Saturday, August 9, 2008

Hak isteri

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang mempertimbangkan cadangan supaya isteri memiliki rumah kos rendah sebagai jaminan.Menterinya, Datuk Dr Ng Yen Yen, berkata peraturan itu yang sudah dilaksanakan di negara Komanwel lain seperti India dan Pakistan, juga boleh dilaksanakan di Malaysia.“Idea ini amat menarik iaitu nama isteri diletakkan pada rumah kos rendah atas sebab sosial. Kadangkala isteri ditinggalkan untuk membesarkan anak-anak seorang diri,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Bengkel Anggota Parlimen Wanita Komanwel (CWP) di sini, semalam.Dr Ng berkata, langkah itu juga dapat menghalang suami yang kaki judi daripada menggadaikan rumah itu.

Beliau berkata, kementerian akan membincangkan perkara itu dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi kemungkinan sistem itu dilaksanakan di negara ini.
Katanya, dasar itu dilaksanakan di India sejak 2005 dan kemudian oleh Pakistan, yang mewajibkan wanita miskin di negara itu memiliki rumah.Menteri Perumahan dan Pembasmian Kemiskinan Bandar India, Kumari Selja, berkata kira-kira 1.5 juta unit rumah kos rendah diperuntukkan untuk wanita miskin sehingga 2012.Anggota Parlimen Pakistan, Kashmala Tariq, berkata dasar itu bukan sahaja melindungi hak wanita tetapi juga mengiktiraf peranan mereka dalam masyarakat.Tariq, yang juga Pengerusi CWP, berkata Pakistan memperuntukkan kira-kira 5 juta unit rumah untuk wanita miskin.Bengkel itu diadakan sempena Persidangan Ke-54 Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, di sini. - Bernama

http://www.hmetro.com.my/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...