Rabu Januari 14, 2009
Oleh WAHIDA ASRANI
"ORANG lelaki kadang-kala jiwanya tidak puas dengan satu. Mungkin Norman adalah jenis lelaki yang 'tewas' dengan perempuan," luah perunding motivasi, Dr. Tengku Asmadi Tengku Mohamad mengenai kontroversi yang melanda aktor popular, Norman Hakim dan bintang muda, Suhaiza Suhaimi atau Memey.
Tengku Asmadi yang ditemui ketika hadir sebagai tetamu undangan program Wanita Hari Ini (WHI) di Sri Pentas, semalam bersama Memey sendiri bagi membincangkan isu 'hangat' dua pelakon itu berkata, keretakan rumahtangga Norman dan bekas isterinya, Abby Abadi serta insiden ditangkap khalwat dengan Memey sebenarnya berpunca daripada 'kesilapan' langkah Norman sendiri.
"Ada pelbagai jenis suami; ada yang mithali yang mana dia akan sentiasa menjaga isteri dan anak-anaknya dengan baik, tetapi ada juga suami yang jiwanya sentiasa 'bergelora' walaupun sudah berkahwin.
"Mungkin di awal-awal perkahwinan, dia tidak tunjuk sangat. Tetapi setelah bertahun-tahun, dia mula berubah. Dalam kes ini, mungkin keprihatinan dan masa yang banyak diluangkan bersama Memey akhirnya telah membuahkan perasaan cinta.
Dr. Tengku Asmadi menyifatkan apa yang berlaku sebenarnya berpunca daripada 'kesilapan' langkah Norman sendiri
"Apabila perhatian dan harapan diberikan kepada perempuan, pastinya si perempuan itu akan rasa dihargai dan dia akan beri reaksi yang sama. Tetapi perlu diingat, bila berlakunya perkara ini, adakalanya barulah si suami akan nampak sikap sebenar isteri yang sebelum ini tidak pernah dilihatnya.
"Sebagai contoh, bila berlakunya kontroversi seperti ini, barulah si suami sedar bahawa isterinya boleh mengamuk dan menyerangnya. Ini membuatkan suami itu akan tersepit dan tidak tahu untuk menyelesaikannya.
"Mungkin bagi Norman sendiri, dia tidak jangka api kemarahan Abby boleh jadi sebesar itu," katanya.
Menurut Tengku Asmadi lagi mengenai kes yang melanda Norman, Abby dan Memey ini, Norman sepatutnya mengambil langkah dengan cuba sedaya-upaya memujuk Abby jika benar-benar masih menyayangi isterinya itu dan ingin berpoligami.
"Dia kena betul-betul yakinkan isterinya. Dia yang mulakan, jadi dia perlu fikir cara untuk selesaikan. Dia sama sekali tidak boleh memburuk-burukkan isteri di hadapan perempuan lain semata-mata untuk tagih perhatian perempuan itu.
"Abby mungkin amat tertekan dan merasakan masyarakat menganggap dia adalah isteri yang bermasalah dan tidak pandai jaga suami. Disebabkan itu dia akhirnya menuntut cerai," jelasnya yang mengikuti kes ini sejak dari awal tercetusnya kontroversi tersebut.
Katanya lagi, Norman sepatutnya perlu sensitif dengan perasaan isterinya tatkala insiden tangkap khalwat bersama Memey telah membuatkan rumahtangganya bergolak.
"Norman pernah bercakap di dalam akhbar bahawa dia juga perlu menjaga hati pihak Memey yang mana perkara itu sebenarnya telah membangkitkan kemarahan Abby. Perkara ini sebenarnya cukup sensitif bagi mana-mana isteri sebenarnya.
"Bila masalah menjadi semakin besar seperti ini, ia sukar untuk diselesaikan. Dan Memey juga akan turut menjadi mangsa keadaan dan sememangnya dia juga tersepit dalam hal ini," kata Tengku Asmadi.
Namun begitu, kata perunding motivasi ini lagi, dia yakin beberapa tahun dari sekarang, Norman mahupun Abby akan melihat masalah yang melanda mereka ketika ini dari sudut atau perspektif yang lain pula.
"Cara Norman menilai kehidupan barunya nanti akan berbeza. Andai kata Norman tidak berkahwin lain dalam masa beberapa tahun ini, tidak mustahil jika dia akan merujuk semula setelah meneliti semula masalah mereka dari sudut lain, sebagai contoh faktor anak-anak.
"Begitu juga dengan Abby. Banyak kes cerai yang berlaku di mana pasangan itu kemudiannya akan merujuk semula setelah beberapa tahun. Itu kemungkinan yang boleh terjadi," kata Tengku Asmadi.
http://www1.mstar.com.my/cerita.asp?file=/2009/1/14/mstar_hiburan/20090113213812&sec=mstar_hiburan

No comments:
Post a Comment