Shantynur@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Serbuan untuk menjejak kumpulan samun bersenjata di Bukit Antarabangsa, Hulu Kelang Rabu lalu membawa kejayaan berbeza apabila polis menemui satu sindiket mencetak wang palsu di kondominium terbabit dengan semua dalangnya dicekup.
Serbuan dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya jam 1 pagi di Kondominium Anthenaeum At The Peak mendapati semua dalang terbabit sibuk mencetak not RM50 dan RM10 hanya menggunakan mesin pencetak digital.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan berkata, serbuan pihaknya ke kondominium itu dilakukan bagi mengesan suspek kes samun bersenjata di Teluk Panglima Garang, Banting awal bulan lalu.
“Namun sewaktu serbuan, kita mendapati ketiga-tiga suspek rakyat tempatan berusia 33 hingga 40 tahun sedang mencetak wang palsu dan gagal melarikan diri.
“Bagaimanapun, kualitinya hanya menyerupai 20 peratus wang tulen serta pelekat kilat digunakan gagal menghasilkan ciri-ciri keselamatan.”
Katanya, sindiket itu dipercayai baru berjinak-jinak dengan kegiatan itu sejak lima bulan lalu dan menjadikan peniaga pasar malam mangsa menukar wang itu.
“Semua wang yang ditemui mempunyai nombor siri yang sama iaitu PP4708105 dan kita meminta orang ramai yang memilikinya menghubungi IPD Ampang bagi membantu siasatan,” katanya yang akan menghantar wang palsu terbabit ke Bank Negara untuk pengesahan.
Menurut Abd Jalil, pihaknya sedang menyiasat sama ada semua mereka terbabit dengan kes samun bersenjata serta rangkaian dengan sindiket menghasilkan wang palsu yang lain,” katanya.
“Ketiga-tiga mereka direman lima hari,” katanya.
1 comment:
Kerajaan keparat cetak wang percuma tanpa had bagi diri dan kroni.
Rakyat kerja bermati-matian untuk sesuap rezeki.
Ayuh semua rakyat, bersama-samalah kita semua cetak wang!
Post a Comment