Thursday, September 18, 2008

Isu azan: Bilal dipanggil beri keterangan

Sep 18, 08 7:16pm

Seorang pegawai Masjid Al-Ehsan, Bandar Kinrara, Puchong, hari ini dipanggil bagi memberi keterangan kepada polis berkaitan petisyen berhubung isu azan.

Bahrudin Maskor, 47, yang merupakan bilal masjid tersebut, dilihat memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 1.30 petang tadi dan selesai memberi keterangan dua jam kemudian.

Bahrudin yang ditemui berkata beliau dipanggil bagi memberi keterangan berkenaan kandungan petisyen yang dihantar lebih 100 penduduk di kawasan itu
beberapa bulan lalu, demikian menurut Bernama.

"Dalam petisyen tu, penduduk minta supaya azan subuh diperlahankan dan kuliah subuh pada hari Sabtu dan Ahad tidak menggunakan pembesar suara. Kami akur dengan permintaan mereka," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas mengenai individu yang mengetuai petisyen tersebut.

"Petisyen itu hanya diterima oleh nazir masjid Bandar Kinrara iaitu Abdul Rahman Nasir. Saya tak tahu apa-apa," katanya.

http://www1.malaysiakini.com/news/90008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...