Menurut statistik Kementerian Kesihatan, sebanyak 379,010 individu mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar psikiatri di hospital kerajaan, berbanding 324,344 pada 2007.
Jumlah pesakit psikiatri yang dirawat di hospital pada tahun lalu sebanyak 21,852 kes berbanding 21,217 kes pada tahun sebelumnya, kata Pengarah Pembangunan Perubatan kementerian itu, Datuk Dr Azmi Shapie.
Beliau berkata, Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan ke-3 pada 2006, menunjukkan semakin ramai remaja yang menderita masalah kesihatan mental.
“Kaji selidik itu menunjukkan 19.5 peratus kumpulan umur lebih tua (70 hingga 74 tahun) dan 14.4 peratus golongan termuda (antara 16 dan 19 tahun) juga lebih berisiko menghidap masalah kesihatan mental, daripada kumpulan umur lainnya,” katanya pada Persidangan Perubatan Psikologi Malaysia ke-14 di sini,
Dr Azmi membacakan teks ucapan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Katanya, penyakit mental juga lebih banyak berlaku di kalangan wanita pada kadar 12.1 peratus berbanding lelaki (10.4 peratus).
Katanya, penyakit mental juga lebih banyak berlaku di kalangan wanita pada kadar 12.1 peratus berbanding lelaki (10.4 peratus).
No comments:
Post a Comment