Monday, June 8, 2009

Laporan polis Manohara cetus kontroversi


GAMBAR fail menunjukkan Manohara melambaikan tangan ke arah jurugambar pada 31 Mei lalu
di Jakarta.


JAKARTA - Laporan polis yang didakwa dibuat oleh Manohara Odelia Pinot iaitu isteri Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry mencetuskan kontroversi, lapor akhbar dalam taliandetikNews semalam.

Ibu model itu, Daisy Fajarina berkata, anaknya itu sudah memberi keterangan kepada polis.

Bagaimanapun, seorang pegawai polis menyatakan model itu yang mengaku dianiyai oleh suaminya masih belum membuat laporan kepada polis.

Peguam Manohara, Elza Syarief menyatakan model itu sudah memberi keterangan di sebuah pejabat polis pada Khamis lalu.

Menurutnya, dia dan ibunya berada bersama Manohara ketika membuat laporan polis.

"Pada Khamis lalu kita membuat satu laporan polis. Pada pukul 2 petang, kami mahu menandatangani laporan itu tetapi ibu Mahohara mengadu sakit.

"Justeru, Manohara enggan menandatangani laporan itu," kata Elza yang menjadi peguam model itu pada Rabu lepas.

Ibu Manohara itu dibawa ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan.

Selepas menjalani rawatan, Manohara dan ibunya pulang ke Hotel Hyatt yang menjadi tempat penginapan mereka.

Manohara mendapat liputan meluas media selepas ibunya mendakwa dia didera oleh suaminya.

Pada 31 Mei lalu, Manohara pulang ke Indonesia dari Singapura ketika beliau berada di negara tersebut bagi menemani suaminya melawat ayahanda putera itu di Hospital Mount Elizabeth. - Agensi

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...