Sunday, February 8, 2009

Budak cipta aplikasi melukis iPhone


LIM DING WEN, 9, mula menggunakan komputer pada usia dua tahun di Singapura.


SINGAPURA - Ketika kanak-kanak lain seusianya baru mula belajar melukis di atas kertas menggunakan pensel warna, Lim Ding Wen, 9, pula berkarya dengan gajet digital iPhone.

Malah Ding mampu berbangga kerana menghasilkan aplikasi program melukis yang dikenali Doodle Kids yang setakat ini telah dimuat turun sebanyak 4,000 kali daripada Stor Apple's iTunes sejak dua minggu lalu.

Dengan menggerakkan jari pada skrin utama iPhone, pengguna dapat melukis dan memadamkan lukisan mereka dengan menggosok skrin tersebut.

"Saya menghasilkan aplikasi program ini kerana kakak saya gemar melukis," ujarnya yang mempunyai kakak yang berumur tiga hingga lima tahun.

Beliau yang mahir dengan enam bahasa telah mula menggunakan komputer sejak berusia dua tahun. Setakat ini beliau telah menguasai 20 projek berhubung pembinaan aplikasi komputer.

Bapanya, Lim Thye Chean yang merupakan ketua pegawai teknologi sebuah firma teknologi tempatan di sini turut menulis program untuk iPhone.

"Setiap malam kami akan memeriksa statistik yang di e-mel kepada kami (daripada iTunes) untuk melihat berapa ramai pengguna yang memuatkan turun program yang kami cipta," kata bapa Ding.

Ding yang gemar membaca buku mengenai program komputer kini sedang dalam proses untuk menulis buku mengenai perisian komputer iPhone khususnya permainan fiksyen sains bertajuk Invader Wars.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0208&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...