Thursday, March 5, 2009

Pertikaian slip gaji AC Mizal diputus 6 Mei

KAJANG: Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, menetapkan 6 Mei ini untuk keputusan sama ada pengacara popular AC Mizal perlu memberi dokumen termasuk penyata akaun dan slip gaji kepada bekas isterinya.

Hakim Syarie Abdul Malik Soleh menetapkan tarikh itu selepas dimaklumkan peguam Syarie Azmi Rais yang mewakili Shafnie Zainudin, 34, (plaintif) bahawa kedua-dua pihak akan memfailkan hujahan berhubung isu itu.

Ini kerana AC Mizal atau Mizal Zaini, 38, (defendan) membantah permohonan mereka yang memintanya mengemukakan dokumen bagi menyokong pembelaan selepas dia mendakwa tidak mampu membayar nafkah dua anak seperti diminta.

Terdahulu peguam syarie Siti Aishah Din yang mewakili AC Mizal memaklumkan kepada mahkamah anak guamnya membantah permohonan Shafnie dan memintanya mendapatkan dokumen terbabit.

Dalam afidavit balasannya, AC Mizal menegaskan dia tidak berkemampuan untuk memberikan nafkah anak seperti yang dituntut Shafnie.

Dia mendakwa menjadi tugas plaintif sendiri yang menuntut untuk mendapatkan salinan dokumen seperti didakwa dan membuktikan kemampuannya.

Defendan juga tidak bersetuju dengan dokumen diminta daripada pengurus yang juga merangkap isterinya, Emilia Rosnaida kerana wanita itu pihak ketiga dan bekerja dengannya.


http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Thursday/Setempat/20090305091755/Article/index_html

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...