Thursday, October 23, 2008

Nyaris dirogol ketika tidur di rumah sepupu

KUALA LUMPUR: Pepatah ‘harapkan pagar, pagar makan padi’ sesuai bagi menggambarkan tindakan seorang lelaki durjana yang cuba merogol sepupunya ketika remaja perempuan terbabit menumpang tidur di rumahnya di sebuah pangsapuri di Melaka, baru-baru ini.

Difahamkan, lelaki berusia 20-an itu mengajak sepupunya yang berusia 19 tahun dengan menggunakan alasan menemaninya menghantar adik perempuannya pulang ke asrama.

Sumber itu berkata, mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat swasta di ibu kota itu tidak menghampakan permintaan sepupunya sebelum mengikuti sepupunya.

“Selepas menghantar adik perempuannya, suspek meminta mangsa tidur di bilik adiknya dan berjanji menghantarnya pulang ke ibu kota keesokannya,” katanya

Menurutnya, dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, remaja perempuan berkenaan mendakwa menerima SMS daripada sepupunya memberitahu dia mahu tidur bersamanya.

“Namun, mangsa tidak mengendahkan SMS itu sebelum terkejut apabila lelaki terbabit masuk ke biliknya.

“Suspek menghempap badan mangsa, tapi disebabkan badan suspek besar, perempuan terbabit tidak berdaya melawan,” katanya.

Katanya, perempuan itu terkejut apabila suspek menanggalkan bajunya sebelum buah dada dan kemaluannya diraba.

“Mangsa mendakwa, dia cuba melawan sekali lagi tapi tidak berdaya dan sepupu durjana terbabit seolah-olah 'dirasuk' dengan mencabul buah dada dan kemaluannya,” katanya.

Sumber itu memberitahu Harian Metro, mangsa yang tidak putus asa bergelut cuba melepaskan diri sebelum akhirnya sepupunya berasa malu dan tidak meneruskan perbuatan terkutuk itu.

“Lelaki berkenaan secara tiba-tiba lalu keluar dari bilik mangsa.

“Mangsa dihantar pulang pagi esoknya ke rumahnya di Kajang di sini,” katanya yang mendakwa remaja terbabit membuat laporan polis pada Isnin lalu.

http://www.hmetro.com.my/23102008

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...