Sunday, February 8, 2009

Republikan, Demokrat bersetuju


OBAMA (kanan) yang berdiri di sebelah isterinya, Michelle melambaikan tangan ke arah penonton di Pusat Kennedy, Washington kelmarin.


WASHINGTON - Sekumpulan anggota kanan Dewan Senat daripada Parti Demokrat dan Republikan mencapai persetujuan berhubung satu pelan perangsang yang diharap akan menyelamatkan ekonomi negara Amerika Syarikat (AS), lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu mengemukakan pelan perangsaang yang melibatkan pemotongan cukai dan perbelanjaan, faedah untuk penganggur, projek infrstruktur dan penjagaan kesihatan.

Pelan yang dipersetujui itu melibatkan pengurangan cukai sebanyak AS$19 bilion (RM68.11 bilion) untuk pembeli rumah, AS$11 bilion (RM39.43 bilion) bagi pembeli kereta dan AS$1,000 (RM3,584) cukai kredit terhadap pasangan yang bekerja.

Menurut seorang anggota Parti Demokrat, John Kerry, pelan itu mencadangkan 42 peratus pemotongan cukai dan 58 peratus perbelanjaan baru.

Pelan itu melibatkan peruntukan yang lebih kecil berbanding rang undang-undang perangsang ekonomi berjumlah AS$937 bilion (RM3.3 trilion) yang dibentangkan di Dewan Senat pada awal minggu ini.

Pelan baru itu akan meningkatkan harapan Presiden Barack Obama untuk menandatangani satu pakej perangsang pada minggu depan.

Sementara itu, Obama dan isterinya, Michelle bersama dua anak mereka menonton persembahan teater di Pusat Kennedy, Washington selama dua jam kelmarin.

Kehadiran Obama menyebabkan penonton memberikan tepukan penghormatan kepada kedua-dua tetamu penting itu. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0208&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...