Thursday, March 5, 2009

Cari dokumen sendiri - AC Mizal


AC Mizal



Shafnie


KAJANG - PengacaraAkademi Fantasia, AC Mizal menolak permohonan bekas isterinya supaya mengemukakan dokumen yang dapat membuktikan ketidakmampuan pelakon itu dalam memberi nafkah kepada anak-anak mereka.

AC Mizal atau nama sebenarnya, Mizal Zaini, 37, juga memberitahu Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam, jika bekas isterinya, Shafnie Zainudin, 33, selaku plaintif mahukan dokumen-dokumen tersebut, dia perlu mendapatkannya sendiri kerana permohonan itu melanggar hak asasinya.

Kenyataan AC Mizal itu terkandung dalam afidavit jawapannya kepada permohonan Shafnie supaya artis itu mengemukakan dokumen yang boleh membuktikan ketidakmampuan memberi nafkah kepada dua anak mereka seperti mana didakwa AC Mizal sebelum ini.

Sementara itu, peguam syarie, Azmi Mohd. Rais yang mewakili Shafnie berkata, afidavit jawapan berkenaan baru sahaja difailkan dan diserahkan kepadanya semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...