Thursday, September 18, 2008

Harga Minyak Mesti Turun Sebelum Aidil Fitri !

Ditulis oleh Editor
Thursday, 18 September 2008



Harga minyak mentah global kini telah jatuh menjunam pada paras USD$91 setong dari paras tertinggi USD$145 beberapa bulan yang telah lalu.

Kenaikan minyak mentah global secara mendadak menyebabkan kerajaan Malaysia menaikkan harga bahan bakar di Malaysia dari RM1.92 kepada RM2.70 pada Jun lalu.

Persoalannya sekarang ialah bila agaknya Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan menurunkan harga bahan bakar di Malaysia?

Pada 4 September lalu Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga runcit minyak petrol dan diesel mungkin diturunkan lagi sebanyak 15 sen daripada harga semasa, jika harga minyak mentah dunia stabil di bawah paras AS$109 setong sehingga akhir tahun ini.

Namun sekarang harga sudah turun jauh lebih rendah dari AS$109 !

Menteri Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad berkata, kerajaan tetap komited dengan cadangan penurunan itu walaupun penyusutan nilai ringgit memberi kesan kepada ekonomi negara.

"Kita sedar harga minyak dunia kini berada di bawah paras AS$100 setong tetapi Ringgit juga mengalami nasib yang sama.

"Tetapi perkara ini sedang diteliti, saya percaya harga baru dapat diumumkan sebelum hari raya ini," katanya di sini semalam.

Menurutnya, jika mata wang negara mencatatkan pengukuhan semula, beliau percaya tiada masalah untuk kerajaan melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Semalam, minyak dunia didagangkan pada harga AS$92 (RM310.04) setong tetapi pada masa yang sama Ringgit pula diniagakan pada RM3.50 berbanding AS$ 1, susut 30 sen berbanding awal bulan lalu.

http://buletinonline.net/

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...