Thursday, March 5, 2009

Tiada pilihan raya sebelum 2011


KUAN YEW tersenyum dalam satu majlis dengan agensi berita Reuters di Singapura semalam.


SINGAPURA – Pilihan raya di Singapura tidak perlu diadakan sebelum 2011 tetapi waktu pengundian akan bergantung kepada keadaan ekonomi semasa, kata pemimpin paling berpengaruh di negara berkenaan, Lee Kuan Yew.

“Naluri saya (tentang masa sesuai) banyak bergantung tentang bagaimana krisis ekonomi masa kini berkembang, jika kita bernasib baik, krisis tersebut mungkin dapat diselesaikan,” katanya yang juga bekas Perdana Menteri dalam satu wawancara semalam.

Ditanya berhubung kemungkinan pilihan raya itu diadakan sebelum 2011, Lee berkata: “Saya tidak nampak alasan untuk berbuat demikian”.

Kali terakhir rakyat Singapura keluar mengundi ialah pada 2006 manakala pilihan raya umum negara itu hanya perlu diadakan menjelang awal 2012.

Bagaimanapun, spekulasi mengenai pilihan raya diadakan lebih awal hangat diperkatakan berikutan pengumuman berhubung pewartaan daftar pemilih dan persempadanan semula kawasan pilihan raya pada bulan lepas.

Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah memerintah Singapura sejak negara itu merdeka pada 1965.

PAP memenangi 82 daripada 84 kerusi pada pilihan raya Mei 2006 dan sehingga kini tidak pernah kehilangan lebih empat kerusi dalam mana-mana pilihan raya. – Reuters

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0305&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...