di rumahnya, semalam." title="IKHLAS ...Wan Harujan hulur sumbangan kepada Hamdan di rumahnya, semalam." height="194" width="300" border="0"> |
IKHLAS ...Wan Harujan hulur sumbangan kepada Hamdan di rumahnya, semalam. |
KUALA TERENGGANU: Kedaifan hidup Hamdan Mohd Zain, 47, yang tinggal di pondok kecil bersama isteri serta tujuh anak berusia antara tiga bulan hingga 12 tahun mendapat perhatian Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) yang menghulurkan bantuan segera kepada keluarga berkenaan, semalam.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Harujan Sulaiman, berkata sumbangan itu dihulurkan selepas pihaknya membaca laporan Harian Metro berhubung kesusahan hidup dilalui Hamdan yang menetap di Kampung Kuala Ibai Pantai, di sini.
Menurutnya, bantuan berbentuk makanan dan wang tunai itu diserahkan kepada keluarga berkenaan bagi meringankan beban mereka dalam jangka pendek.
Katanya, bagi jangka panjang, pihaknya akan mencari jalan terbaik untuk menyalurkan bantuan susulan kepada keluarga terbabit sama ada kewangan atau barangan.
Hamdan ketika ditemui berterima kasih dengan sumbangan Maidam meringankan beban ditanggungnya.
“Sumbangan ini begitu bermakna kepada saya untuk menyara keluarga terutama menampung perbelanjaan sekolah anak-anak, saya berbesar hati jika ada pihak sudi membantu untuk membolehkan saya bekerja tetap mencari rezeki membina kehidupan baru,” katanya.
Isterinya, Zaharah Ismail berkata, dia bersyukur kerana ada pihak sudi menghulurkan sumbangan.
No comments:
Post a Comment