Wednesday, July 13, 2011

Aktivis S'wak masih di balai polis Bukit Jalil

Aktivis S'wak masih di balai polis Bukit Jalil
Jul 12, 11 12:45pm


Meskipun semua 1,697 penyokong BERSIH 2.0 yang ditahan pada perhimpunan Sabtu lalu telah dibebaskan, aktivis Sarawak Hii Tiong Huat, yang ditangkap sehari sebelum itu dikatakan masih 'hilang'.

Menurut maklumat yang dikeluarkan oleh Forum Asia mengenai Hak Asasi dan Pembangunan, Hii dikatakan hilang sejak dia ditangkap.

NONEMalaysiakini bagaimanapun difahamkan beliau masih dalam tahanan reman di balai polis Bukit Jalil, menjadikannya penyokong terakhir BERSIH 2.0 yang belum dibebaskan selain enam aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Menurut penyelaras Rangkaian Pemantau Pilihan Raya Malaysia (MEO-Net) Ong Boon Keong yang melawatnya di balai polis hari ini, Hii sehingga semalam enggan memberikan kenyataan kepada polis.

“Beliau mahu mendapatkan nasihat undang-undang sebelum memberi kenyataan. Namun tiada akses perundangan yang diberikan kepada semua tahanan BERSIH,” kata Ong kepada Malaysiakini.

“Semangatnya tinggi dan berkata beliau memang bersedia untuk ditahan.”

Aktivis yang bertanding pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini ditangkap polis selepas dia membantah tindakan keras polis terhadap BERSIH 2.0, Jumaat lalu.

Hii berpakaian baju-T kuning yang dicetak namanya, muncul di Petaling Street seorang diri sambil membawa papan tanda buatan sendiri dan bendera Malaysia.

Papan tanda kuning itu memaparkan lukisan gari di sebelah perkataan "Bersih", diikuti dengan tulisan "Kotor OK?"

Sambil mengangkat papan tanda dan bendera tersebut, dan berulangkali melaungkan "BERSIH tangkap, Kotor OK," Hii menarik perhatian orang ramai di situ termasuk pelancong asing.

[Baca berita penuh]


http://malaysiakini.com/news/169677

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...