Lagi pun perhimpunan BERSIH sudah berakhir. Minta sajalah suruh buka baju itu, bukan tangkap," katanya.
Baju BERSIH masih dilarang
Ketika tangkapan dibuat, beliau dan pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed sedang bercakap kepada pemberita; manakala Zaaba dan Rosli hanya berdiri di belakang mereka.
Tangkapan kedua-dua pemimpin akar umbi parti Islam itu dipercayai yang kedua dan ketiga selepas Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu yang ditahan di Kota Kinabalu kelmarin.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mazlan memberitahu, pegawai polis berpakaian biasa itu memaklumkan, Zaaba dan Rosli ditahan memakai baju BERSIH masih dilarang.
"Mereka kata, tidak ada penarikan balik (terhadap) larangan itu dibuat dan memakai baju BERSIh masi salah," kata Mazlan.
Beliau juga mengambil kesempatan menyelar tangkapan ketika sidang media masih berlangsung yang didakwanya "biadap" dan tidak menghormati majlis.
"Perkara ini tidak beretika," katanya lagi.
Kira-kira 10 penyokong PAS dan peguam mereka masih menunggu di balai polis berkenaan sehingga kedua-dua yang ditahan dibebaskan, tambah Mazlan.
Dalam kejadian di Johor Bahru hari ini, dua pemimpin PAS kawasan di Johor ditahan polis ketika belum pun tamat sidang media mereka di depan balai polis Sentral JB.
Menurut timbalan pesuruhjaya PAS negeri Mazlan Aliman (kanan), dua pemimpin yang ditahan adalah Naib Yang Dipertua PAS Pulai Zaaba Ibrahim dan Yang Dipertua PAS Johor Bahru Rosli Kemin.Katanya, kejadian itu berlaku di sebuah restoran berdekatan balai polis itu ketika PAS negeri mengadakan sidang media selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan keganasan polis dalam perhimpunan BERSIH.
"Empat anggota polis datang menarik mereka. Tidaklah kasar, tetapi mereka sepatutnya menggunakan budi bicara.
"Lagi pun perhimpunan BERSIH sudah berakhir. Minta sajalah suruh buka baju itu, bukan tangkap," katanya.
Baju BERSIH masih dilarang
Ketika tangkapan dibuat, beliau dan pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed sedang bercakap kepada pemberita; manakala Zaaba dan Rosli hanya berdiri di belakang mereka.
Tangkapan kedua-dua pemimpin akar umbi parti Islam itu dipercayai yang kedua dan ketiga selepas Ketua Pemuda PAS Sabah Lahirul Latigu yang ditahan di Kota Kinabalu kelmarin.
Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mazlan memberitahu, pegawai polis berpakaian biasa itu memaklumkan, Zaaba dan Rosli ditahan memakai baju BERSIH masih dilarang."Mereka kata, tidak ada penarikan balik (terhadap) larangan itu dibuat dan memakai baju BERSIh masi salah," kata Mazlan.
Beliau juga mengambil kesempatan menyelar tangkapan ketika sidang media masih berlangsung yang didakwanya "biadap" dan tidak menghormati majlis.
"Perkara ini tidak beretika," katanya lagi.
Kira-kira 10 penyokong PAS dan peguam mereka masih menunggu di balai polis berkenaan sehingga kedua-dua yang ditahan dibebaskan, tambah Mazlan.
Setakat ini belum ada sebarang kenyataan polis berhubung penahan itu. Bagaimanapun, mereka dipercayai disiasat bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 kerana memaparkan logo pertubuhan haram.
http://malaysiakini.com/news/169702

Mereka tiba di IJN sekitar jam 1 petang tadi dan diberitahu oleh seorang doktor bahawa Jeyakumar (kanan) adalah di bawah tahanan polis dan tidak ada sesiapa pun yang dibenarkan melawatnya tanpa izin polis.
"Hakim berkata Cedaw adalah undang-undang yang berkuatkuasa dan Malaysia terikat dengannya,” kata peguam Honey Tan.
Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (kiri) berkata, parti itu akan mendesak pihak BERSIH 2.0 sekali lagi menganjurkan perhimpunan itu.
Bagi meneruskan agenda menuntut reformasi sistem pilihan raya, Mohamad juga berkata pihaknya akan mencadangkan supaya setiap Sabtu dijadikan hari memakai baju BERSIH dan baju kuning.
Kata Abdullah beliau telah mendapat bantuan seorang rakan untuk mengadakan perjumpaan itu dengan Ambiga.
Ketika diminta mengulas dakwaan keganasan polis semasa perhimpunan Sabtu lalu, Abdullah mempertahankan polis dan berkata keadaan sukar untuk polis semasa perhimpunan itu.
