Datuk kanak-kanak malang, Thirishan Raj, Datuk N Muneandy, berkata pihaknya kini masih menunggu laporan daripada Jabatan Patologi HKL berhubung punca sebenar kematian cucunya yang dijangka diperoleh minggu depan.
“Kami sekeluarga terkejut dengan apa yang berlaku secara jelas disebabkan kesilapan klinik itu yang mengarahkan cucu saya memakan ubat bagi dos orang dewasa.
“Berikutan itu, saya meminta pihak kementerian menyiasat secara menyeluruh perkara itu bagi mengelak ia berlaku pada kanak-kanak lain yang tidak berdosa,” katanya ketika ditemui di kediaman mangsa di Taman Rainbow, Jalan Ipoh, di sini, semalam.
Hadir sama peguamnya, M Arunachalam dan ibu bapa kanak-kanak itu, N Paramewaran, 37, dan M Sanggeta, 32, serta ahli keluarga terdekat.
Menurut Muneandy, cucunya itu menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik berkenaan sejak berusia lapan bulan dan seluruh ahli keluarga mempunyai rekod kesihatan yang baik.
No comments:
Post a Comment