Monday, June 8, 2009

Nana segan panggil Brian ‘abang’

Ahad Jun 7, 2009

Brian mengucup dahi Nana selepas mereka sah bergelar suami dan isteri. -foto The Star oleh ANURADHA SIVAGURUNATHAN

SAAT selamat diijabkabulkan dengan Mohamed Raqeem Brian Abdullah, 35, penyampai radio Era, Nurul Hana Che Mahazan atau Nana, 26 tidak putus-putus mengucapkan rasa syukur ke hadrat Illahi.

Kiranya, dia bukan sahaja berjaya menggembirakan hati ibunya malah dalam masa yang sama mendapat seorang suami pada semalam.

“Kini, kehidupan saya ada segalanya iaitu ibu dan bapa yang best serta mendapat seorang suami.

Lively memang tak fair tapi balance. Alhamdulillah, Tuhan berikan sedikit kasih sayang kepada saya..,” luah Nana ketika dihubungi hari ini.

Nana menghadiahkan sebuah kereta mewah jenama Mercedes CLK180 Kompressor kepada ibu tercinta, Rosnah Harun, 48, sempena ulang tahun kelahirannya pada 2 Jun lalu.

Hadiah tersebut merupakan kejutan buat ibunya selepas Nana hanya memberitahu bahawa dia tidak akan memberikan apa-apa hadiah kepada Rosnah selepas mengucapkan ‘Selamat Hari Jadi’ pada hari Selasa lalu.

“Pada mulanya, saya memang tiada niat untuk berikan kereta kepada ibu. Tetapi, apabila terfikir balik, saya dah tak tahu nak bagi apa sebab gelang, cincin dah bagi.

“Selepas itu, saya dapat tahu mak suka kereta. Kemudian, terus saya daftar untuk membeli kereta itu dan membayar wang down payment selepas loan diluluskan,” cerita Nana.

Brian terpaksa mengulang dua kali lafaz nikah kerana gugup sehingga tidak ingat apa yang patut dijawab.

Mengimbas kembali kejadian selepas Rosnah menerima hadiah ‘kejutan’ itu,Nana berkata ibunya tidak percaya sehingga mengatakan kereta itu dipinjam daripada orang lain.

“Mak saya ingat saya tipu tetapi lama selepas itu barulah dia betul-betul percaya dan dia juga telah pusing-pusing dengan kereta itu,” katanya.

Sehari selepas bergelar isteri kepada Pengurus Kanan Hitz FM itu, Nana berkata dia masih belum sempat untuk betul-betul menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri.

Nana bersyukur kerana mendapat Brian yang memahami dan menerima dirinya dengan seadanya.

Seperti yang diberitahu Nana, dia terpikat dengan kata-kata suaminya iaitu ‘saya sayangyou sebab you macam ni’ dan semakin membuahkan perasaan cinta Nana terhadap Brian.

“Saat pertama kali bila dengar dia kata saya penyayang, pemurah dan macam-macam lagi sewaktu sidang media selepas majlis kahwin kami, saya rasa terharu juga kerana tidak jangka yang dia akan cakap seperti itu dan semuanya perkara baik belaka.

“Saya cool juga. Kadangkala, mungkin kita tak perasan tetapi orang lain yang dapat nilai tentang diri kita. Dia pula bukannya jenis suka share apa-apa yang dia suka tentang saya,” ujar alumni AF1 ini.

Jelas Nana, dia menyenangi sikap Brian yang ‘gila-gila’ dan tidak cerewet.

Nana juga tidak pernah menduga yang dia ditakdirkan menjadi suri kepada seorang lelaki berdarah Cina dan India dan baru memeluk Islam pada Januari lalu.

Brian menyarungkan cincin kepada Nana.

“Saya tak pernah bajet untuk memilih lelaki mualaf untuk menjadi suami saya tetapi pada saya perkara ini berlaku sebab Tuhan dah buka pintu hati saya untuk kenal dengan orang bukan Islam dan hubungan kami berakhir dengan perkahwinan.

“Saya jenis tak kisah dan terbuka. Bagi saya, ‘love is great’ dan tiada batasan.

“Walaupun umurnya lebih tua sembilan tahun daripada saya, dia bukanlah seorang yang terlalu serius tetapi ‘gila-gila’ yang membuatkan kami ‘ngam’.

“Saya rasa dia bukanlah tua sangat tetapi oklah. Lagipun saya ni jenis boleh ‘blend’ dengan orang yang lebih tua dari saya yang ‘maintain matured’.

“Sekurang-kurangnya dia boleh memberi saranan kepada saya tentang cara hendak membeli rumah dan membuat ‘loan’ serta sangat menghormati saya sebagai seorang wanita,” kata Nana yang melabelkan mereka sebagai ‘pasangan rock’.

Tambahnya, “Brian bukanlah seorang lelaki yang susah untuk saya ‘handle’ kerana dia bukannya cerewet tetapi sempoi.

“Saya dah fikirkan yang tanggungjawab untuk bergelar seorang isteri memang besar danprepare mental dan semuanya dari awal.”

Ditanya tentang panggilan nama untuk Brian, Nana berkata dia masih menggunakan panggilan yang sama tetapi biarlah ia menjadi rahsia mereka.

“Panggil sama je..Abang? Ee..tak kot,” kata Nana dalam nada gurau.

Giliran Nana pula menyarungkan cincin kepada Brian.

Menyentuh tentang anak, pasangan yang dijangka akan berbulan madu ke kepulauan Maldives, Pulau Redang atau Pulau Perhentian ini hanya berserah kepada Allah.

“Kami tidak merancang tentang anak tetapi ‘go with the flow’. Kalau nak bagi cepat pun kami terima sahaja kerana semua itu sudah tertulis. Kita hanya berusaha,” kata Nana yang mula rapat dengan Brian sejak April 2006.

Mereka selamat dinikahkan pada semalam, 6 Jun di depan Imam Masjid Jamek Sultan Ibrahim merangkap jurunikah Daerah Muar, Azman Mo’min dengan mas kahwin sebanyak RM22.50 serta wang hantaran RM21,000.

Brian turut memberikan tujuh hantaran lain dan dibalas dengan gitar elektrik Gibson Limited Edition Slash berharga dalam RM10,000 bersama sembilan hantaran daripada Nana.

Nana memberi hantaran gitar elektrik Gibson Limited Edition Slash berharga dalam RM10,000 kepada Brian.

Ditanya tentang sebab dia memberikan gitar kepada suaminya sebagai hantaran, Nana berkata: “Saya beri gitar tu sebab dia suka main gitar dan minat Slash bekas anggota band Guns N’ Roses.”

Nana juga mengatakan yang majlis resepsi hanya dibuat di sebelah pihaknya tanpa ada majlis sebelah Brian yang berasal dari Sarawak itu.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2009/6/7/mstar_hiburan/20090607220551&sec=mstar_hiburan

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...