Tambahnya, beliau yakin kerajaan akan melaksanakan sebahagian daripada tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) jika tuntutan mereka menjadi kepentingan orang ramai.
Pendaftaran pengundi secara automatik ketika berusia 21

Malaysiakini bagaimanapun difahamkan beliau masih dalam tahanan reman di balai polis Bukit Jalil, menjadikannya penyokong terakhir BERSIH 2.0 yang belum dibebaskan selain enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Sebaik mendengar arahan supaya tembakan dilepaskan, Fayyadh berkata beliau terus menolak Anwar ke tepi.
“Saya yakin suara itu datangnya dari seorang pegawai yang menggunakan sebuah pembesar suara tetapi dengan keadaan bising serta semua orang menjerit, sukar bagi saya mendengar apa-apa dengan jelas,” kata Fayyadh kepada Malaysiakini.
Tulang pipi pengawal berusia 25 tahun itu patah, tetapi semasa kejadian, hanya keselamatan Anwar yang difikirkannya ketika mereka cuba melarikkan diri.
"Najib mahu semua orang fikir saya sengaja buat pembedahan (tulang belakang) di Munich supaya saya boleh kembali dan tunjuk kepada semua orang,” katanya sambil membidas perdana menteri itu.
Bagi rakyat biasa, sesuatu pihak dikira melakukan keganasan apabila menyerang dengan segala kudrat dan senjata yang ada pada mereka (gas pemedih mata, air berkimia, menumbuk dan memijak) terhadap sasaran yang tidak bersenjata (kecuali botol air mineral) tetapi hanya berhimpun secara aman.
Dan jika bukti video itu tidak mencukupi, gambar-gambar Mohamad Sabu di atas kerusi roda dan foto enam jahitan di kepala ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad boleh juga diperolehi dengan mudah oleh Najib, Hisham dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar untuk melakukan penilaian.
Maka, oleh kerana itulah Najib meremehkan kecederaan yang dialami oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, walaupun mengakui ketua pembangkang itu ditembak dengan gas pemedih mata.
“Keganasan” itu jelas tercetus apabila polis mula menyembur air berkimia dan gas pemedih mata serta melakukan tangkapan rawak ke atas sesiapa disyaki mendokong BERSIH 2.0.
Mereka mengharungi segala kesakitan akibat terhidu gas beracun atau terkena pancutan air berkimia atau kedua-duanya sekali. Rasa pedih dan loya dan sesak nafas hanyalah sebahagian daripada pengalaman yang terpaksa diharungi mereka.
Hanya beliau dan Najib boleh menerangkan keperluan untuk sebuah rangkaian kerjasama Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said tiba-tiba boleh menjadi musuh kerajaan hanya kerana menuntut pilihan raya adil dan telus.
Namun rancangan itu tersasar kerana BERSIH 2.0 tidak beralah daripada matlamatnya mengadakan perhimpunan aman walaupun penyokongnya mula ditangkap di seluruh negara dan pemimpinnya diaibkan di media arus perdana.
Campurtangan Seri Paduka itu membuka ruang untuk Najib dan Hishamuddin menyelesaikan kemelut BERSIH 2.0 secara baik, khususnya apabila penganjur bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan supaya perhimpunan diadakan di sebuah stadium.
Permohonan BERSIH 2.0 menganjurkan perhimpunan aman di Stadium Merdeka ditolak dan sebaliknya penganjur “diarah” mengadakan perhimpunan di stadium-stadium yang terletak di negeri–negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat.
Stadium Merdeka telah berkali-kali digunakan untuk konsert rock dan hiburan termasuk pertunjukan Justin Bieber pada 21 April lalu.
Penganjur BERSIH menyedari perangkap yang diletakkan oleh Najib dan Hishamuddin dan terus berpegang kepada hak mereka mengadakan perhimpunan aman di Stadium Merdeka, walaupun di luar perkarangannya.
Justeru diadakan sekatan-sekatan jalanraya, penutupan kawasan tertentu, pembekuan permit bas ke Kuala Lumpur dan pemeriksaan di hotel-hotel menjelang 9 Julai.
Hak mereka untuk berjalan secara aman dicabuli dengan sewenang-wenang di atas nama memelihara keamanan dan kesejahteraan negara.
Rasanya tidak!
Penolong Penguasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Henrita Serai Anak Endrew Lenggie berkata beliau melihat darah itu sedang mengalir dari kepala Allahyarham ketika beliau menjenguk di tingkap yang terbuka luas yang berada di bilik pantri, aras tiga bangunan berkenaan.