Thursday, March 5, 2009

Kes tuntutan mutaah Siti Fairuz 28 Mei

SHAH ALAM: Perbicaraan kes permohonan tuntutan mutaah berjumlah RM200,000 dan harta sepencarian penyanyi, Siti Fairus Sheikh Mohamed yang popular dengan lagu Bila Ku Rindu Ku Sebut Namamu akan didengar di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, pada 28 Mei depan.

Hakim Syarie Mohammad Khalid Shaee menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Fakrul Azman Abu Hassan yang mewakili Siti Fairus, 45, (plaintif) memaklumkan kedua-dua pihak bersedia menjalani perbicaraan berkenaan.

Terdahulu, Fakrul Azman memberitahu mahkamah pihaknya akan memfailkan jawapan kepada pembelaan yang dikemukakan bekas suami penyanyi terbabit, Mohamad Zainuddin Kordi, 46, (defendan).

Menurutnya, pihaknya akan memfailkan jawapan itu dalam tempoh 14 hari bermula semalam sebelum menjalankan perbicaraan.

“Selain itu, kami memohon supaya perbicaraan tuntutan mutaah dan harta sepencarian dibicarakan bersama,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090305091650/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...