Saturday, June 20, 2009

Penumpang tak sedar juruterbang mati


PESAWAT syarikat Continental Airlines yang dikendalikan oleh Lenell (gambar kecil) yang mati dalam penerbangan, selamat mendarat di Newark.





NEWARK - Penumpang pesawat syarikat Continental Airlines tidak menyedari juruterbangnya meninggal dunia semasa dalam penerbangan kelmarin.

Mereka cuma mengetahui juruterbang pesawat itu meninggal dunia selepas melihat beberapa trak bomba, ambulans dan wartawan berada di lapangan terbang.

"Saya terkejut. Semua orang tidak tahu apa-apa mengenainya (juruterbang meninggal dunia)," kata seorang penumpang, Dora Dekeyser.

Juruterbang yang berusia 60 tahun itu, Craig Lenell meninggal dunia kerana sakit jantung ketika pesawat berada separuh perjalanan dari Brussels ke Newark, Amerika Syarikat.

Pengendalian pesawat tersebut diambil alih oleh dua pembantu juruterbangnya.

Beberapa penumpang berkata, mereka mendengar krew pesawat Boeing 777 itu membuat pengumuman untuk bertanya sama ada terdapat doktor dalam pesawat tetapi ketika itu, mereka tidak mengesyaki sesuatu yang buruk telah berlaku. - AP

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0620&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_07.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...